Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday455
mod_vvisit_counterYesterday470
mod_vvisit_counterThis week4122
mod_vvisit_counterThis month2519
mod_vvisit_counterAll444334

Artikel Pilihan

Polemik Kalimah ”Allah” di Malaysia dan Indonesia Siri 1
ADIAN HUSAINIOleh: Adian Husaini

Konsep Islamic worldview  (pandangan-alam Islam) yang ditandai dengan karakteristiknya yang otentik dan final, maka konsep Islam tentang Tuhan, menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, bersifat otentik dan final. Itu disebabkan, konsep Tuhan dalam  Islam, dirumuskan berdasarkan wahyu dalam al-Quran yang juga bersifat otentik dan final. Konsep Tuhan dalam Islam memiliki sifat yang khas yang tidak sama dengan konsepsi Tuhan dalam agama-agama lain. Konsep Tuhan dalam Islam tidak sama dengan konsep Tuhan dalam tradisi filsafat Yunani; tidak sama dengan konsep Tuhan dalam filsafat Barat modern atau pun dalam tradisi mistik Barat dan Timur.

Bagi orang Barat modern, Tuhan tidak lagi dianggap penting kedudukannya dalam kehidupan sehari-hari mereka. Bahkan, sebagian filosof Barat menganggap ”kehadiran Tuhan” dapat mengganggu kebebasan mereka. Karen Armstrong, dalam bukunya, History of God, mengutip pendapat Jean-Paul Sartre (1905-1980), yang menyatakan: “… even if God existed, it will still necessary to reject him, since the idea of God negates our freedom.” Karena itulah, manusia modern merasa diri mereka bisa mengatur Tuhan dan berani mereka-reka Tuhan. Bukan Tuhan yang mengatur kehidupan mereka.
 
Lebihan Zakat Patut Diperluas Bantu Minoriti Islam Rantau Asia Oleh Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali PDF Print E-mail
Institusi zakat menjadi sumber dan jaminan sosial dalam memperkasakan ekonomi umat Islam. Sejarah membuktikan zakat dapat menjamin keperluan masyarakat. Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau dapati tidak ada fakir miskin lalu wang zakat digunakan untuk membebaskan hamba.
 
Pada dasarnya, keuntungan zakat dilihat pada sebelah pihak iaitu orang menerima zakat dan bantuan. Mereka yang menghulurkan zakat seolah-olah dilihat tidak mendapat faedah daripada pemberian selain kerugian dan menantikan ganjaran di akhirat.
 
Sebenarnya hikmah pemberian zakat pasti kembali kepada pemberi kerana apabila seseorang mengeluarkan zakat, secara tidak langsung dia akan menyucikan jiwanya daripada sifat bakhil di samping menambahkan keberkatan harta. Tidak pernah terukir dalam tinta sejarah seseorang yang mengeluarkan zakat menjadi papa kedana.
Perkara yang sering terjadi orang tamak dan bakhil sering muflis dan miskin. Hikmah membayar zakat juga mengurangkan jurang ketara antara kaya dan miskin. Orang kaya dapat membantu golongan miskin seterusnya menghilangkan sifat cemburu, dendam, rasa rendah diri terhadap orang kaya kerana kebaikan mereka.
 
Antara asnaf yang layak menerima zakat ialah orang berhutang, namun bukan berhutang wang atau hutang membeli kereta dan rumah, sebaliknya usahawan yang mampu menjana ekonomi umat.
 
Oleh itu, Pusat Zakat dan Baitulmal harus membantu mereka bagi memperkasa ekonomi umat. Apabila mendapat keuntungan, mereka pula memberi zakat. Begitu juga dengan pemberian zakat kepada fakir miskin dengan harapan ia mampu mengubah cara hidup seharian.
 
Dengan wang zakat itu, mereka mampu menjadikannya modal untuk berniaga secara kecil-kecilan atau membeli peralatan untuk pertanian. Dengan cara inilah, mereka dapat mengubah cara hidup ke arah lebih sempurna tanpa mengharap bantuan zakat sepanjang hayat.
 
Malangnya, ada penerima menggunakan wang ke arah yang tidak menguntungkan diri dan keluarga seperti membeli televisyen dan radio serta telefon yang mahal.
 
Dalam hukum zakat, ada golongan yang berpegang kepada tafsiran sempit nas. Mereka berpendapat wang kertas yang digunakan pada hari ini bukan wang yang dinyatakan dalam al-Quran dan Sunnah. Wang itu tidak perlu dikeluarkan zakat dan tidak berlaku riba kerana yang dinyatakan dalam agama ialah wang emas dan perak saja. Ini pendapat jemaah di Lebanon yang dikenali sebagai al-Ahbasyh. Mereka juga menggugurkan zakat harta perdagangan seperti Nasaruddin al-Bani, Imam al-Syaukani dan Sadiq Hassan Khan al-Qanuji. Mereka juga berpendapat zakat fitrah harus dikeluarkan daripada makanan asasi saja.
 
Mereka menolak untuk mengeluarkan zakat dengan nilai wang daripada makanan asasi itu. Mereka berpendapat ia wajib dikeluarkan dengan makanan asasi seperti gandum, beras, jagung dan kurma. Sesiapa yang mengeluarkan zakat fitrah dengan wang dianggap batil sedangkan perkara ini menjadi perselisihan di kalangan ulama. Yusuf al-Qaradawi menyebutkan bahawa mengeluar zakat dengan nilai sama dengannya adalah bersesuaian dengan zaman dan ia lebih memudahkan untuk perkiraan serta memudahkan pihak pengurusan menerima dan mengagihkan zakat.
 
Zakat memerlukan ijtihad dan pengurusan yang profesional. Termasuk dalam hal ini ialah pemberian zakat tidak sepatutnya kepada warga negara Malaysia saja, malah juga kepada umat Islam minoriti di rantau ini. Kita bertanggungjawab menjaga kebajikan Islam minoriti di rantau ini. Kekayaan dan kemakmuran umat Islam di Malaysia perlu juga dirasai umat Islam minoriti di Kemboja, Vietnam dan pelarian Islam Rohinya.
 
Pusat Zakat Kuwait dan Qatar umpamanya sejak 1970-an memberi zakat kepada minoriti Islam di seluruh dunia termasuk umat Islam di Malaysia pada 1970-an. Oleh itu, perlulah pusat zakat di Malaysia dan Baitulmal memikirkan akan tanggungjawab ini dengan melebarkan pengagihan kepada minoriti umat Islam di rantau ini.


Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali - Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM.
Sumber dipetik : Berita Harian (artikel ini disiarkan dalam Berita harian 9 Oktober 2009) 
 
< Prev   Next >