Oleh Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali ;
Menurut al-Qaradawi, antara ciri istimewa syariat ini tidak diciptakan di dalam khayalan dan di dunia idea sehingga melalaikan realiti manusia dan persoalan-persoalan mereka di muka bumi ini. Akan tetapi, syariah Islam ini merupakan syariat realiti yang menyingkap realiti manusia dan kelemahannya dari desakan pelbagai kepentingan dan keperluan.Oleh itu, perubahan hukum dapat berubah dengan perubahan unsur-unsur zaman, tempat, keadaan dan tradisi. Hukum-hukum syariah adalah mulia, mudah, toleran dan sederhana. Ia bukanlah hukum-hukum yang keras atau yang tidak dapat berubah, yang mengharuskan semua golongan untuk mengamalkannya tanpa memperhatikan keadaan dan kemampuan mereka. Akan tetapi, syariat diterapkan sesuai dengan keadaan yang sedang mereka hadapi. Dalam setiap persoalan yang sedang terjadi, syariah mampu memberikan penyelesaian alternatif yang terbaik dari nilai-nilai yang terkandung di dalamnya sendiri. Al-Qaradawi menjelaskan tujuan beliau menulis buku ini adalah permintaan dari Rabitah Alam al-Islami 9 Liga dunia Islam) yang meminta beliau menulis mengenai fiqh minoriti dengan meletakkan kaedah asas dalam berinteraksi dengan golongan minoriti umat Islam yang berada dalam kelompok besar orang-orang bukan Islam di Eropah, China , India dan Amerika Syarikat.
Al-Qaradawi membahagikan kaum muslimin dari segi negara-negara yang mereka tinggal kepada dua iaitu :
|
|
|
Ciri Pertama : Penggabungan antara Fiqh dan Hadis;
Al-Qaradawi menggabungkan antara Fiqh dan Hadis. Al-Qaradawi mampu menggabungkan antara fiqh dan hadis dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapinya. Setiap fatwa yang dikeluarkan akan diwarnai dengan pandangan yang kontektual dan sangat mendalam berdasarkan sikapnya yang sederhana. Penggabungan antara ilmu fiqh dan hadis menyebabkan fatwa-fatwanya selalu sederhana. Al-Qaradawi melihat bahawa umat Islam mengalami penderitaan apabila adanya ahli fiqh yang kerjanya hanya mengumpulkan pendapat para ulamak tanpa mengetahui tentang dalil yang mereka bicarakan. Mereka berdalilkan kepada hadis-hadis daif dan palsu. Mereka mengeluarkan fatwa-fatwa berdasarkan kepada hadis-hadis daif dan palsu. Dalam hal ini, al-Qaradawi menyeru agar keperluan menggabungkan antara fiqh dan hadis kerana beliau melihat ramai fuqaha yang melibatkan diri dalam bidang hukum tidak memahami secara mendalam ilmu-ilmu hadis bahkan mereka sangat jahil dalam bidang ini sehingga tidak mengetahui rujukan-rujukan dalam bidang ini dan tidak juga mengetahui sumber-sumber penting dalam bidang ini. Mereka juga menggunakan hadis-hadis yang lemah dan tidak diketahui sumbernya. Begitu juga terdapat ramai ahli hadis yang tidak mendalami ilmu fiqh dan usul fiqh. Mereka tidak berusaha untuk memahami maksud-maksud syariat. Oleh itu beliau menyarankan agar umat Islam kini menggabungkan antara kedua-dua sumber tersebut dan berusaha menyaring hadis-hadis hukum yang bersifat umum dalam kerangka ilmu Usul hadis dan Usul Fiqh dan juga dalam kerangka maksud-maksud syariat. Di samping itu, hadis-hadis tidak wajar diterima kecuali yang sahih atau hadis hasan yang lebih dekat kepada yang sahih untuk dijadikan sebagai dalil syar’i.
Al-Qaradawi menyebutkan bahawa menjadi kewajipan menghilangkan jarak antara fiqh dan hadis yang terjadi sejak berkurun yang lalu. Sudah menjadi tradisi yang mengakar bahawa ahli feqah tidak menyibuk diri dalam bidang hadis.Sebaliknya, orang-orang yang sibuk dalam bidang hadis pula tidak menyibukkan dalam bidang fiqh. Keadaan seperti ini amat berbahaya dalam memahami Islam yang sebenar. Oleh itu, seseorang yang memahami hadis perlu juga belajar feqah dan usulnya dengan pengajian perbandingan, Dia harus memahami illat-illat hukum dan maksud-maksud syariat sehingga ia dapat memahami teks-teks al-Quran dan al-Sunnah dengan mendalam. Begitu juga menjadi satu kewajipan ahli fiqh untuk merujuk kepada sumber-sumber muktabar al-Sunnah , keterangan-keterangan dan usulnya yang demikian luas bagi memahami hadis yang sahih dan hadis yang tidak sahih, antara hadis yang boleh yang diterima dan hadis yang tertolak, antara yang mutlak dan terikat, antara yang umum dan khusus. Dia harus memahami perawi-perawi hadis itu.
|
|
|
Mukadimah ;
Bab ini penulis membicarakan pemikiran al-Qaradawi mengenai isu-isu feqah, keistimewaan feqahnya dan sumber-sumber yang digunakan dalam mengeluarkan fatwa. Bab ini juga membahaskan maslahah menurut pandangan al-Qaradawi, pandangannya mengenai fatwa, pengaruhnya kepada feqah semasa dan pembaharuan feqah.
Al-Qaradawi dan Feqah
Al-Qaradawi berkecimpung dalam bidang feqah secara serius walaupun beliau bukan lulusan dari Fakulti Syariah, Universiti al-Azhar. Namun, kepakarannya dalam bidang Fiqh tidak dapat dinafikan oleh sesiapa yang membaca buku-bukunya terutama dalam Fatawa al-Mu'asarah. Fatwa-fatwa beliau merupakan fatwa yang sentiasa dinanti-nantikan apabila umat Islam kini menghadapi sesuatu masalah semasa. Ke mana sahaja beliau pergi nescaya beliau akan ditanya tentang hukum hakam yang berkaitan dalam pelbagai bidang kehidupan. Beliau menekuni bidang fiqh dalam kesemua mazhab dan mengambil pendapat yang bersesuaian dengan teks al-Quran dan al-Sunnah walaupun mungkin berbeza dengan mazhab dan sebahagian pandangan ulamak.
|
|
Oleh Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali ;
Nama penuhnya ialah Muhammad Ahmad Mustafa Abu Zahrah dilahirkan pada 29 Mac 1898M di Mahallah al-Kubra, Mesir. Keluarganya adalah sebuah keluarga yang memelihara adab-adab agama dan nilai-nilai Islam. Dalam suasana tersebut, beliau dibesarkan dan memberi kesan terhadap pembentukan jiwa dan peribadinya. Ketika berusia sembilan tahun, beliau telah menghafal al-Quran dari guru-gurunya seperti Syeikh Muhammad Jamal, Imam Masjid Dahaniah, Syeikh Muhammad Hika, Imam Masjid Hanafi dan Syeikh Mursi al-Misri, Imam Masjid Syeikh Abu Rabah. Muhammad Abu Zahrah mengakui bahawa permulaan kehidupan ilmiahnya bermula dari pengajian dan penghafalan al-Quran. Dalam aspek pendidikan peringkat rendah, beliau melanjutkan pengajian di Sekolah Rendah al-Raqiyyah dan ilmu-ilmu moden seperti Matematik dan lain-lain di samping ilmu agama dan bahasa Arab. Abu Zahrah meneruskan pengajian di Kolej al-Ahmadi al-Azhari di Masjid Ahmadi, Tanta pada tahun 1913. Pada tahun 1916, beliau memasuki Sekolah Kehakiman Syariah, Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1907 dan hanya mengambil pelajar yang cemerlang. Kolej ini dibina bertujuan melahirkan ahli feqah yang semasa dan pratikal yang bersesuaian dengan realiti masyarakat bagi mengisi jawatan hakim syar’i di Mesir. |
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
| Results 9 - 16 of 100 |