Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday186
mod_vvisit_counterYesterday464
mod_vvisit_counterThis week1633
mod_vvisit_counterThis month5065
mod_vvisit_counterAll173423

Artikel Pilihan

Respon Islam Terhadap Konsep Kesatuan Agama-agama
Prof. Dr. Syed Muhamad Naquib al-Attas

Konsep tentang Tuhan dalam Islam bersumber dari dan berdasarkan wahyu. Yang kami maksud dengan “wahyu“ di sini sama sekali bukanlah imajinasi seperti khayalan seorang penyair besar ataupun klaim para seniman terhadap diri mereka sendiri. Wahyu di sini juga bukan inspirasi apostolik seperti yang diklaim oleh para penulis kitab suci semacam Bible; ia juga bukan intuisi iluminatif seorang ilmuwan atau pakar yang berpandangan tajam.
 
Wahyu yang kami maksud di sini adalah firman Tuhan tentang diriNya sendiri, ciptaanNya, relasi antara keduanya, serta jalan menuju keselamatan yang disampaikan pada Nabi dan Rasul pilihan-Nya, bukan melalui suara atau aksara, namun semuanya itu, telah Dia representasikan dalam bentuk kata-kata, kemudian disampaikan oleh Nabi pada umat manusia dalam sebuah bentuk bahasa dengan sifat yang baru, namun bisa dipahami, tanpa ada campur-aduk atau kerancuan (confusion) dengan subyektifitas dan imaginasi kognitif peribadi Nabi. Wahyu ini bersifat final, dan ia (yakni al-Qur’an) tidak hanya menegaskan kebenaran wahyu-wahyu sebelumnya dalam kondisinya yang asli, tapi juga mencakup substansi kitab-kitab sebelumnya, dan memisahkan antara kebenaran dan hasil budaya serta produk etnis tertentu.


 
(Siri 1) - Yusuf al-Qaradhawi : Sejarah Hidup dan Pemikiran
Pihak editorial telah mewujudkan satu segmen baru iaitu SIRI PEMIKIRAN AL-QARADAWI, yang memuatkan penulisan berhubung dengan tokoh agung Islam kontemporari iaitu Sheikh Yusuf al-Qaradawi. Siri penulisan ini dikendalikan oleh Ustaz Rumaizuddin Ghazali, Exco Dakwah ABIM. Ruangan ini akan dimulakan dengan menengenali lebih dekat sejarah hidup dan latar belakang beliau serta kemudiannya disusuli dengan mengkaji pemikiran beliau untuk dimanfaatkan oleh umat islam bagi menghadapi cabaran dunia moden kini.
 
Sejajar dengan nukilan Saudara Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden ABIM dalam kata-kata aluan buku Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq Fi al-Iqtisad al-Islami (Peranan Nilai Dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam ) menyebutkan : “Mereka merupakan tokoh-tokoh agung yang menghabiskan sebahagian besar masa dalam meneliti, mengkaji dan menginterpretasikan ajaran Ilahi ke dalam konteks kehidupan semasa. Hasil pemikiran mereka layak untuk kita baca, kita renungkan dan kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari sedaya upaya. Sebab kemungkinan besar itulah bekal minda dan prasyarat kebangkitan kita di masa yang akan datang.”
 
Islam Tidak Mengharamkan Seni
Seringkali kita mendengar pendapat yang mengatakan kesenian tidak ada kaitan dengan agama Islam malah mengharamkannya secara mutlak. Mereka menyeru ke arah kehidupan yang mengharamkan senyuman di mulut, kegembiraan di hati, menegah perhiasan dan perasaan cinta kepada keindahan dalam apa jua bentuk.Pada hal perkara ini tidak mempunyai asas daripada agama.Mereka beranggapan seni merupakan urusan luar dari Islam. Sebenarnya mereka yang menerima pendapat sedemikian bererti menentang atau menafikan sifat tabi’i alam dan fitrah diri manusia sendiri yang mana perasaan seni yang tumbuh dalam diri manusia merupakan anugerah tabi’i dari Allah yang amat berharga.

Pada diri insan Allah kurniakan jiwa, akal dan indera yang tiap-tiap satu berfungsi dan memerlukan tuntutan –tuntutan yang prrlu dipenuhi bagi kesempurnaan keinsanannnya. Jiwa menuntut kerohanian, akal menuntut keilmuan dan indera menuntut kesenian. Sedang tiap-tiap bidang pula tidak berdiri sendiri-sendiri tetapi bersatu pada puncaknya di lautan intelek dan falsafah mencari kebenaran.
 
Peranan Pemikiran Mohd Natsir Dalam Konteks Memodenkan Pemikiran Umat

Oleh: Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Pak Natsir, atau al marhum Mohammad Natsir (lahir di Alahanpanjang, Sumatera Barat, 17 -7-1908 - meninggal 6 Faebruari 1993) adalah seorang negarawan Muslim, ulama dan intelektuil, pembaharu dan ahlis siasah Muslim Nusantara yang disegani. Hidupnya yang penuh dengan kegiatan yang berfaedah dan membina umat itu, apa lagi di Nusantara, jelas dalam banyak bidang keagamaan, intelektuil dakwah, budaya dan siasah. Pemergiannya sukar diganti. Ia bukan sahaja berjasa kepada rantau ini dengan kegiatan sosial dan siasah sampai pernah menjadi Perdana Menteri Indonesia, serta dakwahnya, dengan terasasnya Majlis Dakwah Indonesia, bahkan ia juga berjasa dalam bidang Islam peringkat antarabangsa sampai ia mendapat kurnia Kurnia Raja Faisal.
 
Dalam nota ini insya’Allah akan diberikan perhatian kepada beberapa aspek pemikirannya dan bagaimana ianya memainkan peranan dalam meletakkan pemikiran umat dalam konteks zaman moden antaranya sebagaimana yang boleh dilihat dari bukunya “Kapita Selekta” dan juga “Fiqhu’d-Da’wah” dalam hubungan dengan persoalan ini.
 
Tafsiran Surah As-Saf
1. Mukadimah

Surah al-Shaff terdiri dari 14 ayat termasuk dalam surah Madaniyyah. Dinamai dengan surah al-Shaff kerana pada ayat ke 4 surah ini terdapat kata “shaffan” yang bererti satu barisan. Ayat ini menerangkan apa yang diridhai Allah sesudah menerangkan apa yang dimurkaiNya. Pada ayat 3, diterangkan bahawa Allah murka kepada orang yang hanya pandai berkata saja tapi tidak melaksanakan apa yang diucapkan. Dan pada ayat ke 4 bahawa Allah menyukai orang yang mempratikkan apa yang diucapkannya iaitu orang-orang yang berperang pada jalan Allah dalam satu barisan.

2. Isi-Isi Pokok.

Semua yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepadaNya, anjuran berjihad pada jalan Allah, pengikut-pengikut nabi Musa dan Isa a.s. pernah mengingkari ajaran-ajaran nabi mereka. Demikian pula kaum musyrikin Mekah ingin hendak memadamkan cahaya agama Islam. Ampunan Allah dan syurga dapat dicapai dengan iman dan berjuang menegakkan kalimah Allah dengan harta dan jiwa.
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 73 - 80 of 100