| |
Kontemporari
Prof. Dr. Syed Muhamad Naquib al-Attas
Konsep tentang Tuhan dalam Islam bersumber dari dan berdasarkan wahyu. Yang kami maksud dengan “wahyu“ di sini sama sekali bukanlah imajinasi seperti khayalan seorang penyair besar ataupun klaim para seniman terhadap diri mereka sendiri. Wahyu di sini juga bukan inspirasi apostolik seperti yang diklaim oleh para penulis kitab suci semacam Bible; ia juga bukan intuisi iluminatif seorang ilmuwan atau pakar yang berpandangan tajam. Wahyu yang kami maksud di sini adalah firman Tuhan tentang diriNya sendiri, ciptaanNya, relasi antara keduanya, serta jalan menuju keselamatan yang disampaikan pada Nabi dan Rasul pilihan-Nya, bukan melalui suara atau aksara, namun semuanya itu, telah Dia representasikan dalam bentuk kata-kata, kemudian disampaikan oleh Nabi pada umat manusia dalam sebuah bentuk bahasa dengan sifat yang baru, namun bisa dipahami, tanpa ada campur-aduk atau kerancuan (confusion) dengan subyektifitas dan imaginasi kognitif peribadi Nabi. Wahyu ini bersifat final, dan ia (yakni al-Qur’an) tidak hanya menegaskan kebenaran wahyu-wahyu sebelumnya dalam kondisinya yang asli, tapi juga mencakup substansi kitab-kitab sebelumnya, dan memisahkan antara kebenaran dan hasil budaya serta produk etnis tertentu.
|
Oleh: Adian Husaini
Konsep Islamic worldview (pandangan-alam Islam) yang ditandai dengan karakteristiknya yang otentik dan final, maka konsep Islam tentang Tuhan, menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, bersifat otentik dan final. Itu disebabkan, konsep Tuhan dalam Islam, dirumuskan berdasarkan wahyu dalam al-Quran yang juga bersifat otentik dan final. Konsep Tuhan dalam Islam memiliki sifat yang khas yang tidak sama dengan konsepsi Tuhan dalam agama-agama lain. Konsep Tuhan dalam Islam tidak sama dengan konsep Tuhan dalam tradisi filsafat Yunani; tidak sama dengan konsep Tuhan dalam filsafat Barat modern atau pun dalam tradisi mistik Barat dan Timur.
Bagi orang Barat modern, Tuhan tidak lagi dianggap penting kedudukannya dalam kehidupan sehari-hari mereka. Bahkan, sebagian filosof Barat menganggap ”kehadiran Tuhan” dapat mengganggu kebebasan mereka. Karen Armstrong, dalam bukunya, History of God, mengutip pendapat Jean-Paul Sartre (1905-1980), yang menyatakan: “… even if God existed, it will still necessary to reject him, since the idea of God negates our freedom.” Karena itulah, manusia modern merasa diri mereka bisa mengatur Tuhan dan berani mereka-reka Tuhan. Bukan Tuhan yang mengatur kehidupan mereka. |
|
Dalam tradisi ilmu Islam terdapat pelbagai gelaran yang diberikan kepada ulamak seperti syeikh al-Islam, hujatul Islam, Imam al-Akbar dan lain-lain. Gelaran tersebut merupakan gelaran yang diberikan kepada mereka yang menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik terutama dalam bidang fikah. Gelaran syeikh al-Islam merupakan gelaran yang dipakai oleh golongan salafus saleh daripada tabi’in seperti Said bin Musaib, Hassan al-Basri, Imam Laith bin Saad, Sufian al-Sauri, Abdullah bin Mubarak dan lain-lain. Sebelum tahun 1935M, mufti negeri Kedah dikenali sebagai Syeikh al-Islam dan kemudian dikenali ketua Majma’ Masyakhatul-Islam (Ketua Persidangan syeikh-syeikh Islam)
Di Mesir, ulamak yang paling tinggi kedudukannya dikenali sebagai syeikh al-Azhar. Beliau berperanan untuk mengelola dan mengurus institusi al-Azhar. Al-Azhar yang dibina pada 359H/970M telah mempunyai 43 Syeikh al-Azhar. Mereka terdiri daripada 17 syeikh yang bermazhab Syafi’i, 16 syeikh bermazhab Hanafi, 9 syeikh bermazhab Maliki. Gelaran ini mula diperkenalkan pada abad 17M. Pada zaman Uthmaniah, syeikh al-Azhar dilantik oleh pemerintah atas sokongan daripada ulamak keempat-empat mazhab. Pada tahun 1922, Raja Mesir berhak memilih syeikh al-Azhar diantara tiga orang yang dicadangkan oleh Majlis Ulamak al-Azhar. |
|
Oleh Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali; Damsyiq merupakan bandar yang banyak mempunyai sejarah Islam dan tempat tumpuan ilmuan dulu dan kini. Antara tempat pengajian yang masyhur adalah Dar al-Hadith al-Asrafiyyah yang dibina pada tahun 630H/1233M oleh Raja al-Asraf Musa dan Abu Umar bin Salah atau terkenal dengan nama Ibn Salah yang merupakan syeikh pertama bagi Dar al-Hadith. Dar al-Hadith ini melahirkan ramai ulamak yang menjadi penjaga dan benteng dalam mempertahankan hadith-hadith nabi sepanjang zaman sehingga buku-buku mereka menjadi rujukan sehingga kini. Namun Dar al-Hadith ini telah mengalami kemerosotan dalam kurun 16 dan 17M yang lalu sepertimana yang berlaku di institusi-institusi pendidikan yang lain di Damsyiq. Namun takdir Allah telah mengutuskan seorang ulamak yang bernama Yusuf Abdul Rahman al-Hasani yang datang dari Maghribi untuk membantu menghidupkan institusi ini bersama-sama dengan Abdul Qadir al-Jaza’iri. Yusuf Abdul Rahman ini mempunyai anak yang bernama Muhammad Badaruddin al-Hasani yang bertanggungjawab memajukan Dar al-Hadith pada zamannya.
Raja al-Asraf Musa merupakan raja dari pemerintahan Ayyubi yang terkenal dengan pemerintahan yang adil dan amat menyayangi golongan miskin dan sentiasa menziarahi dan menolong mereka. Nama penuhnya ialah Muzafaruddin Abu Fatah Musa bin Abu Bakar Muhammad bin Ayyub. Beliau dilahirkan pada tahun 576H di Kaherah dan meninggal dunia pada 4 Muharram tahun 635H/1237M. Antara kesan peninggalannya yang kekal hingga kini ialah Masjid al-Taubat, Masjid al-Jarah, Masjid Abi Darda’ dan Dar al-Hadith. Dar al-Hadith al-Asrafiyyah ini melahirkan ramai ulamak yang terkemuka sejak Ibn Salah sehingga Muhammad Badaruddin al-Hasani. Antaranya Imam al-Nawawi, Abi Shamah, al-Mazzi, al-Subki, Ibn Hajar, Ibn Kathir, Ibn Jamaah serta lain-lain lagi. Antara yang menyebabkan kemasyhurannya ialah mereka yang mengajar di sini disyaratkan seorang yang pakar dalam bidang hadith di kota Damsyiq atau dunia Islam ketika itu. Oleh itu, jika kita melihat nama-nama syeikh di sini didapati mereka adalah terdiri daripada ulamak yang masyhur pada zaman itu, bukan sahaja di Damsyik tetapi juga dunia Islam. |
|
Ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Negara bukanlah satu kebetulan yang dilakukan secara tidak sengaja oleh mereka yang merundingkan Kontrak Sosial lebih lima puluh tahun yang lampau. Ia adalah pernyataan tegas oleh semua yang telah berperanan merundingkan proses kemerdekaan. Ia adalah rumusan yang telah mengambilkira latar belakang sejarah, dinamika budaya tempatan, ciri-ciri ketamadunan dan ketatanegaraan di Persekutuan Tanah Melayu. Ketetapan ini tidak pernah menolak keperluan mana-mana anggota masyarakat yang lain untuk menghayati mana-mana agama yang menjadi anutannya. Peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan ini merupakan salah satu dari tujuh ciri-ciri asas Perlembagaan Negara sepertimana yang dicatat oleh Tun Mohamed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara (1974-1982). Menurut beliau, “The fourth basic feature of theConstitution providing for Islam to be the religion of the federation (Article 3(1)) (not for a theocratic state) and at the same time guaranteeing freedom of religion was accepted without controversy and debate. |
|
 ABIM telah melangsungkan Muktamar Sanawi Kali ke 37 pada bulan Ogos lepas. Pada tahun ini, perubahan yang telah berlaku di dalam Pilihanraya Umum ke 12 telah mencetuskan pelbagai isu yang menyinggung secara langsung nasib umat Melayu Islam di negara ini., lantas menyebabkan ABIM memilih tema Memperkasa Perjuangan Bangsa dan Agama dalam menyemarakkan sambutan muktamar pada tahun ini adalah . Ikuti temubual wartawan Risalah ( WR) ABIM dengan Presiden ABIM, Tuan Haji Yusri Mohamad( THYM). |
|
 Pada 31 Ogos 2007 genaplah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan setelah dijajah oleh kuasa-kuasa penjajah silih berganti sejak 1511. Dalam tempoh itu penjajah British yang paling lama menjajah negeri-negeri Melayu. Usaha untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British bermula pada tahun-tahun 1930an apabila Kesatuan Melayu Muda dibentuk oleh Ibrahim Hj. Yaacob dan rakan-rakannya. Selepas Perang Dunia Kedua, perjuangan ke arah kemerdekaan semakin rancak. Setelah memenangi majoriti besar dalam pilihanraya Persekutuan pada 1955, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah mengadakan rundingan dengan kerajaan British mengenai Tanah Melayu. Rombongan Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan wakil-wakil Raja-raja Melayu telah mengadakan rundingan dengan Kerajaan British pada 18 Januari 1956. Perikatan dan kerajaan British telah bersetuju untuk mengisytiharkan kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bersesuaian dengan persetujuan itu sebuah Suruhanjaya Bebas akan dibentuk bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka. |
|
 Is it racist to talk about race? Yes, it is. And for Muslims, not only are they racists, but also “fasiq” and “munafiq”. [See Raja Petra Kamaruddin's posting here]. As Muslims, they have to be fair and just and treat others equally. They cannot talk about themselves being Muslims, assert their identity or fight for their rights. As majority of Muslims in this country are Malays, they also cannot talk about themselves being Malays, assert their Malay identity or fight for Malay rights. If they do, not only are they racists, but also fasiq and munafiq. Perhaps, Benedict Anderson has to come up with a whole new book on this new form of religio-nationalism. |
|
|
Oleh: Khalif Muammar [Penulis adalah Felo Penyelidik ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), UKM.]
 Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak sejak awal tahun ini. Setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh surat khabar tersebut, Dewan Ulama Pas (Harakah, 1 Januari 2008) menyatakan Islam tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimat Allah bagi Tuhan mereka. Sebagai reaksi saya juga telah membahas isu ini dalam artikel yang diterbitkan dalam laman web khairaummah. com pada 20 Januari 2008 dengan harapan ia dapat membantu umat Islam di negara ini memahami persoalan yang sebenar. Namun isu ini ternyata menjadi hangat kembali apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Qur'an pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Mufti juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya. Saya terpanggil untuk memberi tanggapan kerana hal ini akan mengundang kekeliruan jika tidak diperjelaskan dengan tuntas.
|
|
 Pada 13 Mei yang lalu, saya diundang untuk membentangkan kertas kerja mengenai”Dunia Siber: Fakta atau Fitnah” di Konvensyen Belia Kebangsaan anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Panelis lain yang turut mengambil bahagian dalam pembentangan itu ialah mantan Menteri Besar Selangor, YB Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo, dan blogger Puan Nisah Haron. Dalam pembentangan tersebut saya melihat bahawa dunia siber pada hari ini boleh mengandungi kedua-duanya - fakta atau fitnah. Tentu sekali setiap bahan yang dimuatkan di blog, laman web, emel - malah di mana-mana jua - dipaparkan sebagai ”fakta”. Hanya pembaca yang cermat dan berpengetahuan boleh membezakan antara fakta dan fitnah. Lebih-lebih lagi dalam era politik demokrasi dan kebebasan bersuara pada hari ini dunia siber menjadi medan untuk seseorang mengenengahkan pandangan mengenai sesuatu isu bagi mempengaruhi orang lain. ”Fakta” seringkali dipaparkan secara selektif untuk menyokong satu sudut pandangan. |
|
| | << Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
| | Results 1 - 20 of 51 |
|
|
|