| |
Artikel Pilihan
|
Oleh Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali; Damsyiq merupakan bandar yang banyak mempunyai sejarah Islam dan tempat tumpuan ilmuan dulu dan kini. Antara tempat pengajian yang masyhur adalah Dar al-Hadith al-Asrafiyyah yang dibina pada tahun 630H/1233M oleh Raja al-Asraf Musa dan Abu Umar bin Salah atau terkenal dengan nama Ibn Salah yang merupakan syeikh pertama bagi Dar al-Hadith. Dar al-Hadith ini melahirkan ramai ulamak yang menjadi penjaga dan benteng dalam mempertahankan hadith-hadith nabi sepanjang zaman sehingga buku-buku mereka menjadi rujukan sehingga kini. Namun Dar al-Hadith ini telah mengalami kemerosotan dalam kurun 16 dan 17M yang lalu sepertimana yang berlaku di institusi-institusi pendidikan yang lain di Damsyiq. Namun takdir Allah telah mengutuskan seorang ulamak yang bernama Yusuf Abdul Rahman al-Hasani yang datang dari Maghribi untuk membantu menghidupkan institusi ini bersama-sama dengan Abdul Qadir al-Jaza’iri. Yusuf Abdul Rahman ini mempunyai anak yang bernama Muhammad Badaruddin al-Hasani yang bertanggungjawab memajukan Dar al-Hadith pada zamannya.
Raja al-Asraf Musa merupakan raja dari pemerintahan Ayyubi yang terkenal dengan pemerintahan yang adil dan amat menyayangi golongan miskin dan sentiasa menziarahi dan menolong mereka. Nama penuhnya ialah Muzafaruddin Abu Fatah Musa bin Abu Bakar Muhammad bin Ayyub. Beliau dilahirkan pada tahun 576H di Kaherah dan meninggal dunia pada 4 Muharram tahun 635H/1237M. Antara kesan peninggalannya yang kekal hingga kini ialah Masjid al-Taubat, Masjid al-Jarah, Masjid Abi Darda’ dan Dar al-Hadith. Dar al-Hadith al-Asrafiyyah ini melahirkan ramai ulamak yang terkemuka sejak Ibn Salah sehingga Muhammad Badaruddin al-Hasani. Antaranya Imam al-Nawawi, Abi Shamah, al-Mazzi, al-Subki, Ibn Hajar, Ibn Kathir, Ibn Jamaah serta lain-lain lagi. Antara yang menyebabkan kemasyhurannya ialah mereka yang mengajar di sini disyaratkan seorang yang pakar dalam bidang hadith di kota Damsyiq atau dunia Islam ketika itu. Oleh itu, jika kita melihat nama-nama syeikh di sini didapati mereka adalah terdiri daripada ulamak yang masyhur pada zaman itu, bukan sahaja di Damsyik tetapi juga dunia Islam. |
|
Oleh Mohd Rumaizuddin GhazaliTimbalan Presiden ABIM Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut. |
|
Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali Timbalan Presiden ABIM Tafsir dari sudut bahasa ialah keterangan dan kenyataan. Dari segi istilah ialah ilmu yang membicarakan perihal al-Qur'an berdasarkan dalil-dalil terhadap maksud dan tujuan Allah sekadar yang termampu oleh daya pemikiran manusia. Sesetengah ulama memberikan pengertian tafsir sebagai merangkumi perkara-perkara yang berhubung dengan kedudukan kalam Allah yang dimulai dari sudut sanad atau sandaran lafaz dan pengertian makna yang berhubung dengan sesuatu hukum. Ini termasuk sebab-sebab diturunkan sesuatu ayat dan masa sesuatu kejadian itu berlaku. Sesuatu penafsiran yang dapat diterima sebagai hujah oleh ahli-ahli tafsir mestilah mengandungi sususan ilmu bacaan (al-qiraat), yang lengkap, ilmu usul dan ilmu bahasa yang melingkupi nahu, saraf, balaghah, bayan, badi' dan sebagainya.
|
|
Oleh: Prof Madya Dr Ab Halim El-MuhammadyPendahuluan Tarbiyyah merupakan suatu yang amat penting untuk membawa perubahan kepada manusia. Justeru, al-Qur’an diturunkan sebagai bahan utama dalam pengisian tarbiyyah melalui proses pembacaan, penulisan, pengajaran dan penguasaan ilmu yang berasaskan ketuhanan mengikut penghuraian dan penghayatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam realiti hidupnya. Manusia yang tidak peka kepada ilmu tidak mampu untuk mengubah pandangan dan cara hidupnya ke arah yang lebih maju dan lebih sempurna. ABIM sebagai sebuah badan gerakan yang berperanan untuk mengubah masyarakat dan mengislahkan cara hidup mereka mestilah bertolak dari penguasaan ilmu; ilmu yang berteraskan tauhid, dan mengislahkan manusia dalam segala aspeknya. Kemudian ia mampu pula mengolah dan menggunapakai dalam realiti kehidupan masyarakat bagi mencapai kehidupan yang bahagia (hasanah) di dunia dan di akhirat. |
|
|
Mukadimah  Menurut perspektif Islam, manusia diciptakan oleh Allah dengan potensi-potensi semula jadi yang memang bertujuan membawa kepada kelahiran tamadun. Ini bermakna kelahiran tamadun hanya bermula apabila manusia berupaya mengembangkan potensinya dan seterusnya memainkan peranannya sebagai khalifah yang memakmurkan bumi ini. Bagi sarjana Islam seperti Ibn Khaldun mendefinisikan tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek individu yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan rumah tangga dan sebagainya. Bagi Sayyid Qutb tamadun Islam itu ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam. |
|
| | << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
| | Results 57 - 64 of 100 |
|
|
|