Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday85
mod_vvisit_counterYesterday599
mod_vvisit_counterThis week1862
mod_vvisit_counterThis month4429
mod_vvisit_counterAll446245
Kerohanian
Tasawuf Menurut Said Hawwa (Siri 2) PDF Print E-mail
Pengertian al-Qalb, al-Ruh. Al-Nafs dan al-‘Aql menurut pandangan Said `Hawwa.

Pengertian al-Qalb

Kata ini digunakan untuk menyebut dua hal, pertama, sepotong daging lembik dan lembut yang berada di sebelah kiri dada, iaitu sepoting daging yang khusus.Di bahagian dalamnya terdapat rongga-rongga tempat darah mengalir. Itulah tempat bersemayamnya roh. Pengertian kedua, al-Qalb adalah suatu rahsia yang halus (latifah) yang bersifat rabbaniyah dan ruhaniah yang memiliki hubungkait dengan al-Qalb yang bersifat jasmani. Latifah tersebut adalah hakikat manusia itu sendiri. Al-Qalb itulah yang dapat berperanan sebagai mukhathab (pihak yang diajak bicara) yang dapat merasakan kesusahan, dapat merasakan akibat dan dapat dituntut. Al-Qalb atau hati ruhani ini mempunyai hubungkait dengan hati yang bersifat jasmani.(Said Hawwa, 1999:24)
 
Pengertian al-Roh
kata ini juga digunakan untuk menyebut dua hal, pertama, bentuk yang halus  yang berpusat pada rongga hati jasmani. Roh menyebar melalui urat nadi keseluruh badan. Alirannya berada di seluruh tubuh  dan memancarkan cahaya kehidupan, membuat indera perasa, penglihatan, pendengaran dan penciuman berfungsi. Pengertian kedua, roh adalah suatu rahsia yang lembut  dan mampu  untuk mengetahui dan menyedari yang dimiliki oleh manusia. Roh inilah yang meruoakan hal yang mengagumkan yang bersifat rabbani yang tidak mampu diketahui hakikatnya oleh kebanyakkan akal manusia.(Said Hawwa. 1999:24)
 
Tasawuf Menurut Said Hawwa (Siri 1) PDF Print E-mail

Mukadimah

Said Hawwa merupakan ilmuwan haraki yang penuh dedikasi menekuni dalam bidang  pendidikan kerohanian. Penulis yang cukup prolifik ini mempromosikan kerohanian Islam yang digabungkan dengan semangat perjuangan islah. Dalam buku Tarbiyatuna al-Ruhiah, Said Hawwa menjelaskan mengenai tasawuf yang sepatutnya diamalkan oleh orang Islam terutama ahli gerakan dakwah dan membuat pencitraan semula ilmu tasawuf dengan motif tersirat untuk melepaskan ilmu tasawuf dari imej ekslusif dan elit.

Beliau ingin memasyarakat kembali ilmu tasawuf kerana setiap Muslim sangat memerlukan ilmu tersebut dan perlu memahaminya secara betul dan tepat. Tajuk asal buku Tarbiyatuna al-Ruhiah yang dicadangkan ialah Tasawwuf al-Harakah al-Islamiyyah al-Mu’asarah (Tasawuf gerakan Islam semasa) memandangkan kebanyakan kupasannya menekankan pengamalan sufi dikalangan orang yang mengelarkan diri sebagai ahli gerakan dakwah dan Islam.

 
Berhati-hati Dengan Hati Kita PDF Print E-mail

(Nukilan ini disediakan oleh Allahyarham Ustaz Awang Pon Awang Sebon)

Berhati-hati di jalan raya. Bagaimana pula sikap anda dgn hati anda

Hati yang dimaksudkan di sini bukanlah hati sanubari iaitu seketul daging yang berbentuk jantung yang terletak di sebelah kiri dada yang mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen dan zat makanan kepada sel-sel. Ianya satu latifah (tenaga seni) yang bersifat rohaniah. Ia merupakan hakikat manusia yang bertanggungjawab menerima perintah Allah, menerima hukuman dan sebagainya.

Akhlak samada ianya baik atau sebaliknya adalah cermin dalaman, keadaan atau suasana yang terdapat dalam jiwa seseorang. Kalau perbuatan atau perlakuan yang muncul tersebut itu elok dan terpuji dari sudut pandangan akal dan syarak, maka keadaan atau suasana itu diistilahkan sebagai akhlak yang baik dan kalau sebaliknya yang terjadi maka ia dinamakan akhlak yang buruk. Demikian juga pegangan akidah seseorang itu samada ianya sahih atau sebaliknya bergantung kepada sifat kalbu. Dengan kata lain akidah dan akhlak tertumpu secara khusus kepada perihal kerohanian atau perihal dalaman diri manusia.

Ahli ahli Sufi amat mengambil berat persoalan hati. Hal ini dapat difahami dari difinasi tasawuf yang sekian banyak diberikan oleh ahli tasauf. Di antara definasi tersebut ialah definasi yang diberikan oleh Syeikh Abu Bakar al-Kattani iaitu “at-Tasawuf Safaa’ wa musyaahadah”. Maksudnya: Tasawuf ialah kejernihan dan musyahaadah. Yang dimaksudkan dengan kejernihan, kebersihan, keheningan, kecahayaan itu ialah kejernihan jwa dan hati.

 
Our Self-Esteem PDF Print E-mail

Allah loves those who put their trust in Him as shown in Surah Ali Imran verse 159. The verse says: “It was by the mercy of God that you, Prophet Muhammad, were lenient with them, that you showed indulgence toward them when they disobeyed you; Had you been harsh in speech, Ill-natured, and fierce of heart, Brutish and coarse towards them, They would have dispersed, split away, from about you. So pardon them, pass over what they have done, Pardon your Companions for that which may ensue from them And ask forgiveness for them, for their sins, until I forgive them, And consult them; find out their opinions, in the matter, Consult with them upon the conduct of affairs In order to win their hearts over And so that you may be emulated in this respect; And indeed, the Prophet would frequently consult them. And when you are resolved, to carry out what you wish after counsel, rely on Allah, putyour trust in Him, Put your trust in Allah to give you triumph and domination For Allah loves those who rely on Him.”


When the Iranians put out a sentence of death on Salman Rushdie, the non-Muslim world laughed and shook their heads. When a Pakistani owner of a New York TV station devoted to the beauties of Islam cut off the head of his wife when she asked for a divorce, the non-Muslim world, much to our consternation, laughed and shook their heads. People who have sufficient self-esteem do not do such things. Evidently, Muslims are still lacking in this bedrock of their identity. And this lack causes them to behave in such ways that Islamic outreach becomes much more difficult for the rest of us.

 
Usrah Sebagai Pemangkin Budaya Gerakan - Oleh Syed Mikael Rizal Aidid PDF Print E-mail
Usrah Tamrin Nuqaba’ Kebangsaan ABIM yang diadakan baru-baru ini di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menatijahkan satu gerakan kesedaran yang amat serius, betapa usrah perlu dibawa dan diletakkan ke ‘center stage’ semula atau menjadi awlawiyat di dalam gerakan, jika kita mahu ABIM terus wujud dan relevan buat umat pada hari ini. Program ini telah menyaksikan pelbagai pelan pemerkasaan usrah di semua peringkat telah dirancang, merangkumi usaha menghidupkan usrah-usrah unit yang telah lama ‘mati’, meneroka peluang usrah-usrah baru, mengkreatifkan pendekatan usrah dan mendalami akan keberkesanan silibus usrah ABIM. Apa pun yang dirancang, tumpuan dan fokus yang harus dihalakan kepada semua pimpinan, para nuqaba’ bahawa pada hari ini adalah; Ayuh! Mari kita mula bercakap tentang usrah, komited pada usrah, menghargai usrah dan sedar impak yang boleh usrah bawakan pada umat seluruhnya.

Usrah, yang selama ini sinonim dengan majlis ilmu, majlis ukhuwwah dan majlis pertemuan berkala di kalangan penggerak ABIM wajar diangkat maknanya ke aras yang lebih tinggi. Kegagalan melihat impak dan gagasan yang boleh ‘dilancarkan’ menerusi usrah, bakal menjadikan usrah itu hambar, satu hala, terlalu longgar dan apa yang lebih teruk, tempias dari fenomena ini akan melembabkan gerakan kita secara total. Kejadian ‘kematian’ daerah-daerah ABIM yang acapkali kita dengar di seluruh tanahair tidak dapat dinafikan berpunca daripada tiadanya usrah yang menjadi lambang kewujudan ABIM.
 
Kikis Sikap Fanatik Pemikiran PDF Print E-mail
Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Antara kelemahan yang paling mengkhuatirkan sedang melanda umat Islam ketika ini ialah perpecahan yang diakibatkan oleh kepelbagaian aliran pemikiran. Walaupun Islam tidak pernah menolak hakikat kerencaman pendapat, namun perselisihan yang menimbulkan pertentangan tajam sehingga menenggelamkan hakikat persamaan risalah dan matlamat ditentang sama sekali.
 
Jika diperhatikan secara objektif, kebanyakan perselisihan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan amat terkait dengan sikap fanatik terhadap pendapat sendiri, lantas cuba memonopoli pemikiran dan tiada kesediaan untuk menghormati pandangan orang lain. Penyakit yang disebut juga sebagai ‘al-`ijab bi al-ra’yi’ atau penyakit mengkagumi pendapat sendiri ini bagaikan wabak merbahaya yang sedang menjalar dalam urat saraf umat sehingga mereka tidak lagi mewarisi sikap dan adab para pejuang dan pendokong Islam terdahulu.
 
Gagasan Sa`id Hawwa Tentang Al-Sayr Ila ‘llah (Perjalanan Mendekati Allah): RUmusan Dan Ulasan PDF Print E-mail

oleh: Dr. Siddiq Fadzil

Berdasarkan huraian Sa`id Hawwa tentang al-sayr ila ‘Llah atau perjalanan mendekati Allah, dapat dirumuskan bahawa ia adalah perjalanan transformatif, iaitu anjakan dari al-iman al-`aqliy kepada al-iman al-dhawqiy. Dengan demikian iman yang tadinya hanya sebatas tahap mental-konseptual ditingkatkan ke tahap citarasa dan pengalaman rohaniah yang aktual. Memang iman bukan hanya sejenis sikap mental, tetapi juga suatu pengalaman indah yang disebut halawat al-iman (kemanisan iman).
 
Dalam kaitan inilah relevannya tasawwuf dalam erti tadhawwuq al-`aqidah (pencitarasaan `aqidah) dengan cara yang menepati nass dan kefahaman yang benar.
 
Muharram Dalam Kalender Hijriah PDF Print E-mail
Muharram (محرّم) adalah bulan pertama mengikut perkiraan sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Dari sudut bahasa, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang dengan keras sebarang peperangan atau pertumpahan darah dilakukan pada bulan tersebut. Larangan peperangan ini berdasarkan kepada perisitiwa yang berlaku pada mana masyrakat jahiliah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w yang membudayakan larangan perang pada bulan tersebut.
 
Namun larangan ini bukanlah larangan yang mutlak. Allah telah menjelaskan di dalam Al Quran berkenaan dengan pengharaman berperang dan melakukan persengketaan pada bulan tersebut,tetapi pengharaman ini tidak kekal disamping menjawab tohmahan ke atas Quraisy yang menempelak orang muslimin pada ketika itu melibatkan seorang sahabat nabi Abdullah bin Jashy Al Asadi sehingga terbunuhya seorang bangsa Quraisy Amru ibn Hadrami. Peristiwa ini mengikut huraian mufassirin berdasarkan Asbab Nuzul bagi ayat 217 pada surah Al Baqarah.
 
Peranan Belia Dalam Peristiwa Hijrah PDF Print E-mail
oleh: Ad-Dimasyqi 07

Apabila Allah S.W.T telah mengizinkan umat Islam berhijrah, maka ramailah kaum muslimin telah bertolak menuju ke Yathrib secara rahsia dan tersembuyi. Ini kerana mereka tidak mahu disekat dan ditangkap oleh golongan musyrik Quraisy. Setelah rombongan Islam selamat sampai, barulah Rasulullah s.a.w mengatur rancangan untuk keluar dari bumi Mekah.

Dimulai dengan keluarnya Rasulullah s.a.w bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq menuju ke gua Thur dan mereka menetap di sana selama 3 hari seperti yang telah diriwayatkan dalam kitab-kitab sirah. Dalam tempoh tersebut, beberapa individu telah terlibat dalam menjayakan misi hijrah agung ini, antara lain ialah:
 
Sejarah Haji PDF Print E-mail
Oleh Mohd Basri Ahmad Shohimi
 
ImageHaji adalah rukun sebagaimana pegangan akidah muslim. Ibadah ini adalah satu ketetapan Illahi sejak azali lagi dan ianya berkait rapat dengan kepercayaan hari kebangkitan kelak ketika menghadapi tuhan Rabbul jalil.
 
Setiap ibadah mempunyai tatacara dan kaifiatnya yang tersendiri. Islam meletakkan kaedah-kaedah ini setelahmana usul dan qawaid diperbincangkan. Di sana timbullah kaedah "setiap yang bermula ada permulaannya" begitulah yang diungkapkan dari pengucapan bahasa Arab.

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 20 of 30