Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday74
mod_vvisit_counterYesterday599
mod_vvisit_counterThis week1851
mod_vvisit_counterThis month4418
mod_vvisit_counterAll446234
Sajak Pilihan: GULAT PENJAWAT ( Sempena sambutan Hari Pekerja ‘08) PDF Print E-mail
Watak yang hidup,pentas diperlembagakan
Pelakonnya, anak buah kerajaan bergelar
Belaka
Bersemuka dengan marhaen awam
Yang mengharap rindu gelisahnya dapat disurutkan
Merungkai belitan di pundaknya
Yang kian memberati, menopang sebak di dada rasa
Tertekan apabila urusan terkekang dek masa
Masa mengejar masa
Rahsia atas rahsia
Lama sudah dijejaki, baru tersedar kelewatan. Rupanya
Bukan semua maslahat marhaen itu
Dapat disurutkan lantaran mereka sebenarnya juga sama
Kesempurnaan dari pengharapan mereka itu bukan angka
Bukan RM tetapi rakyat itu manusia, buruk baiknya
Berwalahan, hidup itu sendiri terikat dengan ruang dan waktu
Berubah dan hukunya tetap terjadi

Cuma:
Sebagai penjawat madah
Kami perlu bersungguh memberi senyuman
Menguliti wajah dan ruang masa itu kepada
Yang lebih baik....harap-harap
Allah terima dengan segala kelemahan kami
Dalam mencatat, mencoret agar kain itu
Menjadi lebih terkendalikan-sebagai bekal diri
Untuk tenteram menuju akhir kalimat
Semoga esok lebik baik dari hari ini
Dan ia diteruskan dengan harapan dan kekuatan
Untuk pengabdian kepada Allah
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali mereka yang beramal soleh,
Berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”
Ya Allah, angkatlah kesedihan umat ini.....
Matikan kami dalam Din-ul Islam



                                Barra Sban, April 2008
 
< Prev