Gerakan Islam Dan Proses Demokrasi : Kajian Kes Di Sudan

Oleh Prof. Madya Dr. Fadhullah Jamil, Pulau Pinang.

Latar Belakang:
Sebelum abad ke-19M, Sudan merupakan sebuah wilayah yang dihuni oleh pelbagai kumpulan etnik yang terbahagi kepada kabilah-kabilah dan terdapat juga kerajaan-kerajaan kecil di Lembah Nil dan daerah Darfur. Pembentukan sebuah negeri yang mempunyai kerajaan pusat yang mengawali daerah-daerah yang kini menjadi Sudan hanya berlaku pada lewat abad ke-19M. hal ini berlaku apabila Muhammad ‘Ali Pasha gabenor ‘Uthmaniyyah di Mesir, menukluki wilayah Sudanpada tahun 1820-an. Rejim Turki Mesir ini terus berkuasa sehinngalah ia dikalahkan oleh tentera Imam Mahdi (Muhammad Ahmad Abdullah) dan revolusi tahun 1880-an.

Dalam pada itu 51% daripada penduduk Sudan sudah mengikut bancian 1955-1956 adalah terdiri daripada mereka yang bertutur bahasa arab, namun 39% dikenali sebagai “orang yang berketurunan arab”. yang lainnya adalah sama ada mereka yang berketurunan kulit hatam atau kacukan Arab-Negro.

Selain bahasa Arab, terdapat lebih daripada 100 bahasa-bahasa etnik yang dipertuturkan di Sudan. Dalam keadaan yang demikian, agama Islamlah yang menjadi penghubung yang menyatukan mereka dan menberi ikatan identiti yang kuat bagi pelbagai kaum ini. lebih kurang 75% daripada penduduk Sudan adalah Muslim yang mendiami 2/3 kawasan sebelah utara negara itu, manakala dibahagian selatannya dihuni oleh mereka yang beragama Kristian atau masih Pagan (Animisme).

Dalam negara yang berbilang kaum dan etnik ini, sejak dulu lagi menghadapi masalah untuk mewujudkan perpaduan.oleh itu, pihah kerajaan pusat telah sentiasa berusaha untuk mendapat sokongan rakyat denga menekankan proses permesyaratan. Ini dilakukan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka tetap dihargai dan kerjasama adalah perlu untuk mencapai kemajuan serta kesejahteraan. Apabila sesebuah kerajaan itu gagal untuk menegakkan legitimacy (medapat pengiktirafan rakyat) barulah ia bergantung kepada kekuatan ketenteraan untuk terus berkuasa. Keadaan ini pernah berlaku dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, pihak penjajah British ketika berkuasa dulu telah berusaha seberapa yang mungkin untuk menggelakkan kekerasan dan mereka menggunakan berbagai-bagai cara untuk mendapat dokongan rakyat pribumi melalui sistem permesyuartan. Jadi, sistem syura, yakni bermesyarat bukanlah asingf bigi masyarakat Sudan. Hanya adakalanya ia berkesan sebagai alat pemerintahan dan diketika yang lain kebrkesananya hilang higga membawa kepada ramp-asan kuasa (coup d’etat) dan sitem pemerintahan diktator tentera.


Dalam pada itu, sayugailah diketahui bahawa warisan politik Islam di Sudan menjangkau kembali ke zaman Negara Islam (Kesultanan) Funj yang berkuasa di Sudan Utara (1504-1820). Ini diikuti dengan dasar Islam rasmi Muhammad ‘Ali Pasha (1820-1881), dan Negara Islam pimpinan al-Mahdi (1885-1899). Walaupun di bahagian Afrika yang lain, ia tersebar melalui aktiviti-aktiviti para pedagang, pendakwah bebas dan terutama sekali golongan sufi yang menyertai pelbagaikumpulan tariqat. Jelasnya, sejak dulu peranan Suffisme dalam politik dan masyarakat Sudan adalah amat penting. Para guru tariqat dan ualama menegakkankumpulan sifi masing-masing dan mempengaruhi struktur sosial dalam masyarakat higga menjadikan alam politik Sudan bercorak kelompok (sectarian)

Sejak zaman pemerintahan rejim Turki-Mesir, para pemerintah pusat di Sudan telah menggunakan tema-tema Islam untuk mendapat sokongan sebahagian besar rakyat. Para ulama dan pendakwah dari al-Azhar telah menyertai tentera
Khediwi Muhammd ‘Ali bagi mempengaruhi rakyat agar menerima pemimpan baru itu sebagai wakil kepada sultan-khalifah yang bertakhta di Istanbul. Dasar ini terus menjadi ikutan para pengganti Muhammad ‘Ali. Begitu juga kerajaan al-Mahdi yangberjaya menggulingkan pemerintahan dari Mesir pada 1885M turut menekankan isu-isu agama baga mendapat dokongan rakyat. Berikutnya, ia dilanjutkan oleh pihak British apabila menewaskan kerajaan al-Mahdi pada tahun 1898M higgalah Sudan mencap kemerdekaannya pada tahun 1956. Dalam rangka untuk mendapat dokongan rakyat pribumi, pihak berkuasa British sentiasa menampilkan diri mereka sebagai pelindung Islam dan menjalinkan hubunga rapat dengan para pembesar tempatan. Keadaan yang sama berterusan selepas Sudan merdeka. Malah, kedua-dua rejim tentera mahupun pemerintahan berparlimen menggunakan tema-tema atau simbol-simbol Islam untuk mendapat legimity bagi pemerintahan mereka masing-masing.

Pemerintahan Pelbagai Parti:

Apabila kerajaan al-Mahdi dikalahkan, British telah menegakkan pemerintahan yang dinamakan Anglo-Egyptian Condominium (Pentadbiran Gabungan Inggeris-Mesir), namun pada hakikatnya Grreat Britainlah yang berkuasa. Kerajaan yang awal terbentuk di Sudan adalah sebuah rejim tentera. Tetepi, secara beransur-ansur ia berubah menjadi sebuah kerajaan yang lebih liberal sehiggalah Sudan muncul sebagai sebuah negara merdeka yang mengamalkan sistem parlimen ala Westminter, yakni seperti yang diamalkan di Britain. Berikutan daripada kegagalan corak pemerintahan Westminster ini menyebabkan kaum Muslimin Sudan berusaha untuk mendefinisikan hubungan antara Islam dan demokrasi pada peringkat akhir abad ke-20. hal ini akan kita kajian kemudiannya.

Namun, sebelum itu, kita perlu melihat secara ringkas tenteng kemunculan dan perkembangan parti politik di Sudan. Pada zamn penjajahan British terdapat dua kelompok Sufi yang menonjol, iaitu golongan al-Ansar atau al-Mahdiyyah,
pengikut kepada al-Mahdi dan al-Khatmiyyah atau al-Mirghaniyyah, yang bersaing untuk pengaruh politik dan kemidiannya timbul sebagai parti-parti politik. Antara kedua-dua kumpulan itu, al-Khatmiyyah telah berkerjasama dengan pihak pemerintah Turki-Mesir dan semasa zaman British ia telah berjang untuk isu penggabungan dengan Mesir. Sekitar pertengah tahun 1930-an, kedua-dua kelompok ini teleh bertukar menjadi parti-parti politik moden. 15Di Sudan ketika itu terdapat beberapa buah parti politik, namun al-Ansar dan al-Khatmiyyah merupakan dua parti yang dominan. Parti Ashiqah yang didokong oleh al-Khatmiyyah dan dipimpin Isma;il al-Azhari membentuk apa yang dinamakan kemudiannya sebagai Parti Perpaduan Kebangsaan.( National Union Party), manakala pada tahun 1956, sebahagian besar daripada penyokong al-Khatmiyyah telah menukarkan sokongan mereka kepada Parti Demokrasi Rakyat ( People’s Democratic Party).16 Dalam pada itu, golongan Ansar mendirikan Parti
Ummah (The Nation Party) yang menjadi cabang politiknya higga kini. Di antara parti-parti politik yang tidak berteraskan aliran Sufi ialah Parti Komunis Sudan, dan Ikhwan al-Muslimun.17

Untuk kebanyakan rakyat Muslim Sudan tiada terdapat percanggahan antara Islam dan demokrasi semasa negara mereka mencapai kemerdekaan.pemimpin Ansar yang terkemuka seperti Sayyid ‘Abd al- Rahman al-Mahdi telah bercxakap tentang sebuah republik Islam yang demokratik dan
pandangannya ini tidak dikritik oleh penduduk Sudan Utara.18 Sesungguhnya, tanpa penglibatan organisasa-organisasiIslam yang utama secara aktif dalam bidang politik tentu sekali penyertaan umat Islam dalam sistem parlimem akan menjadi terhad dan akan hanya melibatkan elit yang mendiami kawasa bandar. Ini akan menjadi sistempemerintahan bercorak demokrasi kurang efektif. Sebensrnya, kehadiran organisasi-organisasi Islam inilah yang menjadikan sistem parlimen itu beroperasi dengan luas di kalanga rakyat, yakni suatu amalan yang popular, dealam negara Sudan yang merdeka.

Penglibatan Gerakan Islam Dalam Kancah Politik Sudan:

Perjaungan ke arah merealisasaikan program pemurnian Islam atau kebangkitan Islam (sahhwah al-Islamiyyah) telah bermula sejak bermulanya kegiatanta politik berparti di Sudan. Misalnya, keturunan al-Mahdi yang mengaggotai Parti Ummah telah mengenbangkan idea keislaman yang demikian melalui perjaungan politik mereka. Namun, cara pengendalian Islam yang lebih dinamis datangnya daripada gerakan .Islam yang terkenal,iaitu Ikhwan al-Muslimun yang bertapak diSudan sejak tahun 1940-an.19 Pengalaman yang ditunjukkan oleh para pejuang Islam yang haraki di Sudan merupakan suatu pencapaian yang amat menarik untuk dikaji kerana mereka telah sekurang-kurangnya berjaya hingga kini dalam penyenaan mereka dalam sistem demokrasi berbanding dengan saudara-saudara mereka di Mesir. Turki, Jordan, Algeria dan sebagainya, meskipun mereka terpaksa bekerjasama dengan sebuah rejim tentera.

Kemunculan gerakan Islam yang berpengaruh di Sudan telah bermula pada akhir Perang Dunia II. Ketika itu, para pelajar Sudan yang berkesempatan menghubungi Ikhwan al-Muslimun semasa belajar di Mesir mula bersama-sama para pendokong mereka dari Mesir untuk menubuhkan kumpulan usrah di Sudan.20 Pada ketika yang sama, para pelajar dari Sekolah Menengah Hantoub mulai membentuk satu kumpulan usrah apabila mereka memasuki Universiti Khartoum (yang dinamakan dewasa itu sebagai Gordon memorial College). Pada tahun 1954, kedua-dua kumpulan ini bergabung dan memilihkan nama rasmi sebagai al-Ikhwan al-Muslimun kerana menginsafi bahawa pertalian persaudaraan Islam itu luas, tetapi menegaskan pula yang ia berpusat di Sudan serta bebas daripada a1-lkhwan Mesir mahupun parti-parti politik yang lain. 21Lantaran itu, ia menekankan dasar non-partisan. Sementara itu, ia memperkenalkan dirinya sebagai sebuah pertubuhan pendidikan yang ingin membawa islah (reformasi) yang total di Sudan.

AI-Ikhwan Sudan tidak membentuk sebuah parti politik yang baru bagi memasuki pilihanraya umum, tetapi ia tetap berpolitik mengikut tuntutan dan garis panduan yang diberi oleh Islam sendiri. Ia tidak menolak sistem politik yang wujud, walaupun ia belum benar-benar Islami tetapi bekerja dalam sistem itu dengan memperjuangkan dasar-dasar tertentu.22 Ia menentang Komunisme dan Nasserisme yang sekular apabila Nasser, diktator Mesir itu. menindas Ikhwan al-Muslimun di Mesir dan cuba meluaskan pengaruhnya di Sudan.

Pada lewat 1958, pemimpin Ikhwan Sudan, al-Rashid al-Tahir melalui penerbitannya mengakui bahawa demokrasi adalah satu sistem yang terbaik pernah diciptakan oleh manusia. Tetapi,dia mengkritik parti-parti politik yang sudah menjadi korup dan menyalah-gunakan kuasa dalam sistem ini hingga membawa kepada malapetaka,yakni. rampasan kuasa tentera oleh Jeneral Ibrahim 'Abboud. Al-Ikhwan juga menegaskan semula yang ia yakin dengan sistem demokrasi, tetapi menerima rejim tentera yang baru itu. Namun, apabila rejim tersebut meghadkan penyertaan politik pihak awam, menyekatkan kebebasan akhbar dan mengharamkan penerbitan akhbar al-Ikhwan, ia terus menentang bersama-sama dengan parti-parti politik yang lain.23 Walau bagaimanapun. perjuangan al-Ikhwan telah terjejas apabila pemimpinnya al-Rashid al-Tahir menyertai sekumpulan pegawai tentera yang tidak berpuas hati dalam suatu percubaan rampasan kuasa yang gagal pada tahun.1959. Penahanan langsung melemahkan al-Ikhwan dan aktiviti golongan aktivis daripada luar universiti menjadi beku sehiggalah satu perubahan berlaku pada tahun 1964.

Pada tahun 1964, al-Ikhwan - Sudan memesuki satu peringkat baru dalam perjuangannya. Ia bermula denga kembalinya ke Sudan Dr. Hassan al-Trabi, anak seorang hakim dan pakar Perundanga Islam. Dia pernah aktif dalam gerakan tersebut pada tahun-tahun 1950-an. Al- Turabi telah pergi ke Paris untuk mempelajari bidang Undang-Undang di Unuversiti Sarbonne selepas menamatkan pelajarannya di London dan hanya pulang sebentar pada tahun 1962 bagi menyakinka pihak kongres yang diadakan oleh pertubuhan tersebut untuk mengambil strategi, iaitu membemtukan Barisan Perpaduan Islam. seterusnya, dia melibatkan dirinya dalam peristiwa-peristiwa yang membawa kepada meletusnya Revolusi Oktober, 1964 yang menamatkan pemerintahanan diktator ‘Abboud.

Dia berhujjah dalam suatu ceramah yang poenting bahawa penyelesain kepada kesemua masalah yang dihadapi Sudan, terutamanya Perang Saudar yang berlaku di selatan negara itu ialah dengan menhapuskan pemerintahan ketenteraan.

Langkah ini terbukti berjaya untuk menonjolkan semula al-Ikhwan ke tengah-tengah arena politik Sudan sekaligus menjulangkan al-Turabi kepada peranannya selaku pemimpin utama dalam Barisan Islam yang baru lahir itu.

Dalam perkembangan yang berlaku itu, kita lihat bahawa al-Ikhwan telah memainkan peranan yang amat penting, yakni selaku tenaga yang berjaya menyusunkan suatu barisan pembangkang yang terdiri daripada pelbagai elemen seperti Komunis, Nasseriyyah (penyokong Prresiden Nasser dengan gagasan nasionalisme Arab), dan bebepera kumpulan profesyenal. Dalam hal ini, al-Ikhwan telah berjaya kerana ia menggunakan amalan syura, iaitu berbincang dan dengan penuh kebijaksanaannya mengenepikan perbezaan orientasi untuk sementara waktu bagi menamatkan satu musibah yang lebih besar dalam bentuk kediktatoran tentera yang mencengkam kebebasan setiap peribadi.

Al-Ikhwan dan Proses Demokrasi:

Pada akhir tahun 1964, al-Ikhwan menciptakan Barisan Piagam Islam (Islamc Charter Front atau ICF) sebagai satu pertubuhan politik popular, yakni bercorak merakyat. Al-Turabimelihat bahawa cara ini baru Islam boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dalam kehidupan masyarakat di Sudan daripada mengekalkan organisasinya sebagai satu pertubuhan bercorak elit semata-mata. Melalui badan ini digabungkan pelbagai kumpulan dan individu sehigga organisasi ini menjadi model untuk satu barisan nasional. Cara ini ai-Ikhwan dapat mengekalkan kebebasan untujk progrannya sendiri, pada masa yang sama ia berjaya mengawal sepenuhnya perjalanan ICF. Meskipun, organisasi ini tidak begitu berjaya dalam pilihanraya umum tahun 1965 dan 1968, namun ia berhasil melancarkan Piagam Islam pada awal 1965. piagam ini menyeru untuk penubuhan suatu sistem pemerintahan presiden, proses desentralisasi dan kewujudan sistem ekonomi yang menganjurkan al-‘adalah al-ijtimaiyyah (keadilan sosial) tanpa menggadaikan prinsip-prinsip demokrasi. Hasilnya, ia berjaya memasukkan pengaruh Islam dalam perlembagaan negara yang di draf oleh sebuah Pesuruhjaya Kebangsaan untuk Perlembagaan. Tetapi, malangnya draf ini tidak diperakui sebelum era Parlimen Kedua itu ditamatkan oleh rampasan kuasa militer pada bulan Mei, tahun 1969.

Pada era Parlimen Kedua ini, al Ikhwan telah menukarkan dasarnya daripada menubuhkan kumpulan berkepentingan tidak berparti ini dan mengasakan pula satu barisan nasional yang mengambil bahagian sebagai sebuah parti politik. Ia juga berjuang untuk sistem parlimen pelbagai parti dan bukan untuk mengekalkan parti-partiyang bercorak puak (sekte). Walaupun al-Ikhwan berjaya untuk menjaminkan penerimaan sebuah Perlembagaan Islam dan perlaksanaan Shari’ah namun, ia gagaluntuk menukarkan kegiatan yang mementingkankan puak, iaitu suatu amalan yang telah berakar dalam masyarakat Sudan. Sementara itu, Revolusi Mei 1969 itu yang dipimpin oleh Kolonel Muhammad Ja’afar al-Numairi talah menghapuskan sistem pelbagai parti, aktiviti berparlimen dan bersamanya ICF.

Pada peringkat awal, iatu selama 10 tahun, al-Numairi lebih hampir kepada pihak Parti Komunis dan golongan sayap kiri, malah dia amat anti kepada golongan Islam, terutamanya Parti Ummah yang dipimpin oleh Sayyid Sadiq al-Mahdi, cucu kepada al-Mahdi yang awal itu. dalam keadaan yang demikian, al-Ikhwan dan parti-parti yang lainmenbentuk Barisan Nasional dalam buanga bagi menentang rejim al-Numairi. Setelah gagalnya suatu pemberontakan al-Mahdi pada Mac, 1970, berlaku pula Pemberonntakan Sha’ban, 1973. dalam pemberontakan ini, para pemimpin al-Ikhwan langsung menganjurkan demonstrasi para pelajar yang mendapat dokongan daripada Pertubuhan Pekerja Keretapi dan badan-badan profesional yang lain sehigga terjadinya mogok yang besar. Tetapi, segala tentangan ini dapat dipatahkan.

Berikutnya, Barisan Nasional menyusukan pula suatu penentangan dari luar Sudan pada dan akibatnya perpecahan berlaku dalam organisasi itu sendiri apabila ada pihak yang meragui tujuan jangka panjang Sadiq al-Mahdi.

Pengalaman yang diperolehi semasa zaman awal al-Numairi, menyebabkan al-Ikhwan merobahkan dasarnya untuk perjuangan politik jangka panjang. Ia sedar bahawa kesemua teman politik yang lama itu tidak boleh dipercayai kerana mereka bersedia untuk bekerjasamadengan pihak komunis dan dikhuatiri tidak akan menyokongi program Islam total yang dibawa olehnya.

Oleh itu, ia telah mula menyusun pengertian demokrasinya yang tersendiri bersesuaian dengan Islam dan menyusun pengertian demokrasinya yang tersendiri bersesuaian dengan Islam dan kehendak Sudan dengan lebih menekanka perundingan dan persetujean bersama secara meluas (popular consensus) dalam rangkaan struktur institusi yang jelas untuk kesemua sektor utama dan keperluan masyarakat. Pada waktu yang sama telah berhenti meniru atau meminjam ideologi Islamnya daripada al-Ikw3an Mesir mahupun Jama’at Islami, dalam konteks ini ia menyentuh isu-isu yanglebih luas menjangkau hal-hal seperti teori-teori mengenai organisasi, uslub untuk menyampaikan risalah, kedudukan wanita, dan lain-lain hal yang penting.

Ia melahirkan modelnya yang tersendiri melalui perbincangan dan perlaksanaan ijtihad. Kali ini, ia menyusun semula struktur organisasi itu dan memberi tempat kepada golongan pelajar dan ahli-ahli yang muda untuk bersuara. Ia tetap mempertahankan proses demokrasi sebagai sesuai dengan Islam, tetapi ia tidak lagi sanggup bersama aktiviti politik kepartian yang berpuak-puak kerana ini lebih menimbulkan perpecahan.

Perubahan ini membuka jalan ke arah kerjasama antara al-Ikhwan dengan al- Numairi dalam rangka apa yang dinamakan sebagai dasar rekonsilasi nasional pada tahun 1977. ini berbeza sekali dengan sikap Barisan Nasional. Akibatnya, al-Ikhwan masih berjaya melibatkan dirinya dengan proses politik di Sudan. Selain itu, dia menggunakan kesempatan yang ada untuk menubukan beberapa organisasa pendidikan, sosial dan kebudayaan yang baru. Pada 1979, al-Turabi yang berkarisma itu dinamakan sebagai Peguam Negara dalam administrasi al-Numari dengan tugas untuk mengkaji semula undang-undang agar selari dengan syari’ah. Al-Ikhwan juga menggalakkan dan menyertai usaha menegakkan institusi-institusi kewangan dan perbankan yang sesuai dengan prinsi-prinsip ekonomi islam. arak juga telah diharamkan. Tetapi dasar bekerjasama ini membawa risiko yang tiggi juga bagi al-Turabi.

Dia kini ditentang oleh suatu faction dalam al-Ikhwan yang masih setia dengan pemikiran Sayyid Qutb yang menolak sebarang kompromi dengan golongan taghut. Di samping itu pihak parti ummah dan kelompok Sufi juga memusuhinya. Dari segi yang lain, Numairi terus mengusai keadaan dan hanya melaksanakan program Islam mengikut seleranya sendiri tanpa melibatkan tokoh-tokoh al-Ikhwan. Meskipun, Islamisasi dilakukan, tetapi ia lebih ditekankan kepada bidang undang-undang seperti hudud yang didraf dan dilaksanaka secara tergesa-gesa bagi menaikka imej keislaman al-Numari. Namun demikian, al-Ikwam menjadi lebih popular di kalangan rakyat. Misalnya, perarakan sempena ulang tahun pertama undang-undang September telah mandapat sokongan rakyat dan menggambarkan kekuatan al-Ikhwan. Apabila kuasa al-Numari mulai lemah, beliau mencurigai al-Ikwan dan akhirnya menagkap para pemimipin garakan itu dan mengharamkan pertubuhan tersebut pada 1985. tetapi, pada April tahun itu juga al-numairi telah digulingkan oleh sekumpulan pegawai tentera yang lebih pro-Islam di bawah pimpinan ‘Umar Hasan al-Bashir.

Pada April 1985, al-Ikhwan telah membentuk Barisan Islam Nasioanl. (NIF). Namun, kali ini. al-Turabi tidak mengasingkannya daripada al-Ikhwan sama sekali, bahkan menciptakannya sebagai sebuah organisasiu politik massa yang bergerak secara aktif dalam program Islamisasi dan mengambil bahagian secara langsung dalam politik berparti higgalah ke hari ini.

Dalam era Bashir ini, pengaruh Islam terus mengembang. Ummah dan Demokratik Union Party (DUP) mendapat 70% daripada undi di bahagian Sudan Utara. NIF mendapat 20% undi di kawasan ini, terutamanya dikawasan Bandar dan 15% undi di dearah Darfur, kubu utama Parti Ummah. ini menggambarkan bahawa pengaruhnya lebih menigkat pada tahun 1986 apabila pilihanraya umum itu diadakan. Namun pada tahun 1989, politik berpuak-puak dan perubahan kerjasama antara parti-parti terus berlaku. Untuk waktu yang singkat NIF berada dalam kerajaan gabungan (coalition) itu, tetapi sebahagian besar daripada waktu itu ia menyertai pihak pembangkang. Ia tidak menganjurkan penggulingan penpintahan Bashir, tetapi terus mendesak untuk perlaksanaan Shari’ah dengan lebih meluas dan kemas.

Apabila Bashir dan NIF terus melaksanakan sistem Islamisasi di Sudan, pentadbiran itu menghadapi tentangan yang memuncak daripada pemberontak Kristian yang telah sedia menimbulkan kekacauan di selatan Sudan sejak zaman al-Numairi lagi. Pemberontak ini mendapat dokongan daripada negara-neraga Barat dan badan-badan Kristianyang berselindung di debalik isu hak asasi manusia. Amareka Syarikat yang pada mulanya menyokong al-Numari, kini terus mengenakan tekanan ekonomi ini dan sehigga kini meletakkan Sudan dalam senarai hitam sebagai salah sebuah pusat keganasan antarabangsa selain daripada Iran, Afghanistan, Iraq dan Libya.

Keadaan menjadi bertambah meruncing kerana Sudan atas dasar keadilan dan setia kawam1ya menyebelahi Iraq dalam Perang Teluk 1991. Lantaran itu, Amerika Syarikat juga telah mengebom Kilang al-Shifa, sebuah kilang membuat bahan-bahan perubatan di Khartoum, pada Ogos, 1998 atas alasan bahawa ia adalah sebuah kilang membuat senjata (kimia beracun). Tetapi, pihak pembela hak asasi manusia daripada kalangan pengkaji dan ahli politik Barat ada yang menafikan bahawa Sudan terlibat dalam proses pembikinan senjata seperti yang didakwa oleh Amerika Syarikat dengan sokongan Britain itu. Penyelidikan juga membuktikan bahawa Sudan tidak terlibat dengan kegiatan yang demikian.

Amerika tidak meminta maaf atas keganasannya itu. Malah terus menuduh Sudan kononnya membantu pihak pengganas antarabangsa bekerjasama dengan Usamah Ben Laden dan Iraq. Pada akhir tahun-tahun 1 990-an, ia juga menghasut jiranjiran Sudan, termasuk Ethiopia dan Uganda yang memangnya memerlukan bantuan agar menyerang Sudan. Tetapi, Sudan masih dapat mempertahankan dirinya dan pemberontakan Kristian juga dapat dikawalkan.

Berkaitan dengan isu terakhir itu, al-Turabi telah berusaha melahirkan dasar toleransi yang dipelopori oleh Islam dalam hubungan dengan pihak bukan Islam. Beliau mengambil inspirasi daripada Sahifah Madinah. Dalam pada itu, pada lewat l990-an juga, telah berlaku sedikit pergeseran antara al-Bashir dengan NIF kerana persolan pengaruh. Al-Turabi walaupun telah dipilih sebagai speaker Parlimen Sudan, namun pengaruhnya tetap kukuh. Mungkin juga, pergesaran ini didalangi oleh Amerika Syarikat melalui anak buahnya Mesir. Walau bagaimanpun, alhamdulillah melalui perundingan perpecahan dapat dielakkan dan NIF serta pengaruh Islam tetap berperanan di Sudan hingga ke saat ini.