Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday87
mod_vvisit_counterYesterday599
mod_vvisit_counterThis week1864
mod_vvisit_counterThis month4431
mod_vvisit_counterAll446247

Artikel Pilihan

Respon Islam Terhadap Konsep Kesatuan Agama-agama
Prof. Dr. Syed Muhamad Naquib al-Attas

Konsep tentang Tuhan dalam Islam bersumber dari dan berdasarkan wahyu. Yang kami maksud dengan “wahyu“ di sini sama sekali bukanlah imajinasi seperti khayalan seorang penyair besar ataupun klaim para seniman terhadap diri mereka sendiri. Wahyu di sini juga bukan inspirasi apostolik seperti yang diklaim oleh para penulis kitab suci semacam Bible; ia juga bukan intuisi iluminatif seorang ilmuwan atau pakar yang berpandangan tajam.
 
Wahyu yang kami maksud di sini adalah firman Tuhan tentang diriNya sendiri, ciptaanNya, relasi antara keduanya, serta jalan menuju keselamatan yang disampaikan pada Nabi dan Rasul pilihan-Nya, bukan melalui suara atau aksara, namun semuanya itu, telah Dia representasikan dalam bentuk kata-kata, kemudian disampaikan oleh Nabi pada umat manusia dalam sebuah bentuk bahasa dengan sifat yang baru, namun bisa dipahami, tanpa ada campur-aduk atau kerancuan (confusion) dengan subyektifitas dan imaginasi kognitif peribadi Nabi. Wahyu ini bersifat final, dan ia (yakni al-Qur’an) tidak hanya menegaskan kebenaran wahyu-wahyu sebelumnya dalam kondisinya yang asli, tapi juga mencakup substansi kitab-kitab sebelumnya, dan memisahkan antara kebenaran dan hasil budaya serta produk etnis tertentu.


 
MAQASID SYAR'IAH DARI PERSPEKTIF AL-QARADAWI

Al-Qaradawi menjelaskan bahawa beliau percaya kepada maqasid Syari’ah dan kepentingannya dalam membentuk akal seseorang ahli fiqah. Menurut al-Qaradawi, bahawa seorang ahli fiqah yang sebenarnya tidak hanya mengetahui  mengenai teks-teks literal sahaja tetapi juga memahami maqasid Syari’ah.

Dalam memahami maqasid Syari’ah ini, al-Qaradawi nelakukan beberapa hal seperti meneliti sebab-sebab (ta’lilat) dalam al-Quran, meneliti setiap hukum Syari’ah yang mengandungi nilai-nilai yang tinggi, membaca karya-karya ulama tentang maqasid al-Syari’ah dan bersetuju dengan para ulama yang menerima pakai kaedah maqasid Syari‘ah ini.

(al-Qaradawi, 2006: 12) Penelitian kepada hukum-hukum Islam telah menambahkan keyakinannya bahawa syariat Islam dibina atas dasar kemaslahatan, manusia di dunia dan akhirat dan syariat mengandungi keadilan, rahmah dan , kemaslahatan dan hikmat. Berdasarkan kepada fahaman maqasid ini, al-Qaradawi berfikir dan berijtihad. (al-Qaradawi, 2006: 13)

 

 
MAQASID SYAR'IAH DARI PERSPEKTIF AL-QARADAWI (SIRI 2)

Aliran Menggugurkan Teks Atas nama Maslahah dan Maqasid Syariat.

Aliran ini melupakan teks-teks bahkan sengaja menolak atas alasan melihat kepada maslahah dan maqasid syariat. Mereka dikenali aliran orang yang menggugurkan nas (ta'thil al-Nusus)  Mereka melawan teks-teks agama yang maksum dan menolak teks-teks tersebut tanpa peduli dan membekukan  teks-teks tersebut tanpa ilmu. Atas nama maqasid syariat, mereka ingin menghapuskan seluruh fiqah dan ilmu usul fiqah serta memadai dengan maqasid syariat sahaja.

Di bawah falsafah seperti itu mereka mengubah hukum-hukum keluarga, mengharamkan talak dan poligami, membolehkan seorang muslimah untuk menikahi laki-laki bukan Islam serta menyamakan warisan harta pusaka anak lelaki dan wanita atas nama maslahah yang menjadi tujuan maqasid Syari’ah. (al-Qaradawi, 2006: 85)

Aliran ini bangga dengan diri mereka dan memandang rendah terhadap tradisi dan ulama Islam. Mereka mendewa barat dan tradisinya. Golongan ini sombong dan merasa dirinya lebih mengetahui tafsir daripada al-Tabari, Hadith daripada al-Bukhari dan Usul Fiqah daripada al-Syafi'i. Padahal, orang-orang tersebut merupakan imam dan ilmuan akal dan naqli.

 
Mustafa al-Zarqa (1907-1999M) : Tokoh Fiqh Muamalat dan Undang-Undang


Mustafa bin Ahmad bin Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin Abdul Qadir al-Zarqa dilahirkan di kawasan bernama Banqusah, Halab, Syria pada tahun 1907M. Sebahagian pengkaji menyatakan kelahirannya pada 1904M. Sebenarnya beliau dilahirkan pada 1907M sepertimana yang dinyatakan olehnya sendiri. Perkara ini disebabkan semasa memasuki peringkat menengah dan untuk melayakkan memasuki peperiksaan untuk B.A mesti telah mencapai usia 23 tahun. Maka ditukar secara rasmi kepada tahun 1904M.

Bapanya ialah Syeikh Ahmad bin Muhamad al-Zarqa, pengarang syarah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. Bapanya dilahirkan 1868M dan meninggal pada 1938M. Beliau merupakan ulamak fiqh hanbali  dan mengajar di Sekolah Khusrawiyyah dan beberapa masjid di Halab. Anaknya Mustafa sentiasa mengiringi bapanya semasa mengajar di  Sekolah Khasuwiriyyah dan di masjid al-Umawi di Halab belajar fiqh dan hadith setiap minggu dan beberapa masjid yang lain.
 
Tasawuf Menurut Said Hawwa (Siri 1)

Mukadimah

Said Hawwa merupakan ilmuwan haraki yang penuh dedikasi menekuni dalam bidang  pendidikan kerohanian. Penulis yang cukup prolifik ini mempromosikan kerohanian Islam yang digabungkan dengan semangat perjuangan islah. Dalam buku Tarbiyatuna al-Ruhiah, Said Hawwa menjelaskan mengenai tasawuf yang sepatutnya diamalkan oleh orang Islam terutama ahli gerakan dakwah dan membuat pencitraan semula ilmu tasawuf dengan motif tersirat untuk melepaskan ilmu tasawuf dari imej ekslusif dan elit.

Beliau ingin memasyarakat kembali ilmu tasawuf kerana setiap Muslim sangat memerlukan ilmu tersebut dan perlu memahaminya secara betul dan tepat. Tajuk asal buku Tarbiyatuna al-Ruhiah yang dicadangkan ialah Tasawwuf al-Harakah al-Islamiyyah al-Mu’asarah (Tasawuf gerakan Islam semasa) memandangkan kebanyakan kupasannya menekankan pengamalan sufi dikalangan orang yang mengelarkan diri sebagai ahli gerakan dakwah dan Islam.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 1 - 8 of 109