|
Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali
Amalan wakaf memainkan peranan penting dalam membangunkan agama, masyarakat dan negara. Dalam rangka pembangunan ekonomi ummah, Islam mengemukakan pendekatan yang bersepadu dan proaktif di antara lain mengemukakan ibadat wakaf. Bahkan wakaf ini diinstitusikan untuk menyusun masyarakat dan telah terbukti melalui sejarah betapa institusi ini berperanan penting dalam membangun kekuatan dan kesejahteraan umat Islam sejak berzaman.
Muhammad Abu Zahrah dalam bukunya Muhadarat fi al-Waqf ( Perbahasan Mengenai Wakaf) menyebutkan bahawa pembinaan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa adalah sebahagian daripada usaha kerja amal wakaf yang pernah berlaku dalam sejarah manusia. Sifat naluri manusia juga mahu memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain selepas ia meninggal dunia. Oleh itu, agama Islam menggalakkan umatnya melakukan amalan wakaf supaya pahala tersebut akan berterusan walaupun ia telah meninggal dunia selagi mana harta wakaf itu digunakan untuk kepentingan umum. |
|
Oleh: Abdul Muin Sapidin (Wartawan Majalah I) [Dapatkan Majalah I, Ogos 2004 di pasaran]  BAGI sesetengah pihak, kemampuan Angkatan Belia Islam (ABIM) menemukan dua pemimpin utama dua parti Melayu paling berpengaruh iaitu Dato Seri Dr Mahathir Mohamad (UMNO) dan Allahyarham Dato’ Fadhil Mohd Noor (PAS) untuk duduk semeja menjayakan Syarahan perdana Palestin dan Kemanusiaan tidak lama dulu, adalah kejayaan paling bermakna pertubuhan itu sejak ditubuhkan pada tahun 1971. Peristiwa itu bukan sahaja menunjukkan keprihatinan ABIM dalam isu penderitaan rakyat Palestin tetapi juga menyerlahkan usahanya merintis jalan kepada perpaduan ummah tanpa menjadikan pendirian politik sebagai garis pemisah. Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, ABIM sering kali menonjolkan peranannya dalam memperkuatkan survival umat Islam melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkannya. Namun bagi presidennya, Ahmad Azam Abdul Rahman peristiwa bersejarah itu hanyalah sebahagian dari kejayaan besar yang telah dicapai ABIM selama ini. Katanya, kejayaan ABIM yang sebenar ialah kemampuannya untuk terus wujud dan berdiri sebagai badan yang dapat menyumbang kepada masyarakat meskipun sering diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. |
|
Oleh: Khairul Nizam Mat Karim
Pendahuluan
Aliran Jabariyyah telah muncul pada akhir zaman pemerintahan Bani Umayyah dan juga merupakan salah satu aliran pemikiran yang terawal dalam sejarah pemikiran Islam. Walaupun arus penguasaan pemikirannya telah berlalu dan hanya menjadi tatapan mahupun rujukan masa kini, tetapi fahaman ini seakan-akan mempengaruhi corak berfikir segelintir masyarakat Melayu hari ini. Dilihat bahawa fahaman ini membawa kesan buruk kepada corak dan bentuk pemikiran masyarakat Melayu sehingga melemahkan bangsa Melayu untuk berkembang maju dan bersaing dalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan kini. |
|
Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali Akidah bererti ikatan atau simpulan. Perkataan akidah membawa maksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kukuh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terhurai. Sebahagian ulamak mentakrifkan akidah Islam sebagai kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi qudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam iaitu kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terhurai atau terputus walau oleh apa jua keadaan dan sausana.Oleh itu, nilai akidah itu terletak kepada kekuatan dan kekukuhannya dalam diri individu. Ilmu akidah juga dikenali sebagai ilmu kalam, ilmu tauhid dan fiqh al-Akbar. |
|
Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali - Ketua Biro Dakwah Perpaduan Melayu : Antara Pendekatan Dakwah dan Pemikiran Ekstrim.
Kehadiran nabi Muhammad ke dunia ini membawa rahmat untuk sekelian alam. Nabi pernah bersabda yang bermaksud : “ saya adalah nabi pembawa rahmat dan bukan nabi pembawa kecelakaan.” Hadis ini memberi mesej yang cukup jelas betapa pentingnya kesejahteraan, kedamaian dan perpaduan. Pendekatan kekerasan dan sikap ekstrim bukan sahaja berlawanan dengan kehendak al-Quran tetapi juga akan mengakibatkan wujudnya pertentangan-pertentangan di tengah umat yang akan menghancurkan kekuatan yang sedia ada.
Oleh itu, usaha mempertahankan kekuasaan dan kekuatan umat harus berteraskan kepada kebijaksanaan, kasih sayang dan sikap berlapang dada. Dalam konteks yang sama usaha mempertahankan kekuatan dan wibawa umat Melayu di negara ini, mestilah juga berasaskan pendekatan yang sama. |
|
|
Islam merupakan agama yang amat mementingkan ilmu kepada umatnya. Perkara ini terbukti dengan adanya ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. yang menggalakkan umatnya, belajar, mengajar dan memberi ganjaran serta kelebihan orang yang berilmu (Taha 114,al-Zumar 9, al-Mujadalah 11). Tradisi keilmuan Islam berkembang pesat dengan tertubuhnya pusat pengajian terkenal di Baghdad, Basrah, Kufah dan Andalus. Begitu juga perkembangan perpustakaan yang menjadi pusat penyelidikan para ilmuan Islam.
Pada mulanya masjid dijadikan pusat penyebaran ilmu sebelum terdirinya kuttab (tadika), madrasah (sekolah) dan Jami’ah (universiti). Ada beberapa faktor yang menyebabkan tradisi keilmuan Islam ini berkembang pesat iaitu galakkan daripada pihak khalifah dengan mendirikan institusi pendidikan, toko-toko buku dan perpustakaan berkembang pesat, guru-guru yang mengajar dengan penuh keikhlasan serta kegiatan pembukuan dan menjilid yang pesat ketika itu. |
|
|
Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali Hijrah membuka lembaran baru bagi dakwah Islamiah. Banyak pengajaran dan peringatan yang boleh diambil dari peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Hijrah berlaku dalam bentuk peristiwa yang mengabungkan faktor perlindungan Allah dengan ikhtiar seorang manusia. Gabungan antara perintah Allah dan perancangan yang dilakukan oleh Rasulullah dari mula sehingga tamat penghijrahan baginda yang penuh dengan peristiwa yang perit dan mencemaskan.
Rasulullah terpaksa berhadapan dengan perancangan dan strategi golongan Quraish yang ingin membunuh baginda, namun Rasulullah juga mempunyai perencanaannya tersendiri. Antara perencanaan penting baginda termasuklah merahsiakan rencana hijrahnya sehingga tidak seorangpun mengetahuinya termasuk Abu Bakar sendiri. |
|
  Tamadun secara harfi ertinya berada ditahap maju. Para pengkaji membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu pengertian yang objektif dan pengertian yang subjektif. Pengertian yang objektif iaitu suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi di dalam suatu masyarakat. Pengertian yang subjektif bermaksud tamadun digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas atau digambarkan kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai. |
|
|
Kita telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan pelbagai nikmat untuk kita syukuri. Nikmat masa dan kehidupan, nikmat berkeluarga, nikmat makanan dan minuman serta bermacam-macam lagi yang tidak dapat kita nilaikan. Walau bagaimanapun, nikmat yang paling utama yang membezakan kita daripada makhluk-makhluk lain adalah nikmat akal yang telah Allah kurniakan kepada kita umat manusia ini, iaitu kemampuan kita untuk berfikir dan menganalisa serta membuat pertimbangan yang wajar sesuai dengan kehendak al-Khaliq.
Apakah kita telah menggunakan sepenuhnya segala kurniaan Allah s.w.t. itu dengan sebaik-baiknya? Perlulah kita meluangkan masa kita sehari-hari untuk bermuhasabah dan menilai segala amalan kita sebelum amalan-amalan tersebut dinilai oleh Allah s.w.t. kerana jika kita terus lalai dan sentiasa merasakan bahawa amalan serta perbuatan kita telah sempurna di mata Tuhan, ditakuti perkara-perkara kecil yang tidak kita perincikan dan perbaiki kecacatannya akan merosakkan amalan serta ibadat kita sepanjang hayat. Pergunakanlah akal anugerah Allah itu untuk sentiasa berfikir dalam meningkatkan kualiti hidup kita di dunia mahupun di akhirat
|
|
|
Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali Tajdid bererti perubahan ke arah yang lebih baik. Gerakan tajdid merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh segolongan manusia untuk memperbaiki dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Tajdid bukan bererti merubah yang sudah baku. Prinsip-prinsip dasar dalam agama Islam tidak boleh ditambah-tambah seperti dalam bidang akidah. Tajdid juga bererti memperbaharui sesuatu. Ia bererti kita berusaha kembali kepada agama Islam yang sebenar seperti penghayatan yang berlaku pada zaman nabi s.a.w.
Sementara itu, kita lenyapkan fahaman-fahaman yang keliru yang menyelimuti agama Islam yang berbentuk bid’ah yang membuka peluang masuknya penafsiran bersifat ekstrim. |
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
| Results 21 - 38 of 38 |