Minda Madani Online

MINDA MADANI Online, menyediakan medium bagi tujuan penyaluran maklumat serta penyebaran pemikiran-pemikiran segar mengenai dakwah, pembinaan keperabadian Muslim dan asas-asas Tarbiah Islamiah. Kesemua artikel dan pendapat yang disiarkan di dalam laman sesawang ini tidak semestinya mencerminkan pendirian ABIM.

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday184
mod_vvisit_counterYesterday464
mod_vvisit_counterThis week1631
mod_vvisit_counterThis month5063
mod_vvisit_counterAll173421

Artikel Pilihan

Dar Al-Hadith Al-Asrafiyah Di Damsyiq : Pelopor Dan Pemelihara Sunnah Sepanjang Zaman

Oleh Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali;

Damsyiq  merupakan bandar yang banyak mempunyai sejarah Islam dan tempat tumpuan ilmuan dulu dan kini. Antara tempat pengajian yang masyhur adalah Dar al-Hadith al-Asrafiyyah yang dibina pada tahun 630H/1233M oleh Raja  al-Asraf Musa dan Abu Umar bin Salah atau terkenal dengan nama Ibn Salah yang merupakan syeikh pertama bagi Dar al-Hadith. Dar al-Hadith ini melahirkan ramai ulamak yang menjadi penjaga dan benteng dalam mempertahankan hadith-hadith nabi sepanjang zaman sehingga buku-buku mereka menjadi rujukan sehingga kini. Namun Dar al-Hadith ini telah mengalami kemerosotan dalam kurun 16 dan 17M yang lalu sepertimana yang berlaku di institusi-institusi pendidikan yang lain di Damsyiq. Namun takdir Allah telah mengutuskan seorang ulamak yang bernama Yusuf Abdul Rahman al-Hasani yang datang dari Maghribi untuk membantu menghidupkan institusi ini bersama-sama dengan Abdul Qadir al-Jaza’iri. Yusuf Abdul Rahman ini mempunyai anak  yang bernama Muhammad Badaruddin al-Hasani yang bertanggungjawab memajukan Dar al-Hadith pada zamannya.

Raja al-Asraf Musa  merupakan raja dari pemerintahan Ayyubi yang terkenal dengan pemerintahan yang adil dan amat menyayangi golongan miskin dan sentiasa menziarahi dan menolong mereka. Nama penuhnya ialah Muzafaruddin Abu Fatah Musa bin Abu Bakar Muhammad bin Ayyub. Beliau dilahirkan pada tahun 576H di Kaherah dan meninggal dunia pada 4 Muharram tahun 635H/1237M. Antara kesan peninggalannya yang kekal hingga kini ialah Masjid al-Taubat, Masjid al-Jarah, Masjid Abi Darda’ dan Dar al-Hadith. Dar al-Hadith al-Asrafiyyah ini melahirkan ramai ulamak yang terkemuka sejak Ibn Salah sehingga Muhammad Badaruddin al-Hasani. Antaranya Imam al-Nawawi, Abi Shamah, al-Mazzi, al-Subki, Ibn Hajar, Ibn Kathir, Ibn Jamaah serta lain-lain lagi. Antara yang menyebabkan kemasyhurannya ialah mereka yang mengajar di sini disyaratkan seorang yang pakar dalam bidang hadith di kota Damsyiq atau dunia Islam ketika itu. Oleh itu, jika kita melihat nama-nama syeikh di sini didapati mereka adalah terdiri daripada ulamak yang masyhur pada zaman itu, bukan sahaja di Damsyik tetapi juga dunia Islam. 

 
Memperkasakan Ahli Sunnah Waljamaah Di Malaysia:Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali PDF Print E-mail
Menurut Abdul Shukur Husain dalam Syarahan Perdana yang bertajuk “ Ahli Sunnah waljamaah Pemahaman Semula” pada tahun 1998 menyebutkan bahawa masyarakat Islam di Malaysia ini telah lama menerima dan mengamalkan Islam berdasarkan pendekatan Ahli Sunnah Waljamaah. Dalam aspek akidah pegangan yang dihayati dan sebati ialah fahaman Asya’irah dan Maturidiah. Fahaman ini sinonim dengan Ahli Sunnah. Natijahnya telah menampakkan kesan yang baik kepada kestabilan rohani dan masyarakat. Dalam zaman globalisasi ini, keresahan tetap timbul bila fahaman-fahaman lain ditonjolkan di dalam masyarakat Islam walaupun fahaman-fahaman itu pada hakikatnya masih di bawah payung Ahli Sunnah. Masyarakat Islam yang masih lagi  mencari hakikat Ahli Sunnah tidak harus dilibatkan dalam kancah fahaman yang sempit menerusi doktrin dan tokoh-tokoh tertentu sahaja. Malah umat Islam di Malaysia tidak harus dilibatkan kancah perpecahan kerana doktrin serpihan tersebut. Natijahnya seperti biasa, melahirkan percanggahan dan keresahan dalam masyarakat.

Majoriti umat Islam di Malaysia malah di rantau ini telah berabad-abad lamanya menerima dan mengamalkan Islam berasaskan pendekatan aliran Ahli Sunnah Waljamaah hingga menjadi begitu dominan dan berwibawa. Hakikat ini telah menjadikan Malaysia malah rantau ini paling seragam dalam pegangan akidah, amalan syariah dan akhlak berbanding dengan masyarakat Islam di rantau lain. Keadaan ini secara tidak langsung memberi sumbangan kepada kestabilan politik, masyarakat dan perpaduan ummah.
Tun Mahathir sering menyebutkan pepecahan umat Islam disebabkan perpecahan antara mazhab dan kumpulan dalam akidah yang sekaligus melemahkan sektor politik umat Islam, Oleh pendekatan ahli sunnah waljamaah yang sederhana harus disuburkan kerana ia tunggak kestabilan politik Malaysia. Pendekatan Ahli Sunnah yang sebati dihayati oleh masyarakat Islam di Malaysia dalam aspek akidah dan kepercayaan ialah fahaman dan aliran Asyairah dan Maturidiah. Aliran Asyairah yang diasaskan oleh Abu Hasan bin Ismail Asyaari (w.330H) dan aliran Maturidiah diasaskan oleh Abu Mansur Muhammad bin Muhammad Maturidi (w. 333H.). Kedua-dua aliran ini, fahaman dan pendekatan mereka sealiran dan sederhana. Menurut Abdul Shukur Husain lagi bahawa fahaman kedua-dua aliran tokoh di atas sangatlah kukuh dan sukar dirungkai, terutamanya di kalangan orang awam. Masyarakat Islam akan merasa ganjil dan resah apabila terdapat aliran lain yang berbeza daripada apa yang telah mereka anuti. Dalam konteks ini kekuatan pegangan masyarakat Islam Malaysia kepada aliran Asyairah dan Maturidiah dapat dilihat menerusi kitab akidah yang menjadi bahan pengajian dan sumber rujukan sama ada di institusi pengajian formal atau di institusi tidak formal seperti pengajian halaqah di masjid atau surau. Keseluruhannya menggunakan kitab berorientasikan aliran Asyairah dan Maturidiah seperti kitab Ihya’ Ulumiddin al-Ghazali, Ibanah oleh Abu Hassan al-Asyaari dan lain-lain.

 Kejayaan kedua-dua dalam membela dan mempertahankan Ahli Sunnah Waljamaah daripada penyelewengan kumpulan sepihan kerana pendekatan kesederhanaan aliran ini. Kesederhanaan sikap dan pendekatan  Abu Hassan Asyaari berjaya apabila menolak golongan yang berpegang kepada akal dalam menafsirkan teks dengan golongan yang berpegang kepada literal teks. Kesederhanaan ini dapat dilihat apabila ia menyeru umat Islam kembali kepada teks al-Quran dan al-Sunnah dan tidak pentakwilan yang jauh. Sementara itu, beliau juga menentang jumud pemikiran dan menyeru agar peranan akal dikembalikan berseiringan dengan wahyu. Beliau berpendapat bahawa dengan adanya paduan antara akli dan naqli, adalah lebih mudah untuk meningkatkan kefahaman masyarakat Islam tentang akidah dan sekaligus memudahkan pula penyebarannya kepada masyarakat yang belum Islam.

Kebanyakan tokoh-tokoh Asyairah adalah bermazhab Syafii, dan Abu Hasan Asyaari dalam fikahnya juga bermazhabkan Syafii. Hal ini mungkin disebabkan terdapatnya persamaan dasar di antara kedua-dua aliran ini iaitu dasar kesederhanaan. Imam Syafii juga dianggap tokoh yang memilih pendirian sederhana di antara pendekatan Imam Malik yang mengutamakan kehendak Hadith di dalam membuat hukum dan Imam Abu Hanifah yang banyak menggunakan akal. Kesederhanaan pendekatan Asyaari dalam bidang akidah dan pendekatan Syafii dalam fikah adalah faktor penting. Ia sangat mudah diterima dan menguasai sebahagian besar masyarakat Islam di Malaysia. Mana-mana golongan yang ingin mengugatkan kedudukanb akan menghadapi tentangan dari majoriti umat Islam di Malaysia,

Menurut Al-Qaradawi pemikiran salafi iaitu menjadikan para sahabat nabi dan mereka yang megikuti para sahabat untuk diteladani. Ini disebabkan bahawa sebaik-baik kurun ialah kurun para sahabat dan mereka yang mengikutinya yang mendapat petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Antara ciri-ciri salafi iaitu berhukum berdasarkan kepada nas-nas yang qat’i, mengembalikan perkara-perkara  yang meragukan kepada perkara yang muhkam dan perkara-perkara yang samar-samar kepada yang lebih meyakinkan, menyeru kepada ijtihad dan pembaharuan dan menolak pemikiran sempit dan taklid. dan menyeru kepada peradaban bukannya bermaki-makian dalam bidang akidah dan feqah. Inilah hakikat pemikiran salafi yang sebenar yang jauh dari sifat fanatik kepada golongannya.

Namun kini, perkataan salafiah ini sering dikelirukan dengan melihat mereka adalah golongan yang sukakan perdebatan dalam bidang tauhid, menumpukan kepada perkara-perkara sampingan manakala musuh-musuhnya pula mengatakan salafiah ini adalah golongan yang ketinggalan dan mundur. Oleh itu, pendekatan yang terbaik umat Islam ialah kesederhanaan yang mengabungkan salafiah dan pembaharuan, perseimbangan antara perkara yang tetap dan perkara yang berubah-ubah, menghindarkan diri daripada perkara jumud dan kefahaman yang menyeluruh tentang Islam. Bagi sesetengah masyarakat awam di Malaysia, terutama pesara-pesara yang baru berjinak dengan  Islam lebih suka kepada aliran ini disebabkan ia lebih mudah dan agama ini merupakan urusan peribadi. Tidak perlu menjalankan aktiviti-aktiviti di Masjid seperti sambutan maulidur rasul, bacaan yassin dan talqin.  

Antara ciri-ciri kesederhanaan iaitu perseimbangan antara golongan yang menyeru kepada mazhab yang sempit dengan golongan yang tidak mahu berpegang kepada mazhab, perseimbangan antara golongan yang memuliakan turath dan kitab jawi sehingga tidak ada kitab yang terlebih baik dari kitab-kitab tersebut dengan golongan yang menolak buku-buku turath dan hanya membaca buku-buku tokoh-tokoh mereka sahaja. Perseimbangan antara golongan yang melampau dan fanatik di dalam mentaati  seseorang ketua dan syeikh tariqat dengan golongan yang melampau di dalam gerak kerjanya seolah-olah beliau bukan anggota jamaah. Oleh itu, umat Islam perlu mensufikan orang –orang salafi dan mensalafikan orang-orang sufi. Dalam satu kajian bertajuk "Civil Democratic Islam : Patners, Resources and Strategis" (2003) telah diterbitkan oleh RAND Corporation sebuah badan penyelidikan dan penasihat yang berpengaruh di Washington. Dalam kajian ini, umat Islam dinilai dari segi kecenderungan pemikiran mereka sama ada tradisionalis, fundamentalis, modernis atau sekularis. Kajian ini memperlihatkan bagaimana cara untuk mengadu-dombakan umat Islam melalui pengelompokan ini. Kajian itu menegaskan bahawa golongan modernis dan sekularis seperi  aliran Kamal Atartuk, dan juga pertubuhan bukan kerajaan bercirikan liberal perlu didokong secara halus dengan lambakan dana penajaan, ruang media dan penonjolan idola untuk dipuja. Ini dapat dilihat melalui golongan  liberal dianggap sebagai refomis Islam. Golongan tradisional Salafi dan Wahabi pula disaran agar didokong manakala golongan fundamentalis seperti gerakan Islam hendaklah dipinggirkan. Berlaku perbalahan antara golongan tersebut dalam isu-isu remeh dan persoalan furu'. Perbalahan dan pertelingkahan perlu disuburkan agar sumber kekuatan umat Islam dilelahkan tanpa sebarang manfaat yang jelas. Oleh itu umat Islam tidak perlu terperangkap dengan permainan musuh yang ingin mendombakan  dan melemahkan umat Islam.
 
Next >