| |
Artikel Pilihan
|
Dalam tradisi ilmu Islam terdapat pelbagai gelaran yang diberikan kepada ulamak seperti syeikh al-Islam, hujatul Islam, Imam al-Akbar dan lain-lain. Gelaran tersebut merupakan gelaran yang diberikan kepada mereka yang menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik terutama dalam bidang fikah. Gelaran syeikh al-Islam merupakan gelaran yang dipakai oleh golongan salafus saleh daripada tabi’in seperti Said bin Musaib, Hassan al-Basri, Imam Laith bin Saad, Sufian al-Sauri, Abdullah bin Mubarak dan lain-lain. Sebelum tahun 1935M, mufti negeri Kedah dikenali sebagai Syeikh al-Islam dan kemudian dikenali ketua Majma’ Masyakhatul-Islam (Ketua Persidangan syeikh-syeikh Islam)
Di Mesir, ulamak yang paling tinggi kedudukannya dikenali sebagai syeikh al-Azhar. Beliau berperanan untuk mengelola dan mengurus institusi al-Azhar. Al-Azhar yang dibina pada 359H/970M telah mempunyai 43 Syeikh al-Azhar. Mereka terdiri daripada 17 syeikh yang bermazhab Syafi’i, 16 syeikh bermazhab Hanafi, 9 syeikh bermazhab Maliki. Gelaran ini mula diperkenalkan pada abad 17M. Pada zaman Uthmaniah, syeikh al-Azhar dilantik oleh pemerintah atas sokongan daripada ulamak keempat-empat mazhab. Pada tahun 1922, Raja Mesir berhak memilih syeikh al-Azhar diantara tiga orang yang dicadangkan oleh Majlis Ulamak al-Azhar. |
|
|
Remaja dan Subuh di Sarajevo: Alija Izetbegovic 1 |
|
|
|
|
Al marhum Alija Ali Izetbegovic terkenal sebagai Presiden Bosnia Herzegovina yang telah berjuang untuk mencapai kesudahan yang adil kepada konflik yang telah melanda negaranya pada tahun 90’an. Berhadapan dengan sikap Eropa yang tidak ambil peduli dan tidak acuh, kem tahanan beramai-ramai muncul semula di depan mata mereka, namun beliau berusaha gigih tanpa penat dan rehat bagi mencapai keadilan di negerinya dan pada peringkat dunia. Ada yang mengatakan beliau seorang yang sukar dan tidak bertolak ansur dan ada yang lain pula memujinya sebagai seorang yang hidup dengan berprinsip yang tinggi.
Alija Izetbegovic telah dipenjarakan dua kali oleh kerajaan komunis dan pada kali kedua kesalahannya semata-mata kerana penulisannya. Beliau menjadi Presiden pertama negaranya yang merdeka pada 1990. Beliau berdiri teguh bersama rakyatnya semasa menghadapi serangan pencerobohan ke atas negaranya pada tahun 90’an, memimpin mereka dengan jiwa dan semangat yang kental, berpegang kepada prinsipnya sebagai seorang warga Eropa dan Muslim.
Alija Izetbegovic adalah salah seorang individu yang unggul yang berjaya mengilhamkan , membangkitkan dan memimpin seluruh negara, lalu mendapat pengiktirafan serta dikagumi dunia. Kerjayanya yang mejangkau dua abad sangat gemilang sebagai peguam, aktivis, pejuang kebebasan dan ilmuwan serta menjadi contoh teladan negarawan Muslim Eropa. Berikut adalah petikan yang diterjemah dan disuaipadan daripada buku autobiografi beliau bertajuk “Inescapable Questions” diterbitkan oleh The Islamic Foundation pada 2003: Remaja dan Subuh di Sarajevo “Arwah ibuku seorang wanita yang sangat wara’ dan kuat agama, dan iltizam aku kepada agama sebahagiannya terletak kepada budi yang dicurahkannya. Ibuku senantiasa bangun lebih awal untuk solat subuh (Sabah – istilah Bosnia). Dia juga akan mengejutkan aku dari tidor supaya aku pergi ke masjid berdekatan, Masjid Hadzijska berhampiran Dewan Bandaran (Vijenica). Aku berasa agak keberatan untuk bangun, biasalah, kerana waktu itu aku berumur 12 ke 14 tahun. Namun, aku selalu gembira apabila balik ke rumah terutama pada musim bunga. Matahari telah naik bersinar, Pak Imam Mujezinovic berada di Masjid. Dia selalu membaca ayat al Quran, Surah al Rahman yang indah itu.pada raka’at kedua solat subuh. Masjid di tengah-tengah musim berbunga, solat pagi subuh, surah al Rahman dan Pak Imam yang alim – yang dihormati semua orang di qaryah tetangga, menjadikannya sebuah pemandangan yang sungguh indah permai. Kenangan inilah yang aku masih terbayangkelihatan dengan jelas dicelah-celah kabus tahun-tahun yang telah berlalu .” |
|
|
|