| |
Kontemporari
|
Berita Harian; 11 Februari 2007 Oleh Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali; Penulis ialah Felo Bidang Pemikiran Islam di Future Global Network, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang juga graduan al-Azhar jurusan Bahasa Arab. (Mantan Timbalan Presiden ABIM)  MASJID al-Azhar dibina pada 359 hijrah/970 Masihi dengan nama Masjid Kaherah dan tujuan pembinaannya bukan untuk dijadikan universiti sebaliknya sebagai pusat penyebaran dakwah oleh Khalifah Fatimiah. Mereka menjadikan Mesir untuk menyebarkan kefahaman Ahli Bait dan Syiah. Antara orang yang bertanggungjawab mengadakan kelas pengajian di Masjid al-Azhar ialah Yaakub bin Kals, seorang menteri pada masa pemerintahan Khalifah Mu’izzuddin. Pada 378 hijrah, Yaakub bin Kals meminta kepada Khalifah al-Aziz untuk menjadikan pusat pengajian dengan memanggil ulama mengajar di situ dan dibayar gaji. Sejak itu, Masjid al-Azhar menjadi pusat pengajian, terutama mengenai fekah Syiah. Masjid al-Azhar mula menjadi pusat pengajian apabila kejatuhan Baghdad pada 656 hijrah dan pertumbuhan ekonomi Mesir yang semakin mantap, di samping galakan khalifah yang mewakafkan harta untuk al-Azhar, ulama dan pelajarnya. |
|
Kertas kerja ini disampaikan dalam Forum Pengkaji Pemikiran dan Tamadun (FPPT), yang dianjurkan oleh Akademi Kajian Ketamadunan (AKK) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), bertempat di Kolej Dar al-Hikmah, Kajang, Selangor, DE, 31 Januari 2008. Oleh: Dr. Anis Malik Thoha, Dept of Usuluddin & Comparative Religion, KIRKHS, IIUM
Tragedi 9/11 telah banyak mendekonstruksi kehidupan manusia berikut aturan-aturannya secara radikal. Terutamanya aturan-aturan yang berhubung-kait secara langsung dengan ajaran-ajaran agama yang bersifat akidati dan fundamental. Lebih khusus lagi ajaran-ajaran Islam, sebuah agama yang semenjak berakhirnya perang dingin memang telah ditahbiskan sebagai musuh utama Barat, dan kemudian secara arbritrer didakwa dan ditetapkan sebagai yang paling bertanggungjawab atas terjadinya tragedi 9/11 tersebut, sehingga perlu dipaksa untuk mendekonstruksikan-diri sedemikian rupa, agar dapat hidup berdampingan secara civilized, toleran dan damai dengan tradisi-tradisi, agama-agama, dan peradaban-peradaban lain. Dan praktis sejak tragedi kemanusiaan yang paling memilukan dan memalukan di awal millenium kedua itu, stereotype tentang Islam yang pernah mereda sejenak beberapa dekade yang lalu kembali menyeruak dengan intensitas dan frekuensi yang lebih memojokkan, misalnya: Islam itu identik dengan barbarisme, intoleransi, terrorisme, uncivilized dsb.
|
Oleh Mohd Rumaizuddin GhazaliTimbalan Presiden ABIM Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut. |
|
Disunting oleh: Mohd Basri bin Ahmad Shohimi
Masyarakat yang termasuk dalam kelompok yang diistilahkan sebagai Negara-negara yang sedang membangun ketika ini sedang mengalami semacam keadaan terpukau dengan slogan-slogan seperti pembangunan Negara, nation building dan seumpamanya. Kalimat pembangunan telah dikeramatkan begitu rupa sehingga hampir berstatus kalimat suci yang tidak boleh dipersoal lagi. Sebenarnya apa yang disebut pembangunan itu rata-rata menjurus ke arah penghancuran kemanusiaan atau dehumanisasi. As Syahid Sayyid Qutb yang menjelaskan fenomena trajis ini dengan istilah At Tadmiru insan (penghancuran kemanusiaan) menyatakan bahawa manusia sedang mengalami proses penghapusan ciri-ciri kemanusiaannya dan sekaligus mengalami proses pemupukan ciri-ciri kerobotan dan kehaiwanan. Inilah yang sebenarnya yang berlaku disebalik tabir indah pembangunan.
|
|
oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali Timbalan Presiden ABIM Dibentangkan sempena Kursus Kepimpinan Perdana di Kaherah pada 15 &16 November 2005
Membangunkan Tradisi Keilmuan Islam.
Tradisi keilmuan Islam berkembang pesat dengan tertubuhnya pusat pengajian terkenal di Baghdad, Basrah, Kufah dan Andalus. Begitu juga perkembangan perpustakaan yang menjadi pusat penyelidikan para ilmuan Islam. Pada mulanya masjid dijadikan pusat penyebaran ilmu sebelum terdirinya kuttab (tadika), madrasah (sekolah) dan Jami’ah (universiti). Ada beberapa faktor yang menyebabkan tradisi keilmuan Islam ini berkembang pesat iaitu galakkan daripada pihak khalifah dengan mendirikan institusi pendidikan, toko-toko buku dan perpustakaan berkembang pesat, guru-guru yang mengajar dengan penuh keikhlasan serta kegiatan pembukuan dan menjilid yang pesat ketika itu.
Kita sungguh kagum apabila membaca sejarah umat Islam dahulu yang begitu berminat membaca, mengajar serta memperkembangkan ilmu. Masing-masing berlumba-lumba untuk memberi saham dalam memajukan institusi pendidikan dengan mewakafkan sebahagian daripada harta mereka.
|
|
|
Azril Mohd Amin Naib Presiden ABIM (Antarabangsa)
Kertas kerja ini dibentangkan di Kursus Kepimpinan Perdana di Kaherah pada 15 & 16 November 2005.
ASAS PERBINCANGAN
Di dalam era moden ini kita berada di dalam dilema apabila berdepan dengan tugas untuk menyampaikan formula penyelesaian terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat, dan ini memerlukan pada aspek kepimpinan yang kukuh. Kepimpinan boleh dibentuk dan diperbaiki; serta disuburkan, difahami dan digarap berdasarkan prinsip-prinsip kreatif dan saintifik yang menurut asas Islam (within creative and scientific principles constructed on the foundations of Islam). Prinsip menyuburkan kepimpinan ini adalah melalui bimbingan Al-Qur’an dan cara Rasulullah SAW yang menjadi sumber Rahmatan Lil ‘Alamin – Rahmat bagi seluruh alam. Hal ini menyimpulkan prinsip dan contoh kepimpinan sejagat.
Objektif perbincangan ini, walaupun ringkas dan tidak bermaksud untuk menjadi tatapan konklusif, adalah untuk menyediakan asas tasawwur bagi mencipta strategi global kepimpinan muda dan untuk menggarap realiti semasa, pandangan masa depan, di dalam konteks untuk menjernihkan mesej Islam di dalam dunia hari ini. |
|
|
Disedia oleh: Mohd. Yusof Din, Pengurus Kanan Jabatan Latihan, INMIND Ahmad Syahir Sarani, Pengurus Jabatan Penyelidikan dan Penerbitan, INMIND
Kertas kerja ini dibentangkan di Kursus Kepimpinan Perdana di Kaherah pada 15 & 16 November 2005.
Pendahuluan
Cendekiawan muslim daripada dahulu sehingga sekarang memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan masyarakat. Kepentingan kelompok cendekiawan sentiasa jelas tersohor dalam rentetan sejarah, lebih-lebih lagi sumbangan mereka dalam pembangunan sesebuah negara.
Ini dirakamkan dalam syair Sheikh Sadi dalam Gulistan pada akhir abad ke 13 masehi yang menceritakan mimpi seorang ulama sufi bertemu dengan dua orang tokoh.
|
|
|
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia telah sebulat suara memutuskan bahawa insurans hayat yang dikendalikan oleh syarikat insurans konvensional adalah satu muamalah fasad (yang rosak/tidak sah) dan bercanggah dengan ajaran Islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba (faedah).
Insurans konvensional adalah haram kerana wujudnya unsur gharar iaitu ketidakpastian dalam transaksi muamalah di mana terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.
Di samping itu, insurans konvensional tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dalam dan syarat jual-beli dalam Islam iaitu rukun akad (ijab dan kabul).
Unsur judi terdapat dalam kontrak insurans konvensional kerana peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya. Begitu juga peserta akan hilang wang premium apabila peristiwa yang ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku. Di samping itu, syarikat penginsurans akan rugi sekiranya terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
|
|
|
Oleh: Qosim Nursheha Dzulhadi (Penulis adalah mahasiswa Universitas Al-Azhar (Cairo), fakultas Ushuluddin-Jurusan Tafsir.)
Violence atau al-`unuf merupakan kata yang "paling laris" dan komersial sejak tragedi 11 September 2001. Di samping kata tersebut, ada Osama bin Laden yang hingga hari ini disebut-sebut sebagai "dalang" beberapa peristiwa tindak kekerasan. Di Barat, kata violence identik dengan harakah islamiyah (pergerakan Islam). Sedangkan di Timur (baca: dunia Islam), kata al-`unuf identik sebagai sebuah "tantangan" dari luar: Barat.
|
|
|
`Islam liberal’ ialah istilah baru dalam dunia pemikiran Islam semasa. Kemunculannya dilihat sebagai sebahagian dari produk pemikiran yang diasaskan dari kerangka modenisme. Islam sebagai satu tema pemikiran diperdebatkan menerusi perspektif moden berasaskan dasar dan kerangka berfikir modenisme yang tersendiri. Natijahnya ialah, kelahiran satu citra berfikir baru yang berusaha untuk menyesuaikan Islam dengan realiti kehidupan moden yang sedang berkembang hari ini. Untuk memahami `Islam liberal’, masyarakat harus memahami latar dan dasar modernisme terlebih dahulu. Aliran modenisme sebagai satu kerangka berfikir muncul dari latar sejarah yang kompleks dan tersendiri yang dialami oleh masyarakat Barat sekitar abad ke 16 hingga I8 masihi. Ia adalah natijah dari reaksi penentangan sekelompok manusia di Barat terhadap sistem budaya dan struktur berfikir masyarakatnya yang dianggap mengongkong.
Institusi gereja yang mewakili kelompok penguasa dianggap sebagai penghalang kepada kemajuan hidup dan kebejatan masyarakat. Tafsiran – tafsiran sempit penguasa agama tentang realiti, hukum dan kebenaran mengekang perkembangan ilmu dan kreativiti manusia. Untuk itu, masyarakat perlu dibebaskan dari tradisi ini iaitu monopoli satu kelompok masyarakat (penguasa agama dari institusi gereja) dalam menentukan kebenaran. |
|
| | << Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
| | Results 21 - 40 of 52 |
|
|
|