|
 Sejarah adalah salah satu displin ilmu yang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan manusia. Selain memainkan peranan didalam mendedahkan jatuh bangun serta kejayaan mahupun kegagalan yang dicapai oleh generasi-generasi lalu, sejarah juga telah digunakan sebagai salah satu instrumen politik yang sangat berkesan sepertimana yang pernah digunakan dengan jayanya oleh pelbagai pihak sebelum ini.Ini kerana sejarah mempunyai kekuatan emosi yang tersendiri, terutama sekali jika ia menyentuh ataupun merujuk kepada sesebuah peristiwa yang meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sesebuah bangsa ataupun tamadun. |
|
 Buku ini telahpun berada di pasaran seawal tahun 2004. Tesis utama yang dibawa oleh pengarangnya, Amy Chua adalah sistem demokrasi pasaran bebas yang dilaksanakan pada hari ini, khususnya di negara-negara kumpulan minoriti menjadi dominan , mampu mencetuskan ketegangan antara kumpulan minoriti dan majoriti. Sebagaimana yang pernah dihujahkan oleh Francis Fukuyama lewat karyanya The End Of History bahawa seakan-akan sistem kapitalisma-pasaran bebas akan menjadi sistem terakhir yang akan menjadi the order of the day, garapan Amy Chua sebaliknya mendedahkan keburukan yang akan berlaku di negara-negara yang mempunyai latar belakang seperti yang telah dijelaskan. Bermula daripada tragedi pembunuhan ibu saudaranya di tangan penduduk peribumi Filipina akibat rasa benci terhadap etnik minoriti Cina yang menguasai ekonomi di Filipina, Amy Chua terus cuba menampilkan beberapa pola yang sama di seluruh dunia. Beliau berjaya mendedahkan pola sama yang sedang berlaku di Indonesia, Bolivia, Rusia , Burma dan Rwanda. Apa yang perlu diambil iktibar adalah dalam latar belakang sosio ekonomi yang menyaksikan kaum minoriti, lazimnya kaum pendatang berjaya menguasai ekonomi dan menjadi dominan, kemungkinan akan tercetusnya pergaduhan kaum adalah satu faktor yang tidak boleh ditolak. |
|
|
Authored by Dr. Sherifa D. Zuhur.
A reason that the United States is winning so few “hearts and minds” in the broader Islamic world is confusion and imprecision in American strategic messages. The grand strategy of defining, isolating, and destroying Islamism or radical Islamism may not be possible if America does not proceed more carefully,and listen to what its allies think, know, and feel about their faith. This monograph will not revisit the origins of Islamist violence. It is instead concerned with conceptual failure that wrongly constructs the War on Terror and discourages Muslims from supporting it. They are unable to identify with the proposed transformative countermeasures because they discern some of their core beliefs and institutions as targets in this endeavor. |
|
 ![]() Kepada sesiapa yang ingin mengetahui sejarah hidup, perjuangan dan idealisme almarhum Al Malik Shabaz al hajj, atau lebih dikenali sebagai Malcolm X, buku inilah yang perlu dimiliki. Buku ini adalah antara garapan autobiografi tentang beliau yang paling autoritatif,memandangkan beliau sendiri menceritakan sejarah hidup beliau kepada Alex Haley, beberapa bulan sebelum beliau ditembak mati. Buku ini mengandungi pemerian tentang sejarah hidup beliau bermula daripada zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman beliau mula terjebak dalam jenayah, periode dipenjarakan, mengganggotai Nation of Islam, menjadi aktivis yang sangat berpengaruh, krisis dengan Elijah Muhammad, ketika beliau menunaikan haji dan pelbagai lagi peristiwa yang cukup signifikan di dalam sejarah kehidupan beliau. |
|
|
|