Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday19
mod_vvisit_counterYesterday489
mod_vvisit_counterThis week508
mod_vvisit_counterThis month2863
mod_vvisit_counterAll250721

Artikel Pilihan

Respon Islam Terhadap Konsep Kesatuan Agama-agama
Prof. Dr. Syed Muhamad Naquib al-Attas

Konsep tentang Tuhan dalam Islam bersumber dari dan berdasarkan wahyu. Yang kami maksud dengan “wahyu“ di sini sama sekali bukanlah imajinasi seperti khayalan seorang penyair besar ataupun klaim para seniman terhadap diri mereka sendiri. Wahyu di sini juga bukan inspirasi apostolik seperti yang diklaim oleh para penulis kitab suci semacam Bible; ia juga bukan intuisi iluminatif seorang ilmuwan atau pakar yang berpandangan tajam.
 
Wahyu yang kami maksud di sini adalah firman Tuhan tentang diriNya sendiri, ciptaanNya, relasi antara keduanya, serta jalan menuju keselamatan yang disampaikan pada Nabi dan Rasul pilihan-Nya, bukan melalui suara atau aksara, namun semuanya itu, telah Dia representasikan dalam bentuk kata-kata, kemudian disampaikan oleh Nabi pada umat manusia dalam sebuah bentuk bahasa dengan sifat yang baru, namun bisa dipahami, tanpa ada campur-aduk atau kerancuan (confusion) dengan subyektifitas dan imaginasi kognitif peribadi Nabi. Wahyu ini bersifat final, dan ia (yakni al-Qur’an) tidak hanya menegaskan kebenaran wahyu-wahyu sebelumnya dalam kondisinya yang asli, tapi juga mencakup substansi kitab-kitab sebelumnya, dan memisahkan antara kebenaran dan hasil budaya serta produk etnis tertentu.


 
(Siri 4) - Sejarah Hidup dan Pemikiran PDF Print E-mail
Oleh ohd Rumaizuddin Ghazali

1. Al-Qaradhawi sebagai Pemidato
2. Keluarga
3. Pujian-pujian Ulamak terhadap al-Qaradhawi

Ketokohan al-Qaradhawi bukan sahaja dalam bidang penulisan tetapi juga dalam bidang pemidatoan. Pemidatoannya yang jelas dn terang. Bakat pemidataoannya terserlah sejak kecil lagi apabila sering dipanggil untuk memberi ceramah sempena hari kemuliaan Islam oleh penduduk kampungnya. Walaupun usianya telah melebihi 70 tahun, beliau masih gagah berdiri berpidato dengan suara yang lantang dalam mempertahankan Islam semasa berceramah di Hotel Pan Pacific. Beliau menyebutkan walaupun usia telah melebihi 70 tahun tetapi jiwannya tetap muda terutama dalm mempertahankan Islam. Pemidatoannya berjaya menarik minat orang ramai. Neliau mengunakan bahasa yang begitu mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat.
 
Al-Qaradawi mula berkhutbah di mimbar Jumaat semenjak usia 17 tahun. Khutbah yang pertama disampikan ialah di Masjid Mutawalli dikampung Shafat al-Turab.Pada masa itu, beliu msih lagi belajar di tahun 4 peringkat rendah di Maahad Tanta. Tajuk khutbah yang disampaikan ialah bertajuk syukur.

Sementara itu, beliau mula mengajar agama di masjid ketika berusia 16 tahun. Pada tahun 1951, beliau bertugas menjadi khatib di Masjid Ali Taha di Mahallah al-Kubra. Pada tahun 1956, beliau menjadi khatib di Masjid Zamalik selama satu tahun setengah. Selepas menetap di Doha, Qatar pada tahun 1961, beliau menyampaikan khutbah dan ceramah-ceramah agama di masjid seperti Masjid Syeikh Khalifah bin Hamid, Masjid Abu Bakar al-Siddiq dan Masjid Umar bin Khatab.

Keluarga

Al-Qaradhawi telah berkahwin pada tahun 1958 dan dikurniakan 7 orang anak 4 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Anak-anaknya ialah Ilham, Siham, Ala Asma’, Muhammad, Abdul Rahman dan Usamah. Ilham dan Siham merupakan pensyarah di fakulti Sains, Universiti Qatar, manakala Abdul Rahman merupakan graduan masters bidang Usul fiqh, Universiti Kaherah pada tahun 2000. Muhammad adalah graduan Ph.d dalam bidang kejuteraan dari Universiti Florida, Amerika Syarikat.

Pujian-pujian Ulamak terhadap al-Qaradhawi

Al-Qaradhawi telah menerima kepercayaan dari golongan ulamak dan sarjana Islam atas sumbangan beliau dalam bidang dakwah dan ilmu. Antaranya ialah :

Muhammad al-Ghazali menyifatkan al-Qaradhawi dengan menyebutkan bahawa al-Qaradhawi merupakan seorang yang mengabungkan antara fiqh teori dengan realiti. Dahulu beliau merupakan murid dan saya merupakan gurunya tetapi sekarang beliau merupakan guru dan saya menjadi muridnya pula. Abu Hassan al-Nadwi menyifatkan al-Qaradhawi seorang yang benar-benar sebagai alim, ulamak serta pendidik yang terkemuka. Menurut al-nadwi, Al-Qaradhawi merupakan ulamak lulusan al-azhar yang bergiat dalam bidang dakwah dengan menggabungkan aspek kefahaman Islam yang benar dengan reality dunia sekarang. Beliau mengabungkan cirri-ciri dakwah dan manhaj hassan al-banna dengan akademik yang diperolehi di al-azhar. Beliau mengabungkan cirri-ciri tradisi dan modern yang merupakan sebaik-baik manhaj.

Mustafa al-Zarqa’ menyebutkan al-Qaradhawi sebagai seorang tokoh semasa yang merupakan anugerah ilahi kepada umat Islam sekarang. Tariq Basri menyebutkan bahawa kita sekarang berada dalam zaman al-Ghazali dan al-Qaradhawi. Taha Jabir al-Alwani, Pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarbangsa menyatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang bercirikan pendakwah dan pendakwah yang bercirikan ahli feqah. Muhammad Fathi Uthman seorang pemikir Islam menyebutkan al-Qaradhawi seorang fuqaha dan pendakwah yang terkemuka yang berinteraksi dengan realiti kehidupan. Ahmad al-Risuni, Ketua Pertubuhan Tauhid dan Tajdid di Maghribi mengatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang yang memahami tujuan-tujuan syariat. Adil Husain, seorang penulis Islam Mesir mengatakan al-Qaradhawi sebagai seorang ahli feqah yang beraliran sederhana dalam zaman kini.

Mustafa al-Zarqa' menyebutkan bahawa ada empat orang ulamak yang merupakan anugerah Allah kepada umat Islam pada zaman kini iaitu syeikh ali Tantawi, Abu Hassan Ali al-Nadwi, Muhammad al-Ghazali dan Yusuf al-qaradhawi. Menurutnya lagi buku fiqh al-awwalawiyyat al-Qaradhawi adalah buku yang terbaik dan bernilai dalam menjelaskan kleutamaan dalam Islam yang sangat diperlukan oleh umat Islam sekarang. Sementara Husain Ahmad Kadi, Ketua Jamiah Islamiah, Pakistan menyebutkan bahawa apabila al-Maududi meninggal dunia, ribuan orang telah solat jenazah ke atasnya. Kami bermesyuarat untuk memilih sipakah yang layak untuk menjadi imam solat jenazah tersebut. Lalu kami memilih Yusuf al-Qaradhawi. Peristiwa tersebut mengambarkan penghormatan kami terhadap beliau. Saudara Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden ABIM dalam kata-kata aluan buku Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq Fi al-Iqtisad al-Islami (Peranan Nilai Dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam ) menyebutkan : “ Mereka merupakan tokoh-tokoh agung yang menghabiskan sebahagian besar masa dalam meneliti, mengkaji dan menginterpretasikan ajaran Ilahi ke dalam konteks kehidupan semasa. Hasil pemikiran mereka layak untuk kita baca, kita renungkan dan kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari sedaya upaya. Sebab kemungkinan besar itulah bekal minda dan prasyarat kebangkitan kita di masa yang akan datang.”

-------------------------------------------
Rujukan / Nota Kaki (Siri 1-4)

1. Muhammad Mahdhub, Ulama’ wa Mufakirun Araftuhum, Dar al-Itisam. Kaherah, Jil. !,198 hal. 461. Isam Talimah, al-Qaradhawi Faqihan, Dar al-Tawji’ wa al-Nashr, Kaherah, 2000 .hal. 11 Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Al-Qaryah wa al-Al-Kuttab, Dar al-Shuruq, Kaherah.2002. hal. 104.
2.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab,hal. 101
3.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab, hal. 18
4.Muhammad Majdhub, op. cit., jil. 1, hal. 461
5.Ibid., jil. 1, hal. 462
6.Ibid.,
7.Yusuf al-Qaradhawi, Risalah al-Azhar, Maktabah Wahbah, Kaherah, Cet. I, 1994. hal. 3
8.Muhmmad Majdhub., jil. 1, hal. 462
9.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah w al-Kuttab, hal. 119
10.www.qaradawi.net.
11.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab,hal. 148
12.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab, hl. 164
13.Muhammad Majdhub, op. cit., jil. 1, 465
14.Ibid.
15.Ibid
16.Buku Cenderamata Syarahan Perdana dan Humpunn Belia Islam Bersama Syeikh Dr.Yusuf Abdullah al-Qaradhawi, Anjuran Kementerian Belia Dan Sukan, 27 Mac 1996, Kuala Lumpur. hal. 6
17.Muhammad majdhub., op. cit., jil. 1, hal. 466
18.Ibid
19.Yusuf al-Qaradhawi, al-Tarbiah al-Islamiyyah wa Madrasah Hassan al-Banna, Maktabah Wahbah, Kaherah, Cet. II, 1992. hal. 66
20.Muhmmad Majdhub, op. cit., jil. 1, hal.. 467
21.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab, .hl. 283
22.Al-Qaradhawi menulis tentang Muhammad al-Ghazali dalam bukunya Muhammad al-Ghazali Kama Araftutuh yang mengisahkan hubngannya dengan Muhammad al-Ghazali. Di samping itu juga, beliau menjelaskan keperibadian,ciri-ciri dan manhaj dakwah Muhammad al-Ghazali. Lihat Mohd Rumaizuddin Ghazali, Shaykh Muhammad al-Ghazali : Pemikirannya dalam Kayfa Nata’amal Ma’a al-Qur’an, Universiti Malaya , Kula Lumpur, 2000. (Tesis M.A yang tidak diterbitkan)
23.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab, hal.412
24.Yusuf al-Qaradhawi, Ibn al-Qaryah wa al-Kuttab., hal.411
25. Muhammad Majdhub, jil. 1, hal.467
26. Ibid., jil.1, hal. 468
27. Ibid., jil. 1, hal. 468
28. Penulis berpendapat persiapan untuk al-Qaradhawi menjadi ulamak besar bermula sejak kegiatannya dengan Ikhwan dengan mengadakan ceramah-ceramah di seluruh Mesir, mengiringi Hassan al-Banna untuk menyampaikan dakwah di markaz-markaz Ikhwan dan penahanannya dalam penjara terutama dalam penjara al-Tur. Dalam penjara ini, para Ikhwan yang ditangkap telah merubah penjara menjadi tempat beribadat, menuntut ilmu melalui kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Muhammad al-Ghazali dan dalam bulan Ramadhan kegiatan ibadat dipertingkatkan lagi. Di samping itu, amalan Mathurat dibaca setiap hari.
29. Yusuf al-Qaradhawi, Shaykh al-Ghazali kama Araftuh, Dar al-Wafa’, Kaherah, 1995. hal. 11
30. Ibid., hal. 14
31. Ibid., hal. 16
32. Ibid., hal. 15
33. Ibid.,
34. Penulis telah bertemu dengan al-Qaradhawi dalam beberapa pertemuan semasa beliau melawat Malaysia dan mengunjungi sekretariat ABIM. Penulis juga menjadi pengiring dn penterjemah kepada Presiden ABIM Ahmad Azam Abdul Rahman dalam pertemuan dengannya bersama dengan Ustaz Mohd Dahlan Arshad dan Sdr Arsil Ibrahim. Antara pertemuan yang dianjurkan oleh ABIM ialah pada 26 Mac 1998 di Pusat Islam, Kuala Lumpur dan pada 26 April 1997 di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur. Menurut al-Qaradhawi, beliau mula melawat ABIM sejak tahun 1974. Kali kedua pada tahun 1976 dan setiap kali datang ke Malaysia beliau pastinya bertemu dengan kepimpinan ABIM.
35. Muhammad Majdhub, op. cit., jil. 1., hal. 469
36. Ibid., hal. 469
37. Ibid
38. Ibid., hal. 470
39. Ibid.
40. Ibid.
41. Muhammad Majdhub, op. cit., jil. 1, hal. 474
42. Temurmh wartawan akhbar Qatar sempena menerima Anugerah Sultan Brunei. Lihat dalam www.qaradawi.net/arabic.
43. Ibid., hal. 472
44. Ibid.
45. Yusuf al-Qaradawi, Kenanganku Bersama Ikhwanuk Muslimun, Aulia Publiher, Jakarta, 2003.hal.xvii
46. ibidf
47. Ibid
48. Ibid., hal. 473
49. Hassan Ali Daba, al-Qaradawi wa Zakirat al-Ayyam, Maktabah Wahbah, Kaherah, 2004. hal. 60
50. Ibid., hal. 45
51. Ibid., hal. 472
52. Ibid., hal. 473
53. Ibid., hal. 475
54. Ibid., hal. 476
55. Ibid., hal. 476
56. Ibid., hal. 473
57. Yusuf al-Qaradhawi, Khatab Shaykh al-Qaradhawi, Maktabah Wahbah, Kaherah, Cet. II, 1997, jil. 1, hal. 5
58. Ibid
59. Ibid., hal. 7
60. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi Syahsiyyat al-‘Am al-Islamiyyah, Maktabah Wahbah, Kaherah, 2001.hal.40
61. Yusuf al-Qaradawi Kalimat fi Takrimihi, Dar al-Salam, Kaherah, 2004. jil. I, hal.32
62. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi Syahsiyyat al-Ammm, hal. 86
63. Yusuf al-Qaradawi Kalimat fi Takrimihi, jil. 1, hal. 81
 
< Prev   Next >