Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday127
mod_vvisit_counterYesterday473
mod_vvisit_counterThis week2139
mod_vvisit_counterThis month13888
mod_vvisit_counterAll229770

Artikel Pilihan

Mengenali Institusi Syeikh Al-Azhar Oleh Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali
Dalam tradisi ilmu Islam terdapat pelbagai gelaran yang diberikan kepada ulamak seperti syeikh al-Islam, hujatul Islam, Imam al-Akbar dan lain-lain. Gelaran tersebut merupakan gelaran yang diberikan kepada  mereka yang menguasai ilmu-ilmu Islam dengan baik terutama dalam bidang fikah. Gelaran syeikh al-Islam merupakan gelaran yang dipakai oleh golongan salafus saleh daripada tabi’in seperti Said bin Musaib, Hassan al-Basri, Imam Laith bin Saad, Sufian al-Sauri, Abdullah bin Mubarak dan lain-lain. Sebelum tahun 1935M, mufti negeri Kedah dikenali sebagai Syeikh al-Islam dan kemudian  dikenali ketua Majma’ Masyakhatul-Islam (Ketua Persidangan syeikh-syeikh Islam)

Di Mesir, ulamak yang paling tinggi kedudukannya dikenali sebagai syeikh al-Azhar. Beliau berperanan untuk mengelola dan mengurus institusi al-Azhar. Al-Azhar yang dibina pada 359H/970M telah mempunyai 43 Syeikh al-Azhar. Mereka terdiri daripada 17 syeikh yang bermazhab Syafi’i, 16 syeikh bermazhab Hanafi, 9 syeikh bermazhab Maliki. Gelaran ini mula diperkenalkan pada abad 17M. Pada zaman Uthmaniah, syeikh al-Azhar dilantik oleh pemerintah atas sokongan daripada ulamak keempat-empat mazhab.  Pada tahun 1922, Raja Mesir berhak memilih syeikh al-Azhar diantara tiga orang yang dicadangkan oleh Majlis Ulamak al-Azhar.
 
Perspektif Dari Glasgow - Catatan Khairul Ariffin Mohd Munir PDF Print E-mail
Saya berpandangan bahawa ramai pihak telah salah anggap tentang isu PPSMI. Kumpulan yang membantah PPSMI tidak pernah menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang penting untuk dipelajari. Kita menentang polisi bukan isu kepentingan bahasa Inggeris. Namun yang tersilap di sini ialah pendekatan atas nama kemajuan, pelajaran Sains dan Matematik dikorbankan sedangkan kita tidak pernah mengubah dasar cara atau kaedah dan metodologi pengajaran bahasa Inggeris. Kaedah pelajar diajar masih tiada perubahan.

Kita mengubat sesuatu tanpa tahu apa penyakitnya. Tanpa tahu apa puncanya. Kita selalu tersilap ... namun padahnya adalah pada generasi akan datang.
Saya kini belajar di Glasgow untuk pengajian Master, saya bersyukur saya mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh menyebabkan saya mempunyai kerangka berfikir yang "istimewa" berbanding dengan pelajar lain.

Saya juga berjumpa dengan pelajar-pelajar kursus Engineering/ Kejuruteraan di sini sebagai contohnya tidak mempunyai masalah walaupun mereka merupakan pelajar Melayu. Saya juga berjumpa dengan pelajar German, Korea, Perancis, yang mana bahasa pengajaran mereka ialah bahasa ibunda, mereka masih tiada masalah belajar malah lebih baik dalam pelajaran.

Cuma satu yang saya tahu, ialah kaedah pembelajaran bahasa Inggeris mereka jauh lebih ke hadapan berbanding kaedah yang kita gunakan.

Saya juga mendengar komen daripada seorang professor di SOAS London bahawa polisi PPSMI yang dibuat oleh kerajaan ini tidak menguntungkan kerana ia akan mencabut nilai budaya dan nilai jatidiri masyarakat Malaysia.

Kita pernah kehilangan tulisan jawi ... kita juga kini mula hilang jatidiri ... kelak anak bangsa kita tidak tahu lagi atau mungkin geli menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa itu hanya jadi bahasa pasar, hilang nilai intelektualnya, hilang nilai persuratannya.

Elok juga kepada yang tidak bersetuju menyiasat dahulu mengapa bantahan ini dibuat. Banyak kajian kita telah kemukakan dalam mebantah ini. Elok juga individu seperti Dr Syed Alwi kemukakan kajian empirikal yang menyokong kepentingan dan manfaat polisi PPSMI.

Saya kesal juga membaca pandangan Pewaris dan PPIM yang secara jelas tidak memahami isu ini secara lebih mendalam.

Elok juga membaca buku "Kenapa Kami Membantah" tentang isu PPSMI tebitan PTS Sdn Bhd.
 
Next >