Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday136
mod_vvisit_counterYesterday599
mod_vvisit_counterThis week1913
mod_vvisit_counterThis month4480
mod_vvisit_counterAll446296

Artikel Pilihan

Kebangkitan Rakyat: Haluan dan Cabaran Gerakan Islam

Oleh: Hariz Zulkapli

Kebangkitan gerakan Islam era kebangkitan
Sejak tercetus kebangkitan yang membawa kepada kejatuhan pemerintah republik Tunisia, dunia Islam, terutama rantau Afrika Utara dan Asia Barat menjadi perhatian masyarakat dunia. Bersama perkembangan ini, kemunculan dan kemenangan parti-parti berideologi Islam dalam arena politik dan pilihan raya juga mencetuskan satu minat baharu terhadap gerakan Islam dan parti berasas Islam.

Satu konsensus kelihatan dicapai di media Barat dan dalam kalangan pemerhati, melibatkan haluan baharu kumpulan politik Islam. Satu pendekatan yang disifatkan moderat dan lebih liberal dikemukakan sebagai haluan yang tidak dapat dielakkan daripada diambil oleh parti-parti berasas Islam. Wacana agak dominan kebelakangan ini – yang boleh disifatkan sebagai era “pasca-911” atau “zaman teror” meletakkan beban kepada gerakan Islam untuk bersikap “moderat.”

Kebangkitan pasca-Islamisme
Satu pendekatan, wacana dan fasa yang dinamakan pasca-Islamisme dicetuskan oleh pengkaji gerakan Islam Asef Bayat semakin mendapat perhatian baharu dan menerima penilaian yang lebih mendalam. Asef mentakrifkan pasca-Islamisme dengan penjelasan berikut: “By ‘post-Islamism’ I mean a condition where,  following a phase of experimentation, the appeal, energy, symbols and sources of legitimacy of Islamism get exhausted, even among its once-ardent supporters.” Asef dalam satu rencana pada awal tercetus kebangkitan di seluruh dunia Arab-Afrika menegaskan bagaimana tesis pasca-Islamisme yang dicetuskan kini kelihatan terlaksana, dan bakal menjadi satu ciri penting perkembangan politik di wilayah tersebut.

Wacana pasca-Islamisme ini mengiringi tesis “kegagalan Islam politik” yang dibawa oleh Olivier Roy, pengkaji Islam politik dari Perancis dalam bukunya, The Failure of Political Islam. Beberapa parti yang dilihat mencapai kejayaan dalam sistem politik demokrasi seperti Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia, Parti Keadilan dan Pembangunan di Maghribi dan Parti Wasat, pecahan daripada gerakan Ikhwan al-Muslimin di Mesir disifatkan sebagai parti pasca-Islamis. Kebanyakan parti selain AKP – yang dikemukakan sebagai model pasca-Islamisme paling berjaya – mengambil pendekatan terpilih pasca-Islamisme dan/atau hanya sebahagian ahli parti yang memilih pendekatan tersebut.


Di Malaysia, PAS sebagai contoh menunjukkan beberapa pendekatan pasca-Islamisme, walaupun wacana dalaman berkaitan hal ini masih berjalan dan belum wujud satu konsensus. Fokus terhadap “negara Islam” dan isu seperti pelaksanaan syariah kelihatan diambil tempatnya oleh isu pentadbiran yang bersih, politik dalam masyarakat plural dan isu kehidupan harian lain. Satu perkembangan terkini ialah keputusan PAS mengemukakan gagasan “negara berkebajikan” yang merupakan penyampaian ide berasaskan Islam PAS dalam bahasa mudah difahami orang ramai.

 
Menelusuri Pengajaran dari Sirah PDF Print E-mail

Oleh: Ibnu Munir

Sambutan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul antara bulan besar Islam, perlulah dijadikan suatu renungan semula untuk menelusuri kembali melihat Sirah Rasullullah saw. Melihat kepada peristiwa Hijrah kita akan mendapati ia adalah suatu perjuangan membina masa depan untuk lebih baik kerana umat Islam pada dasarnya adalah umat yang cemerlang bukannya lemah.

Firman Allah swt di dalam Al-Quran:

“Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilingannya serta tertindas di bumi kamu takut orang menangkap dan melarikan kamu, maka Allah kamu tempat bermastautin dan diperkuatkan-Nya kamu dengan pertolongan-Nya, serta dikurniakan-Nya kamu dengan rezki yang baik-baik supaya kamu bersyukur.”

Berdasarkan ayat tersebut, sebelum berlakunya peristiwa Hijrah kaum Muslimin di Mekah merupakan golongan minoriti mustadh’afin (golongan lemah tertindas) yang terbelenggu dalam budaya takut, hidup tanpa jaminan keselamatan, sentiasa terdedah dengan tindakan kezaliman (terorisme) pengganas Quraysh yang bersikap menyambar, menangkap, mencolek dan mendera mereka sewenang-wenangnya tanpa kemampuan melawan atau membela diri.
 
Kehidupan sedemikian memaksa kaum Muslimin berhijrah ke Habsyah dan kemudiannya ke Madinah. Kaum Muslimin dimangsakan sedemikian rupa kerana tindakan mereka meninggalkan agama nenek moyang, penyembahan berhala dan budaya syirik untuk menganut agama tauhid. Umat yang tertindas dan dianiaya semata-mata kerana ketegasan dan keteguhan mempertahankan pendirian dalam agama Allah. Kekuatan dan kekentalan jiwa mempertahankan aqidah maka golongan mustadh’afin ini di angkat oleh Allah dan mereka layak mendapat pembelaan Allah dengan dikurniakan daerah penempatan baru yang selamat (fa’awakum), bantuan mencapai kemenangan yang hakiki (wa’ayyadakum binasrihi) dan kemakmuran ekonomi, seterusnya rezeki yang baik dan bersih (wa razaqakum min al-tayyibat).

Sesuai dengan ayat tersebut, maka sambutan Maal Hijrah adalah suatu yang releven untuk kita renungkan itipati dari peristiwa hijrah kerana kini umat Islam berada dalam keadaan tertindas dan lemah. Kesatuan umat Islam seantero dunia tidak kukuh. Kita dibelenggu dengan telunjuk serta hagemoni Amerika Syarikat yang bertindak sebagai kuasa “super power” dunia.

Justeru intipati Hijrah perlulah dihayati secara mendalam dan bukannya sekadar menjadi sambutan wajib tahunan semata-mata yang diraikan setiap tahun tanpa kita memerenung secara lebih realistik melihat sedalam-dalamnya mengahayati makna Hijrah.

Rasulullah saw merupakan seorang yang realistik mengetahui secara mendalam kenyataan dan suasana situasi semasa. Rasulullah dapat mengembangkan syiar Islam dan berjaya membangunkan umat kerana beliau bersikap realistik untuk meninggalkan Mekah al Mukarramah, berhijrah ke Madinah, walaupun wujud berasaan berat dan sayangnya kepada bumi Mekah tanah tumpah darahnya sejak kecil. Perasaan ini jugalah yang menyelubungi para sahabat yang pastinya berasa sedih meninggalkan kampung halaman.

Namun demikian Rasulullah bersikap realistik untuk keluar mencari tapak lain yang lebih kondusif sifatnya untuk mengembangkan misi besar amanah Allah SWT, maka atas dasar ini berlakunya peristiwa Hijrah.

Berdasarkan situasi awal penghijrahan kita dapat memahami bahawa Rasulluah saw bersikap realistik dan peka kepada waqiiyyah atau keadaan semasa berdasarkan kepada keperluan untuk menyebarkan syiar dakwah Islamiah. Justeru, pengorbanan Rasulullah untuk bersikap realistik kepada keadaan semasa adalah dengan tidak terikat kepada “sentimental value”. Rasulullah dan para sahabat tidak terikat dengan “sentimental value” suasana Mekah sebagai tempat tercinta.

Umat mampu maju kehadapan apabila umat berjaya melepaskan “sentimental value” Pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabat ketika itu cukup besar. Bayangkan betapa sedih dan pilunya mereka meninggalkan kampung halaman, harta, sanak-saudara dan pelbagai memori indah untuk berhijrah ke Madinah. Namun demikian, pastinya dengan semangat inilah mereka mencipta kekuatan yang cukup luar biasa sehinggakan syiar Islam dapat terus berkembang seantero dunia. Apa yang lebih penting bagi mereka bukannya Hijrah lokasi tetapi hijrah di atas dua elemen penting iaitu:

(a) Hijrah Jiwa; dan
(b) Hijrah mental

Tanpa dua elemen penting ini maka Hijrah Rasullullah saw tidak akan memberikan kesan dan impak yang mendalam kerana Hijrah lokasi semata-mata adalah tidak memadai tetapi ianya perlu berteraskan hijrah JIWA dan MINDA.
 
< Prev   Next >