Fiqh Ad-Dakwah

Mengislah Ummah Awlawiyyat Gerakan Islam

Muhammad 'Uthman El-Muhammady

Kedatangan para anbiya' a.s.s. dalam sejarah peradaban adalah untuk mengislahkan hidup manusia dalam dengan apa yang dikehendaki Allah Yang mencipta mereka.Dengan itu tercapailah bidang pegangan dan amalan mereka supaya bertepatan kebahagiaan dan kebaikan dunia dan akhirat, kemaslahatan duniawi dan ukhrawi, peribadi dan kolektif, kebendaan dan kerohanian.

Dalam al-Qur'an terdapat penggunaan "islah" ini seperti dalam ayat-ayat yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar an judi. Katakanlah:'Pada keduanya itu trerdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya'. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah 'Yang lebih dari keperluan'.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir tentang dunia dan akhirat.Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim; katakanlah 'Mengurus urusan mereka secara patut (islahun lahum) adalah baik..." (al-Baqarah: 219-220).
Penggunaannya juga terdapat dalam ayat yang bermaksud:
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan--bisikan dari orang yang menyuruh manusia memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia (islahun baina'n-nas)...." (an-Nisa'. 114).

Juga dalam ayat yang bermaksud:

"Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri menungggu tiga quru' (atau tiga kali suci). Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya jika mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat.Dan suaminya berhak merujuknya dalam masa menanti itu jika mereka (para suami itu) menghendaki islah..." (al-Baqarah.228)

Juga dalam ayat yang bermaksud:

"Dan jika karnu khuatirkan ada persengketaan antara keduanya (antara suami isteri) maka kirimlah seorang hakam dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. Jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan (islahan) nescaya Allah memberi taufiq kepada kedua suami isteri itu..." (an-Nisa': 35).

Juga ada penggunaannya dalam ayat yang bermaksud:

"Syu'aib berkata (dalam berhujah dengan kaumnya): Hai kaurnku, bagaimana fikiranmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerahnya aku daripadaNya dengan rezeki yang baik (patutkah aku menyalahi perintahNya?) Dan aku tidak berkehendak mengerjakan apa yang aku larang kamu daripadanya. Aku tidak bermaksud kecuali untuk mendatangkan perbaikan (al-islah) selama aku masih berkesanggupan . . . " (Hud. 88).

Tentang ayat ini dalam "Tafsir a-Qurtubi" dinyatakan bahawa maksudnya ialah "aku tidak mahu melainkan untuk melakukan perbaikan, iaitu untuk memperbaikkan dunia kamu dengan keadilan dan akhirat kamu dengan ibadat".

Dan juga dalam ayat yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mebuat kerosakan di bumi sesudah (Allah) memperbaikannya (islahiha). . . " (al-A'raf.56).

Nampaknya islah itu menunjukan maksud perbaikan hidup manusia dalam semua pengertiannya dengan menmgembalikannya kepada ajaran Tuhan sebagaimana sebenarnya.

Maka "perbaikan" (islah) ini terangkum ke dalarnnya maksud-maksud, sebagaimana yang ada dalam perkamusan Arab "menjadikan sesuatu itu baik, betul, munasabah dengan kedudukan yang wajar, tersusun dengan baik, solih, bertaqwa, sihat, berkembang maju, berguna, berrnenafaat, sesuai, menasabah, layak; meletakkan sesuatu mengikut apa yang selayaknya, pengembalian kepada yang wajar, memperbetulkan, mengelokkan, membuat pembaharuan yang diperlukan, memperbaiki, menjadikan berjaya, mendamaikan dua pihak, demikian yang seterusnya.

Sudah tentu "islah" dengan pengertian-pengertian ini adalah kerja utama gerakan -Islam, apa lagi dalam keadaan ummat sedang mengalami kemerusutan dari dalam dan juga ancaman dari luar seperti sekarang ini dengan pelbagai macam ancaman dalam alaf baru ini, dan dalam zaman globalisasi ini.Untuk meringkaskan perbincangan kita boleh bicarakan persoalan-persoalan seperti berikut:

Dalam akidah: keperluan kembali kepada akidahAhlis-Sunnahwal-Jamaah sebagaimana yang diungkapkan dalam teks-teks penting ummat ini berdasarkan kepada Quran, Sunnah, dan Ijma', sebagaimana yang ada dalam teks-teks Imam al-As'ari, al-Ghazali, al-Bsaqillani dan lainnya, Allah memberi rahrnat kepada mereka, dan huraian-huraian kemudian yang menepati huraian LAhlis-Sunnah wal-Jamaah, terelak daripada kesilapan-kesilapan Mu'tazilah, Jabariah, Qadariah, Syiah, Murjiah, Batiniah, pelbagai tarikat dan alirat sesat, juga terelak daripada fahaman-fahaman moden seperti Materalisme, Secularisme, Scientisme, Historicisme, Post-modernisme, Deconstructionisme, dan seterusnya.
.
 Perlu diajak ummat kembali kepada akidah itu dan menjaga-jaga diri daripada tercebur ke dalam kesesatan-kesesatan itu dengan pendedahan ilmu yang sewajarnya, sesuai dengan kedudukan golongan sasaran yang ditujukan dalam bahasa yang mudah difahami oleh mereka- mulai dari golongan pelajar sampai kepada golongan-golongan profesional, dan seterusnya.

 Perlu diawasi Kristianisasi yang sedang mengancam ummat di Asia Tenggara ini.Demikian pula pegangan-pegangan lain yang sedang diusahakan penyebarannya.

 Dalam bidang hidup kerohanian.Perlu diserukan ummat kepada cara beribadat yang betul dan sahih dala ajaran Ahlis-SImnah wal-Jamaah,dari segi fiqhnya, kita di sini berpegang kepada mazhab Imam Syafi'I rd, dan dari segi kerohaniannya kita mendapat panduan dari peribadi seperti Imam al-Ghazali rd.

 Hendaklah dikenal pasti amalan-amalan yang mengandungi unsur--unsur kesesatan di dalamnya-seperti tidak menepati hukum Syara', menyalahi syarat rukun, mengandungi unsur-unsur pendewaan terhadap guru sarnpai ke tahap yang melampau-lampau, unsur kaitan dengan Imam Mahdi, dakwaan wali kutub, dakwaan kemasukan roh nabi dan wali, demikian seterusnya.

 Hidup kerohanian yang sahih dan berkesan perlu dijayakan di kalangan para da'l demi untuk menjayakan tuntutan hidup rohaniah sendiri dan kelarga serta juga demi untuk mengambil bahagian dalam mengislahkan ummah dalam menjayakan hidup kerohanian yang sahih dan benar serta mnyelamatkan. Hidup kerohanian yang berjaya bagi diri dan para ahli adalah unsur yang terlalu mendasar bagi suatu gerakan, kalau tidak kita akan hanyut dengan hidup harian dan kerja serta profesi kita dan akhirnya ia akan melemahkan kita. Hidup rohaniah inilah yang lahirnya tidak kelihatan seperti air hayat yang membasahi seluruh juzuk pokok dan tumbuh-tumbuhan dan menghidupkannya, walhal ianya tidak kelihatan kerana berada di ‘dalam’ yang memberi tenaga dan makna bagi seluruh kegiatan kita, dan inilah yang menentukan kedudukan kita sebenarnya dengan tuhan kita dan tempat kembali terakhir kita. Allahumma sallimna wal-muslimin.

 Dari segi hidup akhlak, hendaklah dikembal;ikan ummat kepada makarim al-akhlak sebagaimana yang dihuraikan ulama Ahli-Sunnah berdasarkan kepada Quran dan Sunnah serta ijma’. Antaranya ini adalah sebagaimana yang dihuraikan oleh ima al-Ghazali rd dalam Ihya’ “ulumid-Din dan oleh Sa’id Hawwa dalam ‘al-Mustakhlas’. Maka penghayatan nilai-nilai akhlak yang mulia hendaklah digarapkan dikalangan kita, masyarakat dan ummat kita.

 Dari segi Syariatnya, kita kembali kepada Mazhab Imam Syaf’iI dalam mendapatkan tentang panduan syariat Islam, dengan mengambil faedah daripada fatwa-fatwa baharu yang timbul daripada daripada para ulama yang Muktabar dalam fiqh. Kalau dalam fiqh perbandingan boleh dirujuk kepada “al-Fiqh ‘al- Madhahib al-Arba’ah” karanga al-Jaziri dan “al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh” karangan al-Zuhaili, apa lagi bila yang kedua ini ada terjemahan melayunya, terbitan DBP. Dalam ibadat kita mesti berpegang kepada mazhab yang dianuti dengan cermat dan hendaklah dielakkan amalan “talfiq” dalam mazhab. Dalam memahami masalah-masalah lain dalam Ahli-Sunnah wal-Jamaah.

 Menafaat perlu diambil daripada tulisan-ulama seperti al-Qaradawi berhubung fiqh awaliyat dan fiqh al-Muwazanat yang boleh menbantu kita dalam menghadapi keadaan-keadan dimana kita perlu membuat pilihan.

 Dalam hubungan dengan penulisan-penulisan oleh para penulis semasa maka kita ambil manfaat daripadanya sebanyak mungkin, dengan kewaspadaan kita terhadap konsep-konsep yang dibicarakan supaya penerimaan sesuai dengan epistemology atau faham ilmu Sunni. Ini disebut kerana telah pun terbukti bahawa ada dalam tulisan-tulisan mereka yang kita hormati unsure-unsur yang kita perlu berwaspada tentangnya. Bagaimanapun itu tidaklah menjejaskan penghormatan kita kepada mereka yang berjasa itu. Allah memberi rahmat kepada mereka.

 Dalam pendidikan, yang merupakan bidang terpenting dalam mengislah ummat, maka selain daripada daripada usaha yang perlu dibuat secara berterusan untuk memperbaikkan lagi system negara yang ada dengan input-input yang mampu dibuat, melalui pelbagai cara, maka sampai masanya diadakan sistem yang dijayakan sendiri mengikut apa yang paling baik dan sesuai yang difikirkan, (dan usaha yang ada sekarang ini moga-moga dijayakan Allah sebaiknya, amin) demi untuk melahirkan ahli ilmu yang sepadu, dengan kemampuan dalam 'ulum Islamiah dan juga ulum akliahnya serta ketajaman faham tentang suasana yang ada demi untuk membolehkannya memberi respon yang bersifat Islami terhadap apa-apa yag berlaku dalam suasana sekarang.

 Pembinaan peribadi da'I dan ilmuan yang mewakili sistem ilmu dan pandangan hidup serta aksiologi atau nilai Sunni yang autentik di kalangan kita adalah satu kemestian untuk memastikan munculnya manifestasi agama ini sebagai rahmat untuksemuapihakdanbukan hanya untuk kelomppok tertentu sahaja.Ianya adalah berupa wajah"bapa" dari segi ilmu dan akal ummat ini.Oleh itu ianya bukan boleh dipandang sebagai usaha "sementara" untuk "melompat" ke bidang yang dipandang menentyukan, walaupun bidang itu memang ada kepentingannya dilihat dalam perspektifnya.

 Dalam menghadapi globalisasi perlu digarap keperibadian dan nilai-nilai dalam aksiologi Sunni ini supaya arus itutidakmenghakiskan keperibadian dan nilai-nilai yang paling berharga ini kalau tidak kemelut penghakisan nilai akan berterusan dan kita akan hilang keperibadian dalam arus global ini dan risalah kita akan terbengkalai, na'udhu billahi min dhalik.

 Dalam hubungan dengan pembinaan usaha dakwah yang berjaya sebenarnya perlu diperkasakan perpaduan di Dunia Melayu ini sebagai rantau yang menyemarakkan ajaran dan amalan Sunni sebailmya, dan perpaduan bangsa irii bukan sesuatu yang bersifat "secular nationalism" tetapi sesuatu yang berupa hakikat dalam tabiat perkembangan peradaban manusiawi yang mendapati kesahihannya dalam kefahaman Sunni sebagaimana yang dihuraikan Ibn Khaldun rh dengan baiknya dalam 'al-Muqaddimah"dalam beliaumenghuraikan peranan 'asabiah' dan kekuatannya sebagai unsur yang menjayakan syariat agama dan keteguhan tamadun .Beliau sampai menyatakan bahawa syariat agama akan terbangkalai (labatalat) tanpa dokongan perpaduan dan asabiah yang positif itu


Kerangka intellektuil Sunni ini saya ungkapkan demikian, antaranya:

Ku ingin tegaskan dengan harapan menggunung
Bumi ini mesti terus kekal dengan pegangan Sunni
Mendapat panduan para imam dalam Syariat Nabi yang ummi
Panduan kerohanian dan akhlak dari al-Ghazali
Dan bimbingan budaya dan tamadun Ibn Khaldun al-Maghribi

Mereka sangka ini kerangka akliah tiada sasa
Aku tegaskan bahawa ini kerangka Sumli cukup perkasa
Mampu menghurai persoalan pemikran semasa
Sampai kepada budaya pascamodenisme penyebab sengsara

Usaha kita mengambil bahagian dalam budaya ITC perlu disemarakan dan diteruskan dan saya bergembira dengan apa yang telah berlaku.Usaha ini derlu diperkuatkan dengan mengambil kira peluang-peluang untuk membina jaringan seruan dakwah melalui laman-laman web yang baik yang kita binakan demi untuk menyampaikan mesej Islam sebenarnya secara berkesan selain daripada cara-cara konvensyenal yang kita telah dan sedang jayakan.

Wallahu a'lam.

 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.