Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday48
mod_vvisit_counterYesterday514
mod_vvisit_counterThis week2009
mod_vvisit_counterThis month5441
mod_vvisit_counterAll173800

Artikel Pilihan

Dar Al-Hadith Al-Asrafiyah Di Damsyiq : Pelopor Dan Pemelihara Sunnah Sepanjang Zaman

Oleh Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali;

Damsyiq  merupakan bandar yang banyak mempunyai sejarah Islam dan tempat tumpuan ilmuan dulu dan kini. Antara tempat pengajian yang masyhur adalah Dar al-Hadith al-Asrafiyyah yang dibina pada tahun 630H/1233M oleh Raja  al-Asraf Musa dan Abu Umar bin Salah atau terkenal dengan nama Ibn Salah yang merupakan syeikh pertama bagi Dar al-Hadith. Dar al-Hadith ini melahirkan ramai ulamak yang menjadi penjaga dan benteng dalam mempertahankan hadith-hadith nabi sepanjang zaman sehingga buku-buku mereka menjadi rujukan sehingga kini. Namun Dar al-Hadith ini telah mengalami kemerosotan dalam kurun 16 dan 17M yang lalu sepertimana yang berlaku di institusi-institusi pendidikan yang lain di Damsyiq. Namun takdir Allah telah mengutuskan seorang ulamak yang bernama Yusuf Abdul Rahman al-Hasani yang datang dari Maghribi untuk membantu menghidupkan institusi ini bersama-sama dengan Abdul Qadir al-Jaza’iri. Yusuf Abdul Rahman ini mempunyai anak  yang bernama Muhammad Badaruddin al-Hasani yang bertanggungjawab memajukan Dar al-Hadith pada zamannya.

Raja al-Asraf Musa  merupakan raja dari pemerintahan Ayyubi yang terkenal dengan pemerintahan yang adil dan amat menyayangi golongan miskin dan sentiasa menziarahi dan menolong mereka. Nama penuhnya ialah Muzafaruddin Abu Fatah Musa bin Abu Bakar Muhammad bin Ayyub. Beliau dilahirkan pada tahun 576H di Kaherah dan meninggal dunia pada 4 Muharram tahun 635H/1237M. Antara kesan peninggalannya yang kekal hingga kini ialah Masjid al-Taubat, Masjid al-Jarah, Masjid Abi Darda’ dan Dar al-Hadith. Dar al-Hadith al-Asrafiyyah ini melahirkan ramai ulamak yang terkemuka sejak Ibn Salah sehingga Muhammad Badaruddin al-Hasani. Antaranya Imam al-Nawawi, Abi Shamah, al-Mazzi, al-Subki, Ibn Hajar, Ibn Kathir, Ibn Jamaah serta lain-lain lagi. Antara yang menyebabkan kemasyhurannya ialah mereka yang mengajar di sini disyaratkan seorang yang pakar dalam bidang hadith di kota Damsyiq atau dunia Islam ketika itu. Oleh itu, jika kita melihat nama-nama syeikh di sini didapati mereka adalah terdiri daripada ulamak yang masyhur pada zaman itu, bukan sahaja di Damsyik tetapi juga dunia Islam. 

 
Turki:Kelompok Sekularis Elit Mempertingkat Tekanan Terhadap Kerajaan Pimpinan AKP(15Mei2008)
 ImageSetelah berhadapan dengan kegagalan demi kegagalan  untuk menggambarkan parti memerintah , AKP(Justice and Development Party) sebagai sebuah parti yang mendokong aliran  ektremis agama,  kelompok sekularis elit di Turki kini beralih kepada muslihat yang lain. Walau bagaimanapun, parti AKP tidak berdiam diri dan terus mencuba untuk menentang setiap percubaan ini sehingga para penganalisis meramalkan bahawa situasi ini bakal menjerumuskan Turki ke kancah pergolakan. Malah, strategi kelompok sekularis elit ini telahpun memakan diri sendiri memandangkan imej AKP terus meningkat di mata rakyat.
 
Cerpen : Tatkala Bangsanya Kembali Buta(14 Mei '08)
ImageDua lelaki yang sudah berumur itu duduk agak lama di kedai kopi mewah di dalam bangunan kedua tertinggi di dunia yang tersergam indah di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Orang ramai lalu lalang dengan urusan masing-masing. Salah seorang daripada mereka bernama Azhar. Dia berambut pendek,berkumis dan berjanggut.Dia melepaskan berat tubuhnya untuk ditampung oleh kerusi yang sedang disandarinya sambil kedua-dua tangannya memegang tempat meletak tangan yang dibuat selari antara satu sama lain.  Kedutan pada wajahnya menggambarkan dia sudah banyak menghadapi dugaan dalam hidup. Dia masih gagah dan bersedia untuk menghadapi apa lagi yang akan datang menguji.
 
Sajak Pilihan: GULAT PENJAWAT ( Sempena sambutan Hari Pekerja ‘08)
Watak yang hidup,pentas diperlembagakan
Pelakonnya, anak buah kerajaan bergelar
Belaka
Bersemuka dengan marhaen awam
Yang mengharap rindu gelisahnya dapat disurutkan
Merungkai belitan di pundaknya
Yang kian memberati, menopang sebak di dada rasa
Tertekan apabila urusan terkekang dek masa
Masa mengejar masa
Rahsia atas rahsia
Lama sudah dijejaki, baru tersedar kelewatan.
 
Tabiat Membaca Malaysia : KLIBF'08 (12Mei08)
 Oleh : Mohd Yusni Khusaini Dato’ Mohd Yussof ( Penulis adalah editor Demi Masa, akhbar bulanan ABIM)
   
ImagePada awal dekad 90-an yang lalu, majalah Dewan Masyarakat pernah menyiarkan hasil dapatan sebuah kajian tentang tabiat membaca rakyat Malaysia yang mendedahkan tentang purata bilangan muka surat yang dibaca oleh rakyat negara ini dalam tempoh setahun, iaitu hanya sekadar sehelai muka surat. Dapatan kajian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara ini jelas sekali mengejutkan, malah pada hari ini terdapat pula pandangan yang mempertikaikan hasil kajian tersebut. Adalah terlalu memalukan sekiranya dapatan kajian tersebut adalah benar. Walau bagaimanapun, sememangnya tabiat membaca rakyat negara ini perlu diperkukuh dan dimantapkan lagi.
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 41 - 48 of 100