Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday460
mod_vvisit_counterYesterday470
mod_vvisit_counterThis week4127
mod_vvisit_counterThis month2524
mod_vvisit_counterAll444340

Artikel Pilihan

Kebangkitan Rakyat: Haluan dan Cabaran Gerakan Islam

Oleh: Hariz Zulkapli

Kebangkitan gerakan Islam era kebangkitan
Sejak tercetus kebangkitan yang membawa kepada kejatuhan pemerintah republik Tunisia, dunia Islam, terutama rantau Afrika Utara dan Asia Barat menjadi perhatian masyarakat dunia. Bersama perkembangan ini, kemunculan dan kemenangan parti-parti berideologi Islam dalam arena politik dan pilihan raya juga mencetuskan satu minat baharu terhadap gerakan Islam dan parti berasas Islam.

Satu konsensus kelihatan dicapai di media Barat dan dalam kalangan pemerhati, melibatkan haluan baharu kumpulan politik Islam. Satu pendekatan yang disifatkan moderat dan lebih liberal dikemukakan sebagai haluan yang tidak dapat dielakkan daripada diambil oleh parti-parti berasas Islam. Wacana agak dominan kebelakangan ini – yang boleh disifatkan sebagai era “pasca-911” atau “zaman teror” meletakkan beban kepada gerakan Islam untuk bersikap “moderat.”

Kebangkitan pasca-Islamisme
Satu pendekatan, wacana dan fasa yang dinamakan pasca-Islamisme dicetuskan oleh pengkaji gerakan Islam Asef Bayat semakin mendapat perhatian baharu dan menerima penilaian yang lebih mendalam. Asef mentakrifkan pasca-Islamisme dengan penjelasan berikut: “By ‘post-Islamism’ I mean a condition where,  following a phase of experimentation, the appeal, energy, symbols and sources of legitimacy of Islamism get exhausted, even among its once-ardent supporters.” Asef dalam satu rencana pada awal tercetus kebangkitan di seluruh dunia Arab-Afrika menegaskan bagaimana tesis pasca-Islamisme yang dicetuskan kini kelihatan terlaksana, dan bakal menjadi satu ciri penting perkembangan politik di wilayah tersebut.

Wacana pasca-Islamisme ini mengiringi tesis “kegagalan Islam politik” yang dibawa oleh Olivier Roy, pengkaji Islam politik dari Perancis dalam bukunya, The Failure of Political Islam. Beberapa parti yang dilihat mencapai kejayaan dalam sistem politik demokrasi seperti Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia, Parti Keadilan dan Pembangunan di Maghribi dan Parti Wasat, pecahan daripada gerakan Ikhwan al-Muslimin di Mesir disifatkan sebagai parti pasca-Islamis. Kebanyakan parti selain AKP – yang dikemukakan sebagai model pasca-Islamisme paling berjaya – mengambil pendekatan terpilih pasca-Islamisme dan/atau hanya sebahagian ahli parti yang memilih pendekatan tersebut.


Di Malaysia, PAS sebagai contoh menunjukkan beberapa pendekatan pasca-Islamisme, walaupun wacana dalaman berkaitan hal ini masih berjalan dan belum wujud satu konsensus. Fokus terhadap “negara Islam” dan isu seperti pelaksanaan syariah kelihatan diambil tempatnya oleh isu pentadbiran yang bersih, politik dalam masyarakat plural dan isu kehidupan harian lain. Satu perkembangan terkini ialah keputusan PAS mengemukakan gagasan “negara berkebajikan” yang merupakan penyampaian ide berasaskan Islam PAS dalam bahasa mudah difahami orang ramai.

 
Muhammad Abu Zahrah (1898-1974M) : Imam Fuqaha Dari Al-Azhar PDF Print E-mail
Oleh Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali ;

Nama penuhnya ialah Muhammad Ahmad  Mustafa Abu Zahrah dilahirkan pada 29 Mac 1898M di Mahallah al-Kubra, Mesir. Keluarganya adalah sebuah keluarga yang memelihara adab-adab agama dan nilai-nilai Islam. Dalam suasana tersebut, beliau dibesarkan dan memberi kesan terhadap pembentukan jiwa dan peribadinya. Ketika berusia sembilan tahun, beliau telah menghafal al-Quran dari guru-gurunya seperti Syeikh Muhammad Jamal, Imam Masjid Dahaniah, Syeikh Muhammad Hika, Imam Masjid Hanafi dan Syeikh Mursi al-Misri, Imam Masjid Syeikh Abu Rabah. Muhammad Abu Zahrah mengakui bahawa permulaan kehidupan ilmiahnya bermula dari pengajian dan penghafalan al-Quran.
 
Dalam aspek pendidikan peringkat rendah, beliau melanjutkan pengajian di Sekolah Rendah al-Raqiyyah dan ilmu-ilmu moden seperti Matematik dan lain-lain di samping ilmu agama dan bahasa Arab. Abu Zahrah meneruskan pengajian di Kolej al-Ahmadi al-Azhari di Masjid Ahmadi, Tanta pada tahun 1913. Pada tahun 1916, beliau memasuki Sekolah Kehakiman Syariah, Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1907 dan hanya mengambil pelajar yang cemerlang. Kolej ini dibina bertujuan melahirkan ahli feqah yang semasa dan pratikal yang bersesuaian dengan realiti masyarakat bagi mengisi jawatan hakim syar’i di Mesir.
Kolej mempunyai sistem pendidikan yang lebih teratur dan pelengkap kepada al-Azhar. Di sinilah Muhammad Abu Zahrah dididik terutama dari sudut pembentukan peribadi daripada guru-gurunya di situ seperi Abd Wahab Khalaf dan juga kehidupan ilmiah dengan membuat penyelidikan dan penulisan. Beliau belajar di kolej sehingga tahun 1925. Namun malangnya, kolej ini ditutup pada tahun 1923 dan pelajar-pelajar di pindahkan ke Dar Ulum, Kaherah. Hanya beberapa pelajar yang dibenarkan tamat sehingga tahun 1925. Apabila  tamat di kolej tersebut, beliau memasuki Institut Latihan Kehakiman untuk menjadi peguam  selama setahun. Pada tahun  1927, beliau belajar di Dar Ulum selama enam bulan bagi membolehkan ia memasuki peperiksaan bagi mendapat Sijil Dar Ulum.

Antara guru-gurunya ialah Muhammad Atif Barakah (1872-1924), guru di Kolej Ahmadi, Tanta, Muhammad Faraj Shanhuri (1891-1977), Abdul Wahab Azam (1894-1959) Ahmad Ibrahim Bik, Muhammad Khudri al-Afifi, Abdul Wahab Khalaf, Abdul Jalil Isa, Muhammad al-Banna, Ali Khafif, Husain Wali, Ahmad Amin,Abdul Aziz al-Khuli, dan Mustafa Ana’i. Muhmmad Abu Zahrah pernah bekerja sebagai guru di Pusat Penyediaan Dar Ulum secara kontrak selama setahun (10 Oktober 1927-14 November 1928), kemudian beliau mengajar di sekolah menengah di Kaherah dan Suhaj selama dua tahun iaitu bermula dari tahun 1930 sehingga akhir tahun 1932.

Pada awal 1933, beliau bertugas di Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar. Beliau mengajar subjek khitabah (pengucapan) dan perbandingan agama. Pada masa ini, beliau telah menerbitkan buku Khitabah, Tarikh al-Jidal (Sejarah Perdebatan), Diyanat al-Qadimah (Agama-Agama Kuno), Muhadarat fi Nasraniah (Isu-Isu Dalam Agama Nasraniah).

Beliau mengajar sebagai guru sepenuh masa di al-Azhar selama satu tahun dan lapan tahun sebagai guru pelawat apabila  beliau berpindah ke Kuliah Undang-Undang, Universiti Kaherah. Beliau mengajar di Kuliah ini bermula pada 1 November 1934 di samping mengajar di al-Azhar. Sejak tahun 1942, beliau menumpukan sepenuhnya di Kuliah Undang-Undang dengan menjadi Ketua Jabatan Syariah sehinggalah  persaraan beliau pada tahun 1958. Beliau terus mengajar dan menjadi pembimbing di peringkat Ijazah Tinggi sehinggalah beliau meningggal dunia. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Dekan bagi Kuliah Undang-Undang selama lima tahun sehingga  beliau bersara pada tahun 1958.
 
Beliau digelar sebagai imam yang menunjukkan kealiman dalam ilmu. Namun menurut Abdul Halim Jundi, bahawa gelaran imam bukan sahaja menunjukkan kealiman dalam bdang ilmu atau gelaran yang diberikan oleh kerajaan tetapi pendirian dan keberanian dalam menyatakan  kebenaran dalam isu-isu masyarakat. Syeikh Abdul Halim Mahmud mantan syeikh al-Azhar menyebutkan bahawa jika terdapat masalah dalam Lujnah Fatwa, maka kami akan merujuk kepada Muhammad Abu Zahrah. Beliau mempunyai pendirian yang tegas terutama dalam isu pengharaman riba. Menurutnya, pengharaman riba bagi memelihara kebajikan umat Islam.  

Muhammad Abu Zahrah seorang yang prihatin dan pakar dalam ilmu al-Quran dan tafsir. Semasa zaman beliau ditegah menulis di akhbar dan majalah dan bertugas di Universiti, beliau mula menulis mengenai al-Quran dengan mengarang buku “Mukjizat al-Kubra al-Quran”. Buku ini merupakan mukadimah dalam beliau mengarang tafsir al-Quran. Namun tafsir ini tidak sempat disempurnakan kerana beliau meninggal dunia terlebih dahulu. Sebahagian tafsir beliau ini telah diterbitkan Dar al-Fikir al-Arabi dalam 10 jilid.

yang berjudul Zahrah al-Tafasir.  

Muhammad Abu Zahrah meninggal dunia pada petang hari Jumaat pada 12 April 1974 di Rumahnya di Zaitun, Kaherah ketika berumar 76 tahun. Beliau meninggal dunia ketika memegang pen untuk menulis tafsir al-Quran dalam surah al-Naml, ayat 19 yang bermaksud : “  Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (al-Naml, ayat 19)
 
< Prev   Next >