| |
Artikel Pilihan
|
Dalam tradisi ilmu Islam terdapat pelbagai gelaran yang diberikan kepada ulamak seperti syeikh al-Islam, hujatul Islam, Imam al-Akbar dan lain-lain. Gelaran tersebut merupakan gelaran yang diberikan kepada mereka yang menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik terutama dalam bidang fikah. Gelaran syeikh al-Islam merupakan gelaran yang dipakai oleh golongan salafus saleh daripada tabi’in seperti Said bin Musaib, Hassan al-Basri, Imam Laith bin Saad, Sufian al-Sauri, Abdullah bin Mubarak dan lain-lain. Sebelum tahun 1935M, mufti negeri Kedah dikenali sebagai Syeikh al-Islam dan kemudian dikenali ketua Majma’ Masyakhatul-Islam (Ketua Persidangan syeikh-syeikh Islam)
Di Mesir, ulamak yang paling tinggi kedudukannya dikenali sebagai syeikh al-Azhar. Beliau berperanan untuk mengelola dan mengurus institusi al-Azhar. Al-Azhar yang dibina pada 359H/970M telah mempunyai 43 Syeikh al-Azhar. Mereka terdiri daripada 17 syeikh yang bermazhab Syafi’i, 16 syeikh bermazhab Hanafi, 9 syeikh bermazhab Maliki. Gelaran ini mula diperkenalkan pada abad 17M. Pada zaman Uthmaniah, syeikh al-Azhar dilantik oleh pemerintah atas sokongan daripada ulamak keempat-empat mazhab. Pada tahun 1922, Raja Mesir berhak memilih syeikh al-Azhar diantara tiga orang yang dicadangkan oleh Majlis Ulamak al-Azhar. |
|
|
Oleh : Ustaz Hasri b Harun – Yang Di-Pertua ABIM Selangor  Dakwah Fardiyyah atau dalam bahasa Melayu bermaksud dakwah secara individu adalah satu usaha yang sangat besar dalam pembangunan masyarakat dalam sesebuah komuniti dan negara. Walaupun ianya dilihat sebagai satu perkara yang kecil tetapi sumbangannya dalam kejayaan sebuah dakwah secara jamaah tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh, kita lihat sejarah awal Islam bagaimana baginda SAW melakukan dakwah secara senyap (sirr) kepada kelompok manusia yang dekat dengan beliau seperti isteri, rakan, saudara dan sebagainya adalah antara contoh metodologi yang boleh kita lakukan dalam masa ini. |
|
|
Oleh:Khalif Muammar A. Harris (KDH)
Mukaddimah
 Di akhir abad keduapuluh Masehi, Umat Islam dikejutkan dengan fenomena baru dalam pemikiran Islam. Golongan yang memperkenalkan diri dengan nama Islam Liberal telah menggemparkan dunia Islam dengan isu-isu yang kontroversial dan ide-ide yang berani. Gerakan Islam Liberal cukup popular di Indonesia, namun begitu tidak ramai yang menyedari sebenarnya gerakan ini mempunyai jaringan yang luas bukan sahaja di dunia Islam bahkan juga hampir di serata dunia: Mesir, India, Pakistan, Bangladesh, Amerika, Perancis, Malaysia, Turki, Jordan, Sudan, Syria, Moroko, Tunisia, Lebanon, Algeria, Nigeria dll. Pada dasarnya, Islam Liberal merupakan ‘produk’ baru untuk menjelmakan kembali modenisme di Abad ke-21. Modenisme Islam telah lama muncul di kalangan intelektual Muslim dan menjadi satu tren pemikiran yang berpengaruh dalam dunia Islam sejak Abad ke-19M. Tulisan ini bertujuan untuk melacak dan mencari penjelasan tentang akar ideologis gerakan Islam Liberal sekaligus menyorot perkembangan terbaru yang berlaku kepada tren pemikiran ini yang cukup banyak diperdebatkan dalam perbahasan ilmiah dewasa ini. Hipotesis kajian ini adalah bahawa adanya kesinambungan dan pengaruh yang kuat antara sekularisme, orientalisme, modenisme Islam dengan Islam Liberal. |
|
|
Oleh: Prof. Madya Shaharuddin Badaruddin Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak
PENGENALAN  Kertas kerja ini bukanlah satu percubaan untuk menafikan betapa pentingnya kepesatan pembangunan yang berlaku dalam negara ini ataupun ia bukanlah satu perbincangan untuk menafikan peranan yang dimainkan oleh kaum yang lain, tetapi ia hanya merupakan satu perbincangan untuk melihat akan kesan dan akibat kalau proses pembangunan dan kemajuan yang pesat ini jika tidak dibuat secara berhati-hati akan menyebabkan kesan yang besar terutama kepada orang Melayu. Atas nama globalisasi dan juga cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju, maka banyak hak dan agenda Melayu dalam aspek sosio, ekonomi dan politik tergendala kerana keghairahan ini. Apabila menyebutkan agenda Melayu, terdapat beberapa peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menunjangi agenda tersebut. |
|
 Pengislaman Ilmu atau islamisasi ilmu merupakan makna yang serupa dalam bahasa Malaysia. Dalam bahasa Arab disebut sebagai “Islamiyyat al-Ma’rifat” dan dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “ Islamization of Knowledge”. Dalam Islam, ilmu merupakan perkara yang amat penting malahan menuntut ilmu diwajibkan semenjak lahir sehingga ke liang lahad. Ayat al-Quran yang pertama yang diturunkan berkaitan dengan ilmu iaitu surah al-’Alaq ayat 1-5. Menurut ajaran Islam, ilmu bersifat sejagat dan tidak ada pemisahan antara ilmu-ilmu dalam Islam. Oleh kerana itu, sejarah dunia ilmu Islam silam telah melahirkan ramai ulama yang terkemuka yang sebati di dalamnya ilmu-ilmu dunia dan akhirat. Mereka berusaha menyebatikan idea-idea besar dalam tamadun yang lain dengan ajaran agama Islam. Ini dapat dilihat sebagai contoh seperti Kindi, Ibn Sina, al-Ghazali, Syah Waliy Allah dan lain-lain lagi. Mereka berusaha menyebatikan beberapa idea dan ilmu luar dengan ajaran Islam.1 Perbezaannya, mereka tidak mengunakan istilah “pengislaman Ilmu” kerana pada masa itu umat Islam begitu cemerlang dalam ilmu pengetahuan. |
|
| | << Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
| | Results 65 - 72 of 100 |
|
|
|