Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday92
mod_vvisit_counterYesterday599
mod_vvisit_counterThis week1869
mod_vvisit_counterThis month4436
mod_vvisit_counterAll446252

Artikel Pilihan

Polemik Kalimah ”Allah” di Malaysia dan Indonesia Siri 1
ADIAN HUSAINIOleh: Adian Husaini

Konsep Islamic worldview  (pandangan-alam Islam) yang ditandai dengan karakteristiknya yang otentik dan final, maka konsep Islam tentang Tuhan, menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, bersifat otentik dan final. Itu disebabkan, konsep Tuhan dalam  Islam, dirumuskan berdasarkan wahyu dalam al-Quran yang juga bersifat otentik dan final. Konsep Tuhan dalam Islam memiliki sifat yang khas yang tidak sama dengan konsepsi Tuhan dalam agama-agama lain. Konsep Tuhan dalam Islam tidak sama dengan konsep Tuhan dalam tradisi filsafat Yunani; tidak sama dengan konsep Tuhan dalam filsafat Barat modern atau pun dalam tradisi mistik Barat dan Timur.

Bagi orang Barat modern, Tuhan tidak lagi dianggap penting kedudukannya dalam kehidupan sehari-hari mereka. Bahkan, sebagian filosof Barat menganggap ”kehadiran Tuhan” dapat mengganggu kebebasan mereka. Karen Armstrong, dalam bukunya, History of God, mengutip pendapat Jean-Paul Sartre (1905-1980), yang menyatakan: “… even if God existed, it will still necessary to reject him, since the idea of God negates our freedom.” Karena itulah, manusia modern merasa diri mereka bisa mengatur Tuhan dan berani mereka-reka Tuhan. Bukan Tuhan yang mengatur kehidupan mereka.
 
Usrah Sebagai Pemangkin Budaya Gerakan - Oleh Syed Mikael Rizal Aidid
Usrah Tamrin Nuqaba’ Kebangsaan ABIM yang diadakan baru-baru ini di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menatijahkan satu gerakan kesedaran yang amat serius, betapa usrah perlu dibawa dan diletakkan ke ‘center stage’ semula atau menjadi awlawiyat di dalam gerakan, jika kita mahu ABIM terus wujud dan relevan buat umat pada hari ini. Program ini telah menyaksikan pelbagai pelan pemerkasaan usrah di semua peringkat telah dirancang, merangkumi usaha menghidupkan usrah-usrah unit yang telah lama ‘mati’, meneroka peluang usrah-usrah baru, mengkreatifkan pendekatan usrah dan mendalami akan keberkesanan silibus usrah ABIM. Apa pun yang dirancang, tumpuan dan fokus yang harus dihalakan kepada semua pimpinan, para nuqaba’ bahawa pada hari ini adalah; Ayuh! Mari kita mula bercakap tentang usrah, komited pada usrah, menghargai usrah dan sedar impak yang boleh usrah bawakan pada umat seluruhnya.

Usrah, yang selama ini sinonim dengan majlis ilmu, majlis ukhuwwah dan majlis pertemuan berkala di kalangan penggerak ABIM wajar diangkat maknanya ke aras yang lebih tinggi. Kegagalan melihat impak dan gagasan yang boleh ‘dilancarkan’ menerusi usrah, bakal menjadikan usrah itu hambar, satu hala, terlalu longgar dan apa yang lebih teruk, tempias dari fenomena ini akan melembabkan gerakan kita secara total. Kejadian ‘kematian’ daerah-daerah ABIM yang acapkali kita dengar di seluruh tanahair tidak dapat dinafikan berpunca daripada tiadanya usrah yang menjadi lambang kewujudan ABIM.
 
Memahami Islam Dalam Perlembagaan Malaysia - Oleh Khairil Anuar Ramli

islam dalam perlembagaan

Ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Negara bukanlah satu kebetulan yang dilakukan secara tidak sengaja oleh mereka yang merundingkan Kontrak Sosial lebih lima puluh tahun yang lampau. Ia adalah pernyataan tegas oleh semua yang telah berperanan merundingkan proses kemerdekaan. Ia adalah rumusan yang telah mengambilkira latar belakang sejarah, dinamika budaya tempatan, ciri-ciri ketamadunan dan ketatanegaraan di Persekutuan Tanah Melayu. Ketetapan ini tidak pernah menolak keperluan mana-mana anggota masyarakat yang lain untuk menghayati mana-mana agama yang menjadi anutannya.

Peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan ini merupakan salah satu dari tujuh ciri-ciri asas Perlembagaan Negara sepertimana yang dicatat oleh Tun Mohamed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara (1974-1982).  Menurut beliau, “The fourth basic feature of theConstitution providing for Islam to be the religion of the federation (Article 3(1)) (not for a theocratic state) and at the same time guaranteeing freedom of religion was accepted without controversy and debate.

 

 
Ulasan Usrah ABIM Johor
Perbincangan Surah Az-Zumar (Ayat :17 hingga 21)

Muqadimah

Surah Az-Zumar telah diturunkan di Mekah dan mengandungi 75 ayat. Az-Zumar bermaksud kumpulan manusia yang berpasuk-pasuk merujuk kepada ayat yang ke-71 hingga ke-73 yang memerihalkan berkenaan orang-orang beriman dan kafir yang dibawa untuk menerima balasan masing-masing.

Intipati Ayat 17 hingga 21

Allah menegaskan orang-orang yang kembali kepadanya akan menerima berita yang menggembirakan sekiranya sewaktu di atas muka bumi Allah ini mereka tidak menyembah dan
memuja Taghut dan hanya sentiasa taat sepenuhnya kepada Allah.
 
Tragedi Hitam Di KASHMIR : Dimanakah Penghujungnya?
gambar orang Dalam wacana sempena memperingati tragedi 27 Oktober 1947 ataupun lebih dikenali sebagai Kashmir Black Day baru-baru ini, Prof Arif Zakaullah menegaskan bahawa kemelut yang masih melanda Kashmir sehingga ke hari ini tidak seharusnya dilihat dari perspektif sempit, konflik di antara India dan Pakistan mahupun antara komuniti Islam serta Hindu semata-mata. Sebaliknya, tragedi yang telah meragut ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa itu seharusnya dilihat sebagai sebuah simbol kegagalan masyarakat antarabangsa menangani krisis kemanusiaan yang berlaku di Kashmir . Sebagai contoh, walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) telah mengeluarkan tiga resolusi pada 1948, 1949, serta 1957, ia sekadar terhad di atas kertas semata-mata tanpa ada sebarang usaha yang berkesan yang dilakukan untuk melaksanakannya.
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 33 - 40 of 109