Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday137
mod_vvisit_counterYesterday473
mod_vvisit_counterThis week2149
mod_vvisit_counterThis month13898
mod_vvisit_counterAll229780

Artikel Pilihan

Respon Islam Terhadap Konsep Kesatuan Agama-agama
Prof. Dr. Syed Muhamad Naquib al-Attas

Konsep tentang Tuhan dalam Islam bersumber dari dan berdasarkan wahyu. Yang kami maksud dengan “wahyu“ di sini sama sekali bukanlah imajinasi seperti khayalan seorang penyair besar ataupun klaim para seniman terhadap diri mereka sendiri. Wahyu di sini juga bukan inspirasi apostolik seperti yang diklaim oleh para penulis kitab suci semacam Bible; ia juga bukan intuisi iluminatif seorang ilmuwan atau pakar yang berpandangan tajam.
 
Wahyu yang kami maksud di sini adalah firman Tuhan tentang diriNya sendiri, ciptaanNya, relasi antara keduanya, serta jalan menuju keselamatan yang disampaikan pada Nabi dan Rasul pilihan-Nya, bukan melalui suara atau aksara, namun semuanya itu, telah Dia representasikan dalam bentuk kata-kata, kemudian disampaikan oleh Nabi pada umat manusia dalam sebuah bentuk bahasa dengan sifat yang baru, namun bisa dipahami, tanpa ada campur-aduk atau kerancuan (confusion) dengan subyektifitas dan imaginasi kognitif peribadi Nabi. Wahyu ini bersifat final, dan ia (yakni al-Qur’an) tidak hanya menegaskan kebenaran wahyu-wahyu sebelumnya dalam kondisinya yang asli, tapi juga mencakup substansi kitab-kitab sebelumnya, dan memisahkan antara kebenaran dan hasil budaya serta produk etnis tertentu.


 
Pendidikan Islam Integratif Benteng Hadapi Globalisasi

Oleh Prof Dr Sidek Baba

GLOBALISASI bukanlah sesuatu yang baru dalam agenda Barat dan Islam. Islam suatu ketika dulu pernah mempengaruhi Barat selama hampir 700 tahun dalam pengembangan ilmu pengetahuan. Sifat alamiah Islam menjadikan agama ini sebagai agama rahmah demi kebaikan seluruh umat manusia. Tetapi bentuk globalisasi yang Barat lakukan terhadap dunia, khususnya umat Islam berlainan sekali. Ia adalah penjajahan bentuk baru yang mana corak kemajuan dan perubahan yang ditawarkan bercorak satu pihak dan melampaui batas budaya, agama, gaya hidup, ekonomi, sosial dan sebagainya yang sekian lama menjadi amalan setempat.

Konsep ‘unilateral’ menjadi tunjang globalisasi tanpa menghargai wujudnya diversiti atau kepelbagaian dan kemajmukan yang akhirnya menjadikan konsep ‘unipola’ sebagai agenda pemaksaan terhadap orang lain.
 
Panduan Memilih Pemimpin
Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali
 
Menurut ajaran Islam, perlantikan ketua negara adalah amat penting kerana ia merupakan tempat untuk mengganti Rasulllah s.a.w bagi melindungi agama dan mentadbir hal-hal keduniaan. Pemerintahan ketua negara meliputi aspek-aspek keagamaan dan keduniaan. Islam tidak memisahkan aspek-aspek tersebut. Menurut al-Mawardi, melantik ketua negara merupakan wajib secara ijma’. Cuma perbezaan sama ada wajib secara syarak atau akal.

Pandangan yang pertama menyatakan wajib secara akal kerana orang yang berakal pastinya memilih dan mematuhi pemerintahan yang boleh menghindarkan mereka dari kezaliman dan menyelesaikan perbalahan dan perkelahian. Jika tidak ada pemimpin, nescaya akan kucar-kacir.
 
Hijrah Pelopor Tranformasi Minda
Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali
 
Hijrah membuka lembaran baru bagi dakwah Islamiah. Banyak pengajaran dan peringatan yang boleh diambil dari peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Hijrah berlaku dalam bentuk peristiwa yang mengabungkan faktor perlindungan Allah dengan ikhtiar seorang manusia. Gabungan antara perintah Allah dan perancangan yang dilakukan oleh Rasulullah dari mula sehingga tamat penghijrahan baginda yang penuh dengan peristiwa yang perit dan mencemaskan.

Rasulullah terpaksa berhadapan dengan perancangan dan strategi golongan Quraish yang ingin membunuh baginda, namun Rasulullah juga mempunyai perencanaannya tersendiri. Antara perencanaan penting baginda termasuklah merahsiakan rencana hijrahnya sehingga tidak seorangpun mengetahuinya termasuk Abu Bakar sendiri.
 
Kebejatan Akhlak Dan Jenayah Rogol di Kalangan Umat Melayu Islam
Oleh: Muhammad Qassim,Bandaraya Alor Star

Saya termasuk dalam ribuan atau jutaan rakyat Malaysia yang turut prihatin dengan beberapa peristiwa kebejatan dan jenayah akhlak yang melanda masyarakat Melayu Islam Malaysia masakini, termasuklah peristiwa yang melibatkan anggota pihak keselamatan negara. Sesungguhnya gejala ini amat memalukan umat Melayu di Malaysia yang rata-rata beragama Islam. Pelbagai pihak telah menyatakan keprihatinan mereka terhadap perkara ini. Ada yang menyalahkan institusi agama, ulamak, mufti, Jabatan Agama dan badan-badan dakwah kerana tidak berperanan dengan berkesan untuk mengatasi masalah ini. Golongan agama dituduh hanya pandai bersyarah di dewan-dewan kuliah berhawa dingin, berseminar dan asyik berpolitik untuk merebut kuasa.
 
<< Start < Prev 11 12 13 Next > End >>

Results 89 - 96 of 100