| |
Fiqh Ad-Dakwah
|
Oleh: Tuan Haji Abdul Halim Ismail (Pengerusi KBI)
Paradigma Baru Dakwah
Walaupun ABIM dinilai sebagai sebuah pertubuhan Islam yang terbesar dan paling berpengaruh (the largest, best known, and most influential of the non-party-based Islamic groupings – Chandra Muzaffar, Islamic Resurgence in Malaysia), namun kelahirannya di peringkat awal didorong oleh hasrat yang kelihatan amat sederhana. ABIM digerakkan dengan tujuan ‘memperjuang cita-cita Islamiah, menjalankan dakwah secara progressif, menggembleng tenaga belia bagi meningkat taraf hidup masyarakat, bekerjasama dengan badan-badan lain serta melaksanakan kegiatan-kegitan lain yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah’ (Perlembagaan ABIM). Namun kekuatan yang terkandung dalam pengertian yang ada pada din al-Islam yang menjadi dasar perjuangan - dengan pengertiannya yang luas dan dalam, yang mempunyai daya dan kekuatan, dinamik serta bersifat revolutionary (sentiasa segar dan baru) - telah memberikan generasi muda lebih dari sekedar medan untuk berdakwah dan membuat amal kebajikan. Ia telah pula membuka satu dimensi baru yang mengangkat erti kehidupan iaitu dimensi perjuangan bagi mendaulatkan Islam dan memperkasa umat. |
|
Seruan supaya Islam mengambil jalan `berdialog’ dengan Barat nyaring dikumandangkan semenjak pertengahan dekad 90 an di pentas akademik dan politik tempatan dan antarabangsa. Salah seorang jurupidato yang berpengaruh dan konsisten membicarakan tema ini dalam ucapan-ucapannya ialah Muhamad Khatami, Presiden Iran. Dalam satu pidatonya, beliau menyebut ;
` The most significant efforts of the 20th century is to believe in the importance of dialogue, not power, to strengthen the coordination and cooperation in the field of culture, economics and politics. All these are the basics and foremost steps towards a universal justice, freedom and human rights…. . The condition for prosperity of the world’s nations is a dialogue among civilizations of different ideas and views. The future of humanity of the next generation in the twenty-first century should be determined by a strong dialogue culture and co-existence among the civilizations, and not clashes and conflicts’. ( Kesejahteraan umat dunia di masa mendatang ditentukan oleh keupayaan umatnya mewujudkan dialog antara budaya dan kerukunan hidup bersama antara tamadun, bukannya pertentangan dan sengketa) |
|
Oleh: Ust. Rasid bin Muhamad, YDP ABIM Pahang
Pengenalan
Para nabi dan rasul merupakan manusia pilihan utusan Allah untuk memimpin dan mambimbing manusia ke jalan yang benar. Nyatalah para nabi dan rasul merupakan pemimpin contohan dan mercu tanda sejarah ketamadunan manusia. Dalam koteks yang lebih khusus, nabi Muhammad (SAW) merupakan nabi dan rasul yang terakhir dan penghulu para nabi dan rasul, tentunya mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama yang berkaitan dangan hal-hal kepimpinan. Sebagai pemimpin yang unggul, sirah kehidupan baginda sering disorot oleh ramai penulis sejak zaman dahulu lagi hingga sekarang, sama ada oleh sarjana Islam atau bukan Islam. Maka itu, tidak menghairankan jikalau Michael H. Hart (1978) telah meletakkan Rasulullah (SAW) sebagai manusia “pertama” dalam senarai manusia yang dianalisisnya sebagai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan dunia. Kepada umat Islam, tentunya kedudukan baginda lebih istemewa kerana baginda merupakan “qudwah” kepada umat Islam dalam segenap demensi kehidupan.
Tentunyalah sirah baginda mempunyai kedudukan teristemewa tersebut wajar digali dan dilihat, terutama yang melibatkan hal-hal kepimpinan. |
|
By Dr. Taha Jabir Al-Alwani (www.islam-online.net)
Why Pursuing the Islamization of Knowledge? In order to achieve potency and effectiveness in any Muslim "renaissance" endeavor, it is very crucial that the addressed constituency precisely realizes its gist and nature of the discourse; i.e., its foundations, objectives, requisites, applicability and challenges. On the other hand, the targeted constituency should be conscious of the Divine, gets a notion of social commitments as the spirit of that discourse permeates through the society, and realizes the vast contrast between status quo and the sought after 'civilizational' reality, as well as the requisites of reaching that reality in terms of facing challenges and overcoming obstacles. |
|
BY SHAYKH RASHID AL GHANUCHI HEAD OF THE AL-NAHDA ISLAMIC MOVEMENT OF TUNIS  Looking at the Islamic revival worldwide today - a revival aiming to rebuild the individual and society and recompose the nation's thought and politics based on Islam - we find it making progress. It is making victories that no other ideology is making in today's world. The progress is not limited to the idea, because the idea itself is improving. The Islamic movement has been able to discover new areas of Islam, and the discoveries continue along the path forged by men of the last century like Jamal al-Din al-Afghani and continued by men like Hasan al-Banna and Abu Al-A'la al-Maududi. The ideas of these men gave birth to modern Islamic movements, which rediscovered the Islamic basis upon which to build life. Islam is not a group of individual beliefs, rituals, or mannerisms. It is a comprehensive way of life. Islam was around before the modern Islamic movement, but it had been thought of as a preparation for one to get to heaven, not a system to mold society. Today Islam is progressing forcefully while secularism is falling rapidly. |
|
|
Oleh Prof Dr Sidek Baba
GLOBALISASI bukanlah sesuatu yang baru dalam agenda Barat dan Islam. Islam suatu ketika dulu pernah mempengaruhi Barat selama hampir 700 tahun dalam pengembangan ilmu pengetahuan. Sifat alamiah Islam menjadikan agama ini sebagai agama rahmah demi kebaikan seluruh umat manusia. Tetapi bentuk globalisasi yang Barat lakukan terhadap dunia, khususnya umat Islam berlainan sekali. Ia adalah penjajahan bentuk baru yang mana corak kemajuan dan perubahan yang ditawarkan bercorak satu pihak dan melampaui batas budaya, agama, gaya hidup, ekonomi, sosial dan sebagainya yang sekian lama menjadi amalan setempat. Konsep ‘unilateral’ menjadi tunjang globalisasi tanpa menghargai wujudnya diversiti atau kepelbagaian dan kemajmukan yang akhirnya menjadikan konsep ‘unipola’ sebagai agenda pemaksaan terhadap orang lain. |
|
|
OLEH: MUHAMMAD 'UTHMAN EL-MUHAMMADY
Kedatangan para anbiya' a.s.s. dalam sejarah peradaban adalah untuk mengislahkan hidup manusia dalam dengan apa yang dikehendaki Allah Yang mencipta mereka.Dengan itu tercapailah bidang pegangan dan amalan mereka supaya bertepatan kebahagiaan dan kebaikan dunia dan akhirat, kemaslahatan duniawi dan ukhrawi, peribadi dan kolektif, kebendaan dan kerohanian.
Dalam al-Qur'an terdapat penggunaan "islah" ini seperti dalam ayat-ayat yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar an judi. Katakanlah:'Pada keduanya itu trerdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya'. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah 'Yang lebih dari keperluan'.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir tentang dunia dan akhirat.Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim; katakanlah 'Mengurus urusan mereka secara patut (islahun lahum) adalah baik..." (al-Baqarah: 219-220). |
|
|
Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali
Syariat Islam telah menggariskan prinsip-prinsip serta adab untuk bermuzakarah, berdialog dan berbincang dalam sesuatu perkara. Perbincangan tersebut berteraskan kepada akal yang sihat, pemikiran yang bernas serta berdebatan yang dilakukan dengan sebaik-baiknya. Kesemua ini bertujuan untuk mencari kebenaran, kebaikan dan manfaat manusia seluruhnya. Perbezaan pendapat manusia sama ada dalam perkara agama atau dunia merupakan merupakan lumrah hidup dan tabie manusia.
Antara sebab-sebab timbulnya perbezaan pendapat ialah kefahaman terhadap sesuatu nas dan dalil yang dipegang atau perbezaan istilah bahasa. Di samping itu, berpegang kepada taklid semata-mata tanpa ada ilmu pengetahuan., kefanatikan terhadap pandangannya, hasad dengki dan mengikut hawa nafsu. Al-Quran telah menegaskan kerasulan nabi Muhammad dan setengah daripada golongaan musyrikin itu mengakui kebenaran Rasul. Oleh kerana perasaan fanatik, hasad dengki dan sombong menyebabkan mereka mengingkari kerasulan Muhammad s.a.w. |
|
|
Sering kali kita mendengar orang mengatakan hendaklah berdakwah dengan cara berhikmah. Mereka berdalilkan firman Allah yang bermaksud : “ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125).
Ayat ini mengandungi petunjuk bagi para rasul dan pendakwah bagaimana cara menyampaikan dakwah kepada manusia yang bermacam-macam jenis itu. Para pendakwah akan menghadapi pelbagai golongan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, ilmu dan perangai. |
|
| << Start < Prev 1 2 Next > End >>
| | Results 21 - 29 of 29 |
|
|
|