Kuliah Ruhaniyyah SIRI 4 - Kitab Al Hikam Ibn Athoillah pada 7 Mac 2006
- Published in Kerohanian
- Read 2484 times
- font size decrease font size increase font size
Semua dijemput hadir ke Kuliah Ruhaniyyah yang akan mengupas Kitab al Hikam ibn Ata'illah al Sakandari.
Pengkuliah :
Al Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi ZamZam
Al Banjari An Nadwi Al Maliki
Tarikh : 7 Mac 2006 (Selas)
Waktu : Selepas Solat Maghrib (Maghrib Bersama)
Tempat : Surau Anjung Rahmat
Kompleks Anjung Rahmat
Tingkat 3, Bt.6, Jln Gombak, Kuala Lumpur
Semua dijemput hadir!
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ABIM Pusat di talian 03- 61880300 atau Sdr. Mohamad Raimi - 019 3825762
Oleh kerana manfaat kitab ini begitu besar kepada umat Islam, ia telah diulas oleh begitu ramai ulama’sehingga ke zaman kita ini. Di dalam Kitab al- Hikam yang diulas oleh Syeikh Said Hawa ini, gaya ulasan beliau adalah mudah dan senang difahami. Beliau mengaitkannya dengan uslub haraki. Ini tidak hairan memandangkan beliau sendiri adalah seorang pemimpin gerakan Ikhwan al-Muslimin di Jordan. Dalam ulasan kitab al-Hikam ini, beliau turut menjelaskan kekeliruan faham sesetengah kalangan terhadap isi kandungan kitab al-Hikam ini dan kegagalan mereka menjelaskan maksudnya yang sebenar.
Biodata Pengkuliah
Yang Berbahagia Ustaz Fahmi Zam-Zam al-Banjari Al Nadwi Al Maliki merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Warateweh, Kalimatan, Indonesia. Selain itu, beliau juga merupakan tenaga pengajar di Maahad Tarbiah Islamiah di Derang, Pokok Sena, Kedah.
Antara guru-guru beliau yang mashyur ialah ulama’ besar India, Almarhum Syeikh Abul Hassan Ali Alhasani An-Nadwi dan ulama’ besar Makkah Alhamarhum Sayyid Muhammad ‘Alawi al Maliki al Hasani. Beliau juga aktif menulis dan telah menyusun beberapa buah buku diantaranya; Siri 40 Hadits - Akhlaq Mulia, Penawar Hati, Kelebihan Ilmu dan Ulama’, Peristiwa Akhir Zaman, Kiamat Hampir Tiba, buku Nasihat Ya Bunayya! serta bibliografi Sejarah Hidup Almarhum Syeikh An-Nadwi dan Almarhum Syeikh Muhammad al Maliki.
Mari bersama melangkah ke tahun baru Hijrah dengan Tazkiyyah an-Nafs!