Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday87
mod_vvisit_counterYesterday599
mod_vvisit_counterThis week1864
mod_vvisit_counterThis month4431
mod_vvisit_counterAll446247
Kerohanian
Konsep Zuhud Dalam Islam: Suatu Renungan di Alaf Baru PDF Print E-mail

Oleh: Professor Madya Dr. Abdul Halim Muhammady

PENDAHULUAN

Zuhud adalah satu dari sifat kesempurnaan peribadi Muslim. la merupakan tanda kemantapan iman dalam hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Memandangkan zuhud ini penting dalam kehidupan Muslim maka tulisan yang ringkas ini Cuba memberi huraian terhadap perkara-perkara berikut; definisi zuhud, asas-asas idea serta tingkatan-tingkatan zuhud, petanda-petanda dan kepentingannya dalam kehidupan Muslim.
 
Cinta Allah Fitrah Insan PDF Print E-mail

Oleh: Mohd Razlan Abdul Razak

Hati yang hidup ialah hati yang mencintai Allah. Sesiapa yang mencintai Allah, dia mencintai Islam kerana kehidupan Islam ialah kehidupan yang ditunjuki oleh Allah. Barangsiapa mencintai kehidupan Islam maka dia mencintai kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat radiaLlahu anhum. Kehidupan mereka merupakan tafsiran ajaran Islam secara praktikal. Mereka merupakan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan sejati yang pernah dilahirkan di dunia ini. Mereka juga adalah generasi yang membangunkan dunia dengan kecintaan kepada Allah SWT dan membawa kebahagaian kepada kehidupan manusia dan alam.
 
Kekuatan Ihsan, Insan Tunggak Pembentukan Keluarga PDF Print E-mail
IHSAN dan insan adalah asas hubungan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia. Hubungan menegak dan merentas ini menjadi tunggak kepada memahami fitrah hidup. Kehidupan sebagai seorang Islam tidak boleh memutuskan dirinya dengan Allah dan tidak boleh pula memutuskan dirinya dengan manusia.

Ihsan Allah kepada hamba dan makhluk akan sentiasa ada dan sewajarnya ihsan insan sesama insan juga harus berlaku supaya integrasi antara kedua-duanya menepati.

Manusia akan terus berada dalam fitrah sekiranya ihsan Allah itu disuburkan dalam hidup. Jiwa keihsanan apabila subur dalam kehidupan sesama insan ia menjadikan masyarakat berada dalam keadaan sejahtera dan harmoni.
 
 
Taubat Amalan Mulia PDF Print E-mail

Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali

Taubat bermaksud kembali kepada Allah dengan melepaskan ikatan perlakuan dosa-dosa secara berterusan dari hati yang ikhlas kemudian bangun dengan melaksanakan perintah Allah. Allah telah memerintahkan kepada seluruh orang-orang yang beriman untuk bertaubat.

Allah berfirman yang bermaksud : “ Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman nescaya kamu beruntung.” (an-Nur, ayat 31) Malahan Allah menyifatkan orang yang tidak mahu bertaubat termasuk dalam golongan yang zalim.

Allah berfirman yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat, mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujurat, ayat 11)

 

 
Air Mata Rasulullah PDF Print E-mail
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah.

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian. Al-Qur’an dan sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
 
Menghayati Hijrah PDF Print E-mail
“Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami sesungguhnya akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempat yang baik; tetapi sesungguhnya ganjaran di Akhirat adalah lebih besar lagi; kalaulah mereka menyedarinya!” (An-Nahl : 41)

Di dalam ayat di atas, Allah telah menjanjikan balasan yang baik buat mereka yang telah teraniaya dan ditindas dan kemudian berhijrah kerana Allah s.w.t. Keadaan ini menceritakan kepada kita gambaran penderitaan saudara kita umat Islam pada masa dahulu yang menjadi pengikut Rasululullah s.a.w bagaimana mereka telah ditindas dan dihina kerana memeluk agama Allah, agama yang benar, namun, kerana agama itu bertentangan dengan agama yang menjadi anutan majoriti umat terdahulu, maka telah ditolak bulat-bulat oleh golongan musyrikin.
 
Generasi Berilmu Teras Pembinaan Keperibadian Unggul PDF Print E-mail
Oleh: Khairul Arifin Mohd Munir@Zahari

Generasi muda kini masih terbelenggu dengan krisis kurangnya budaya keilmuan dan keintelektualan yang mana merupakan asas kepada kemajuan dan kepembangunan suatu tamadun.

Kejayaan tamadun-tamadun silam yang berjaya mempengaruhi dunia hingga hari ialah tamadun yang mampu menghasilkan idea, tulisan, ciptaan dan peloporan dalam sesuatu perkara baru hasil tercetusnya perkembangan ilmu dan keintelektualan. Tamadun Yunani, China, India, Bizantin, Rom, Parsi dan sebagainya amat menyerlah dalam sejarah kerana ketrampilan mereka memajukan idea. Lebih-lebih lagi Tamadun Islam amat gemilang sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.
 
Khutbah Wada' Lambang Kesyumulan Islam PDF Print E-mail

Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali

 Arafah merupakan tempat seluruh jemaah haji berhimpun dan wukuf merupakan rukun yang terpenting dalam ibadat haji. Di sini para jemaah haji harus memperbanyakkan doa, dan tahmid kepada Allah. Banyak hadis yang menerangkan kelebihan hari Arafah.

Antaranya mereka akan diberi keampunan dari Allah. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

" Tidak suatu hari pun lebih banyak Allah membebaskan hamba padanya dari neraka selain hari Arafah. Dan sesungguhnya ketika itu Dia menghampiri, lalu membanggakan mereka kepada para Malaikat, firmanNya :Apa yang mereka kehendaki"
(riwayat Muslim)
 
Haji Membentuk Keperibadian Mulia PDF Print E-mail

Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali

Haji merupakan perjalanan manusia menemui Allah. Haji adalah persembahan simbolik falsafah pengorbanan, kesabaran, perpaduan dan kesatuan umat. Setiap tahun kaum muslimin dari seluruh pelusuk dunia diundang untuk menyertai perhimpunan haji yang agung ini. Mereka semua adalah sama.Tidak ada diskriminasi dari segi perbezaan bangsa, jantina atau status sosial. Haji merupakan manifestasi penolakan terhadap falsafah hidup yang kosong.

Falfasah hidup untuk memenuhi keperluan hariannya atau tujuannya hanya untuk hidup dan makan. Namun begitu, keadaan ini dapat diubah melalui pengalaman mengerjakan haji yang mengandungi hikmat yang amat besar. Haji adalah perjuangan untuk mematahkan godaan-godaan syaitan yang selama ini membelenggu diri manusia, sekaligus membenamkan sifat tamak, permusuhan dan kecurangan.
 
Jadilah Insan Yang Bersyukur PDF Print E-mail

Oleh : Az-Zaujah

Di mana-mana sahaja kebelakangan ini kita sering mendengar, menatap di dada-dada akhbar mahupun di kaca-kaca televisyen berkenaan tragedi-tragedi serta musibah-musibah yang menimpa bukan sahaja yang berlaku di luar negara malah di tempat-tempat berdekatan dengan kita.

Mungkin di kalangan kita juga ada yang telah dan pernah merasai kepedihan, kepahitan, kesakitan kehilangan orang-orang yang dicintai, ataupun perkara-perkara yang sangat kita hargai dalam hidup ini. Namun, kita harus ingat, segala-galanya adalah milik Allah s.w.t. dan kepada Allah jualah ia akan kembali serta dengan kehendak-Nya jualah sesuatu itu terjadi.
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 21 - 30 of 30