| |
Fiqh Ad-Dakwah
|
Oleh: Dr. Mohd Farid Mohd Shahran (Kertas kerja ini dibentangkan pada Seminar Antarabangsa Dakwah dan Generasi Muda, pada 10, 11 September 2007 di UKM.)
MUKADDIMAH
 Masyarakat Islam dewasa ini sekali lagi didepani dengan cabaran ekstremisme. Ia menjelma sekurang-kurangnya dalam dua bentuk; mereka yang melonggarkan dan penisbikan pentafsiran agama sehingga tercabut dari akar umbinya yang asli dan mereka yang menyempitkan pentafsiran agama sehingga menjadikannya begitu keras dan tertutup, justeru mudah mengeluarkan sebahagian masyarakat Islam yang lain dari ruanglingkup agama. Sementara golongan pertama, atas nama kebebasan, kemanusiaan, pencerahan dan pembukaan pintu ijtihad telah merungkaikan segala asas-asas keagamaan yang telah baik terjalin dalam tradisi keagamaan Islam, golongan kedua pula, atas nama pemurnian akidah dan perjuangan menegakkan sunnah dan membenteras bid’ah, telah menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat dengan serangan terhadap ijtihad dan budaya amal Islami yang telah sedia berakar umbi dalam masyarakat Islam di rantau ini. |
|
Oleh ohd Rumaizuddin bin Ghazali Timbalan Presiden ABIM
Sebahagian umat Islam beranggapan bahawa jihad hanya disyariatkan selepas nabi s.a.w berhijrah ke Madinah. Sebelum itu, umat Islam tidak mengenali istilah jihad dan hukumnya. Padahal kenyataannya bukanlah begitu. Ini kerana terdapat ayat al-Quran yang diturunkan pada zaman Mekah yang menyuruh nabi agar berjihad. Ayat ini ialah dalam surah al-Furqan ayat 52. Allah berfirman yang bermaksud:
“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir dan berjihadlah kepada mereka dengan al-Quran dengan jihad yang benar."
|
Oleh: Prof Madya Dr Ab Halim El-MuhammadyPendahuluan Tarbiyyah merupakan suatu yang amat penting untuk membawa perubahan kepada manusia. Justeru, al-Qur’an diturunkan sebagai bahan utama dalam pengisian tarbiyyah melalui proses pembacaan, penulisan, pengajaran dan penguasaan ilmu yang berasaskan ketuhanan mengikut penghuraian dan penghayatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam realiti hidupnya. Manusia yang tidak peka kepada ilmu tidak mampu untuk mengubah pandangan dan cara hidupnya ke arah yang lebih maju dan lebih sempurna. ABIM sebagai sebuah badan gerakan yang berperanan untuk mengubah masyarakat dan mengislahkan cara hidup mereka mestilah bertolak dari penguasaan ilmu; ilmu yang berteraskan tauhid, dan mengislahkan manusia dalam segala aspeknya. Kemudian ia mampu pula mengolah dan menggunapakai dalam realiti kehidupan masyarakat bagi mencapai kehidupan yang bahagia (hasanah) di dunia dan di akhirat. |
|
Oleh: Ahmad Azam Abdul Rahman Pengerusi Global Peace Mission Malaysia
Kertas kerja ini dibentangkan kepada peserta Kursus Kepimpinan Perdana di Malaysian Hall. Abbasiah, Kaherah pada 15 & 16 November 2005 Anjuran YADIM, YPEIM, INMIND, MAS, ABIM Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.
Putaran Tamadun Bangsa
Berdasarkan sejarah manusia, kita telah menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan pelbagai bangsa dan tamadunnya. Kita telah menyaksikan kegemilangan dan kejatuhan tamadun Mesir, Mesopotamia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantin dan Islam.
Sudah menjadi sunnatuLlah, putaran tamadun bangsa berlaku dan keadaan ini adalah sebagai pengajaran kepada manusia. |
|
Oleh: Datuk Mohd.Nakhaie Ahmad. YDP YADIM
Kertas kerja ini dibentangkan di Kursus Kepimpinan Perdana di Malaysian Hall, Abbasiah, Kaherah pada 15 & 16 November 2005. Perubahan adalah sunnatullah, yakni peraturan dan hukum perjalanan alam yang dicipta oleh Allah s.w.t. mengikut kuasa dan kehendakNya Yang Maha Suci. Alam dan semua perkara yang terdapat di dalamnya, sentiasa terdedah kepada perubahan. Tetapi, apakah yang berubah dan bagaimana perubahan itu berlaku? Tentunya, dengan adanya kebelbagaian dalam alam ciptaan Allah s.w.t. ini, tidak mungkin kita memberikan jawapan menyeluruh kepada persoalan ini. Dalam hubungan ini, saya hanya akan menumpukan kepada perubahan yang berlaku dalam agama Islam dan beragama, yakni dalam aspek yang melibatkan interaksi antara pemeluk agama Islam dengan ajaran-ajaran Islam yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah.
|
|
|
Hari raya adalah saat berbahagia dan bersuka cita. Kebahagian dan kegembiraan kaum mukmin di dunia adalah kerana Tuhannya iaitu apabila mereka berhasil menyempurnakan ibadahnya dan memperoleh pahala amalnya dengan kepercayaan terhadap janjinya kepada mereka untuk mendapatkan anugerah dan ampunan Nya. Allah Ta’ala berfirman:
Katakanlah: “Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Alaah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (Yunus: 58)
Sebahagian orang bijak berujar: Tiada seorang pun yang bergembira dengan selain Allah kecuali karena kelalaiannya terhadap Allah, sebab orang yang lalai selalu bergembira degan permainan dan hawa nafsunya, sedangkan orang yang berakal merasa senang dengan tuhanya. |
|
|
Oleh Mohd.Zaidi b.Ismail
“Allah ‘azza wa Jalla berfirman; ‘Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya melainkan puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.’ Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu sedang berpuasa janganlah ia berkata keji dan berteriak. Jika ada yang mencaci atau melaknatinya, maka hendaklah dia berkata kepadanya ‘Aku sedang berpuasa.’ Demi Dia yang diri Muhammad berada dalam kuasaNya, bau mulut seorang yang sedang berpuasa adaah lebih harum di sisi Allah daripada aroma minyak kesturi. Bagi seseorang yang sedang berpuasa itu dua keriangan yang ia bergembira dengannya: ketika dia berbuka puasa, ia akan bergembira dan ketika dia bertemu Tuhannya, dia akan bergembira dengan puasanya”. (Disepakati oleh Bukhari dan Muslim).(1)
Sememangnya tabiat manusia mudah lupa dan sering lalai. Sebab itu usaha saling ingat-memperingatkan sesama insan sentiasa relevan dan tidak boleh diabaikan, malah sudah menjadi sebahagian daripada tuntutan-tuntutan agama. Semangat ini terjelma, misalnya, dalam kebiasaan kaum Muslimin memperingatkan diri masing-masing tentang kelebihan dan keutamaan sesuatu amalan atau peristiwa menerusi himbauan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi s.a.w., disusuli pula dengan huraian dan syarahan ulama-ulama yang berwibawa. Peringatan sebegini, selain melibatkan usaha mengulangkaji hal-hal yang bersangkutan dengan rupa-bentuk zahir sesuatu amalan itu, turut merangkum penerokaan rahsia-rahsia batinnya juga. Rahsia batin ini antara lain, berkait dengan apa sahaja hikmah dan pengajaran yang boleh dimanfaatkan daripada amalan tersebut. |
|
|
Commentary of the Hadith: "The Need to Help Islam and the Community"
Text and Translation
On the authority of Mughirah ibn Syu’bah (may Allah be pleased with him), The Messenger of Allah (may the blessings and peace of Allah be upon him) said: There shall always be from among my ummah, helping one another and cooperating until the Last Day, and they shall be victorious.
(It was related by Bukhari)
On the authority of Thauban (may Allah be pleased with him), as related by Muslim: They help one another to uphold truth, they shall not be defeated by those who try to make them fail until the Last Day and they shall be victorious.
|
|
|
Muddin Beting, YDP ABIM Negeri Sabah
Istilah dan Sejarah
Dari segi istilah, perkataan hijrah berakar daripada kata bahasa Arab ha-ja-ra bermaksud “berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain” atau “berpindah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik”. Dalam al-Qur`an, di antara ayat-ayat yang mengandung kata hijrah ialah surah al-Muddaththir, surah al-Ankabut, surah al-Muzzammil dan an-Nisa’.
Antara makna hijrah yang terkandung dalam ayat-ayat di atas ialah meninggalkan perbuatan dosa sebagaimana dalam surah al-Muddaththir ayat 5 “dan tinggalkanlah segala perbuatan dosa”. Hijrah juga adalah suatu usaha yang dilakukan kerana menunaikan perintah Allah. Ini dapat dijelaskan dalam surah al-Ankabut ayat 26 di mana “Nabi Ibrahim berkata: Sesungguhnya aku akan berpindah ke tempat yang diperintahkan oleh Tuhan”.
Ia juga bermaksud menjauhi persekitaran yang tidak baik, melalui uzlah pemikiran dan kerohanian dengan cara yang bijaksana, sebagaimana dalam surah al-Muzzammil ayat 10 “dan bersabarlah terhadap apa yang mereka (orang kafir) ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik”. |
|
|
[Ucapan Dasar YDP ABIM Selangor, Sdr Hasri Harun]
Terjemahan : " Hai orang –orang beriman, apakah sebabnya apabila diseru kepada kamu; " Berangkatlah ( berperang) pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal saja tempatmu. Apakah kamu telah puas dengan kehidupan duniawi sebagai ganti kehidupan akhiratmu. Padahal kenikmatan dunia jika dibandingkan dengan akhirat hanyalah sedikit" (At Taubah : 38)
Mempersiap Diri Menghadapi Cabaran Semasa
Ancaman Luaran : Islam pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan mehnah yang cukup besar. Ia memerlukan kita sebagai daie mempersiapkan diri, ilmu dan kemahiran agar dapat berhadapan dengan perkara ini secara tuntas. Cabaran yang saya maksudkan ini termasuklah ancaman luar seperti zionisme, materialisme, yahudi dan antarabangsa yang tidak senang dengan perkembangan Islam secara meluas dimerata dunia. Pertambahan golongan bukan islam kepada Islam di Amerika syarikat setelah peristiwa 11 September yang lalu telah memberi impak besar kepada musuh-musuh islam. Di kaca television kita sering melihat pelbagai tohmahan dan ancaman yang dimainkan oleh media barat bahawa Islam telah mencetuskan keganasan yang mana berita seperti ini telah memberi kesan yang cukup besar kepada imej dan masa depan Islam itu sendiri. Namun sebagai orang Islam sudah pasti kita tidak boleh berdiam diri dengan agenda ini yang sama sekali tidak berwibawa dan sememangnya dirancang untuk menjatuhkan martabat Islam sebagai Rahmatan lil a'lamin. |
|
| | << Start < Prev 1 2 Next > End >>
| | Results 1 - 20 of 29 |
|
|
|