Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday128
mod_vvisit_counterYesterday599
mod_vvisit_counterThis week1905
mod_vvisit_counterThis month4472
mod_vvisit_counterAll446288

Artikel Pilihan

Kebangkitan Rakyat: Haluan dan Cabaran Gerakan Islam

Oleh: Hariz Zulkapli

Kebangkitan gerakan Islam era kebangkitan
Sejak tercetus kebangkitan yang membawa kepada kejatuhan pemerintah republik Tunisia, dunia Islam, terutama rantau Afrika Utara dan Asia Barat menjadi perhatian masyarakat dunia. Bersama perkembangan ini, kemunculan dan kemenangan parti-parti berideologi Islam dalam arena politik dan pilihan raya juga mencetuskan satu minat baharu terhadap gerakan Islam dan parti berasas Islam.

Satu konsensus kelihatan dicapai di media Barat dan dalam kalangan pemerhati, melibatkan haluan baharu kumpulan politik Islam. Satu pendekatan yang disifatkan moderat dan lebih liberal dikemukakan sebagai haluan yang tidak dapat dielakkan daripada diambil oleh parti-parti berasas Islam. Wacana agak dominan kebelakangan ini – yang boleh disifatkan sebagai era “pasca-911” atau “zaman teror” meletakkan beban kepada gerakan Islam untuk bersikap “moderat.”

Kebangkitan pasca-Islamisme
Satu pendekatan, wacana dan fasa yang dinamakan pasca-Islamisme dicetuskan oleh pengkaji gerakan Islam Asef Bayat semakin mendapat perhatian baharu dan menerima penilaian yang lebih mendalam. Asef mentakrifkan pasca-Islamisme dengan penjelasan berikut: “By ‘post-Islamism’ I mean a condition where,  following a phase of experimentation, the appeal, energy, symbols and sources of legitimacy of Islamism get exhausted, even among its once-ardent supporters.” Asef dalam satu rencana pada awal tercetus kebangkitan di seluruh dunia Arab-Afrika menegaskan bagaimana tesis pasca-Islamisme yang dicetuskan kini kelihatan terlaksana, dan bakal menjadi satu ciri penting perkembangan politik di wilayah tersebut.

Wacana pasca-Islamisme ini mengiringi tesis “kegagalan Islam politik” yang dibawa oleh Olivier Roy, pengkaji Islam politik dari Perancis dalam bukunya, The Failure of Political Islam. Beberapa parti yang dilihat mencapai kejayaan dalam sistem politik demokrasi seperti Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia, Parti Keadilan dan Pembangunan di Maghribi dan Parti Wasat, pecahan daripada gerakan Ikhwan al-Muslimin di Mesir disifatkan sebagai parti pasca-Islamis. Kebanyakan parti selain AKP – yang dikemukakan sebagai model pasca-Islamisme paling berjaya – mengambil pendekatan terpilih pasca-Islamisme dan/atau hanya sebahagian ahli parti yang memilih pendekatan tersebut.


Di Malaysia, PAS sebagai contoh menunjukkan beberapa pendekatan pasca-Islamisme, walaupun wacana dalaman berkaitan hal ini masih berjalan dan belum wujud satu konsensus. Fokus terhadap “negara Islam” dan isu seperti pelaksanaan syariah kelihatan diambil tempatnya oleh isu pentadbiran yang bersih, politik dalam masyarakat plural dan isu kehidupan harian lain. Satu perkembangan terkini ialah keputusan PAS mengemukakan gagasan “negara berkebajikan” yang merupakan penyampaian ide berasaskan Islam PAS dalam bahasa mudah difahami orang ramai.

 
Resensi : Confessions of An Economic Hitman PDF Print E-mail
          Sekurang-kurangnya saya telah membaca ulasan tentang buku ini di dua saluran yang berlainan, maka saya membuat kesimpulan jelas sekali membuktikan betapa buku ini menjadi perhatian kepada kelompok pencinta buku. Buku ini adalah sebuah buku yang memaparkan pengakuan seorang ahli ekonomis yang menyifatkan dirinya sebagai pembunuh upahan ekonomi ( Economic Hitman –EHM). EHM adalah kelompok professional  yang ditugaskan untuk menipu negara-negara di serata dunia. Mereka menggunakan laporan kewanagan palsu, pilihan raya yang telah dibeli, sogokan, ugutan , seks dan pembunuhan dalam menjalankan tugas mereka. Sebagai EHM, ia bertanggungjawab untuk menyusup ke negara-negara sedang membangun dan menawarkan pakej pembangunan kepada negara-negara tersebut. Namun begitu, bantuan kewangan yang akan diberikan bukanlah percuma,  sebaliknya  akan memerangkap kerajaan yang terbabit, lalu menyebabkan negara-negara tersebut terpaksa menggadaikan kemerdekaan mereka dengan memberikan sumber asli, kerjasama ketenteraan dan sokongan politik.
 
Sebagai seorang EHM, penulis telah ditugaskan untuk menjalankan tugas di negara-negara seperti Ecuador, Indonesia, Arab Saudi, Iran, Panama dan beberapa negara lain.

Mengikut penulis, apabila golongan EHM ini gagal untuk memujuk pemimpin-pemimpin negara tertentu untuk menyertai skim mereka, akhirnya kelompok yang dikenali sebagai The Jackals, pembunuh upahan akan dihantar untuk menghabisi pemimpin negara tersebut, sebagaimana yang berlaku kepada General Omar Torrijos, bekas Presiden Panama.

Perkins, walaupun sudah lama bergelumang di dalam permainan ini akhirnya dihantui rasa bersalah melihatkan keadaan dunia yang menderita akibat perangkap yang dipasang oleh Amerika Syarikat ini untuk mencengkam dunia agar berada di bawah hegemoninya. Setelah beberapa lama mencari keberanian dan mendengar suara hatinya, akhirnya beliau tampil dengan buku ini untuk menyedarkan dunia tentang apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun, banyak pihak yang menyifatkan Perkins tidak lebih daripada seorang penulis ‘teori konspirasi’ murahan, dan cuba membuat keuntungan daripada pendedahan ini.

Penulis  : John Perkins
Harga   : RM 45.50
Ulasan : Zahiruddin Arshad
 
< Prev   Next >