Kerohanian

Penyebab Keresahan Hidup

Manusia ini dijadikan oleh Allah swt sebagai HAMBANYA dan KHALIFAH di atas muka bumi ini. Pastinya dalam menjalankan tanggungjawab tersebut kita berhadapan dengan pelbagai rintangan, dugaan, mehnah dan tribulasi yang merupakan ujian Allah kepada kita. Kita harus memahami bahawa DUNIA adalah ladang semaian, hasil ladang itu membawa kepada suatu ganjaran di Akhirat kelak.

Justeru sejajar dengan tabii manusia itu dalam menjalani liku-liku kehidupan pastinya kita berhadapan dengan "strees", tekanan yang akhirnya membawa kepada keresahan hidup.Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam sangat banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :
 
 Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang.

 Percampuran antara iman dan syirik.

 Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya.

Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26)

 Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam. Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain.

 Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak.

 Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedangkan pemikiran manusia amat terbatas.

 Pengaruh makanan dan minuman haram ke atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar.

 Adanya penyakit rohani yang membahayakan dan merosakkan peribadi dan martabat manusia seperti hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, riak dan sebagainya.

 Kurangnya kesedaran rasa syukur sewaktu mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu mementingkan urusan duniawi.

 Sentiasa diselubungi perasaan bersalah atau berdosa kerana telah melakukan perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan hati nuraninya sehinga terjadi konflik batin. Konflik batin ini menyebabkan gangguan fikiran seperti tidak tenteram dan tertekan.

Semoga dengan apa yang akan disampaikan dapat menjadi peringatan, nasihat dan bimbingan terutama pada diri kita dan seluruh kaum muslimin dan muslimat dalam rangka meyempurnakan displin kehidupan agar sentiasa memperoleh taufik, hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.