| |
Artikel Pilihan
Oleh: Adian Husaini
Konsep Islamic worldview (pandangan-alam Islam) yang ditandai dengan karakteristiknya yang otentik dan final, maka konsep Islam tentang Tuhan, menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, bersifat otentik dan final. Itu disebabkan, konsep Tuhan dalam Islam, dirumuskan berdasarkan wahyu dalam al-Quran yang juga bersifat otentik dan final. Konsep Tuhan dalam Islam memiliki sifat yang khas yang tidak sama dengan konsepsi Tuhan dalam agama-agama lain. Konsep Tuhan dalam Islam tidak sama dengan konsep Tuhan dalam tradisi filsafat Yunani; tidak sama dengan konsep Tuhan dalam filsafat Barat modern atau pun dalam tradisi mistik Barat dan Timur.
Bagi orang Barat modern, Tuhan tidak lagi dianggap penting kedudukannya dalam kehidupan sehari-hari mereka. Bahkan, sebagian filosof Barat menganggap ”kehadiran Tuhan” dapat mengganggu kebebasan mereka. Karen Armstrong, dalam bukunya, History of God, mengutip pendapat Jean-Paul Sartre (1905-1980), yang menyatakan: “… even if God existed, it will still necessary to reject him, since the idea of God negates our freedom.” Karena itulah, manusia modern merasa diri mereka bisa mengatur Tuhan dan berani mereka-reka Tuhan. Bukan Tuhan yang mengatur kehidupan mereka. |
|
|
Al-Qaradawi menjelaskan bahawa beliau percaya kepada maqasid Syari’ah dan kepentingannya dalam membentuk akal seseorang ahli fiqah. Menurut al-Qaradawi, bahawa seorang ahli fiqah yang sebenarnya tidak hanya mengetahui mengenai teks-teks literal sahaja tetapi juga memahami maqasid Syari’ah. Dalam memahami maqasid Syari’ah ini, al-Qaradawi nelakukan beberapa hal seperti meneliti sebab-sebab (ta’lilat) dalam al-Quran, meneliti setiap hukum Syari’ah yang mengandungi nilai-nilai yang tinggi, membaca karya-karya ulama tentang maqasid al-Syari’ah dan bersetuju dengan para ulama yang menerima pakai kaedah maqasid Syari‘ah ini. (al-Qaradawi, 2006: 12) Penelitian kepada hukum-hukum Islam telah menambahkan keyakinannya bahawa syariat Islam dibina atas dasar kemaslahatan, manusia di dunia dan akhirat dan syariat mengandungi keadilan, rahmah dan , kemaslahatan dan hikmat. Berdasarkan kepada fahaman maqasid ini, al-Qaradawi berfikir dan berijtihad. (al-Qaradawi, 2006: 13) |
|
|
Aliran Menggugurkan Teks Atas nama Maslahah dan Maqasid Syariat. Aliran ini melupakan teks-teks bahkan sengaja menolak atas alasan melihat kepada maslahah dan maqasid syariat. Mereka dikenali aliran orang yang menggugurkan nas (ta'thil al-Nusus) Mereka melawan teks-teks agama yang maksum dan menolak teks-teks tersebut tanpa peduli dan membekukan teks-teks tersebut tanpa ilmu. Atas nama maqasid syariat, mereka ingin menghapuskan seluruh fiqah dan ilmu usul fiqah serta memadai dengan maqasid syariat sahaja. Di bawah falsafah seperti itu mereka mengubah hukum-hukum keluarga, mengharamkan talak dan poligami, membolehkan seorang muslimah untuk menikahi laki-laki bukan Islam serta menyamakan warisan harta pusaka anak lelaki dan wanita atas nama maslahah yang menjadi tujuan maqasid Syari’ah. (al-Qaradawi, 2006: 85)
Aliran ini bangga dengan diri mereka dan memandang rendah terhadap tradisi dan ulama Islam. Mereka mendewa barat dan tradisinya. Golongan ini sombong dan merasa dirinya lebih mengetahui tafsir daripada al-Tabari, Hadith daripada al-Bukhari dan Usul Fiqah daripada al-Syafi'i. Padahal, orang-orang tersebut merupakan imam dan ilmuan akal dan naqli. |
|
Mustafa bin Ahmad bin Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin Abdul Qadir al-Zarqa dilahirkan di kawasan bernama Banqusah, Halab, Syria pada tahun 1907M. Sebahagian pengkaji menyatakan kelahirannya pada 1904M. Sebenarnya beliau dilahirkan pada 1907M sepertimana yang dinyatakan olehnya sendiri. Perkara ini disebabkan semasa memasuki peringkat menengah dan untuk melayakkan memasuki peperiksaan untuk B.A mesti telah mencapai usia 23 tahun. Maka ditukar secara rasmi kepada tahun 1904M.
Bapanya ialah Syeikh Ahmad bin Muhamad al-Zarqa, pengarang syarah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. Bapanya dilahirkan 1868M dan meninggal pada 1938M. Beliau merupakan ulamak fiqh hanbali dan mengajar di Sekolah Khusrawiyyah dan beberapa masjid di Halab. Anaknya Mustafa sentiasa mengiringi bapanya semasa mengajar di Sekolah Khasuwiriyyah dan di masjid al-Umawi di Halab belajar fiqh dan hadith setiap minggu dan beberapa masjid yang lain. |
|
|
Mukadimah
Said Hawwa merupakan ilmuwan haraki yang penuh dedikasi menekuni dalam bidang pendidikan kerohanian. Penulis yang cukup prolifik ini mempromosikan kerohanian Islam yang digabungkan dengan semangat perjuangan islah. Dalam buku Tarbiyatuna al-Ruhiah, Said Hawwa menjelaskan mengenai tasawuf yang sepatutnya diamalkan oleh orang Islam terutama ahli gerakan dakwah dan membuat pencitraan semula ilmu tasawuf dengan motif tersirat untuk melepaskan ilmu tasawuf dari imej ekslusif dan elit. Beliau ingin memasyarakat kembali ilmu tasawuf kerana setiap Muslim sangat memerlukan ilmu tersebut dan perlu memahaminya secara betul dan tepat. Tajuk asal buku Tarbiyatuna al-Ruhiah yang dicadangkan ialah Tasawwuf al-Harakah al-Islamiyyah al-Mu’asarah (Tasawuf gerakan Islam semasa) memandangkan kebanyakan kupasannya menekankan pengamalan sufi dikalangan orang yang mengelarkan diri sebagai ahli gerakan dakwah dan Islam. |
|
| | << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
| | Results 1 - 8 of 109 |
|
|
|