Kontemporari

Masyarakat Yang Masih Alpa

Saudari Aziriza Mohd Zaid

Surah an Najm: 32 “Those who avoid great sins and indecent deeds, save lesser offences-verily thy Lord is ample in forgiveness. He knows you well when He brings you out of the earth,and when you are hidden in your mothers’ wombs. Therefore hold not yourselves purified.”

Tafsir: Allah’s attributes of Mercy and Forgiveness are unlimited. They come into action without our asking,but on our bringing our wills as offerings to Him. Our asking or prayer helps us to bring our minds and wills as offering to Him. That is necessary to frame our own psychological preparedness. It informs Allah of nothing, for He knows all. As Allah knows our inmost being, it is absurd for us to justify ourselves either by pretending that we are better than we are or finding excuses for our conduct.If we try, out of LOVE for Allah, to guard ourselves against evil, our striving is all that Allah asks for.
 
Sejak kebelakangan ini akhbar-akhbar tempatan mengambil peluang meningkatkan penjualan akhbar harian masing-masing dengan tajuk-tajuk besar berkenaan kes bicara Noritta bt Samsudin dan kes-kes lain seumpamanya.

Kes-kes yang menjadi perhatian untuk dijadikan “berita” oleh para wartawan (yang sekadar menjalankan tugas) ini adalah kes-kes berkaitan dengan seks sama ada rogol, liwat, sumbang mahram, pelacuran, peragaan tubuh manusia sebagai santapan lelaki-lelaki (atau perempuan-perempuan) yang dayus atau pun kes yang melibatkan kegiatan-kegiatan seks di luar tabie.

Tidak siapa dapat menafikan berita-berita beginilah yang dikatakan berita hangat dan sensasi pada abad ini yang telah menjadi bacaan-bacaan “kebiasaan” dan/atau diimbas sekali lalu oleh masyarakat di seluruh dunia memandangkan berita–berita seumpama ini sudah terlalu banyak disogok kepada masyarakat apatah lagi kes-kes berkaitan seksual yang dilaporkan di dalam akhbar ini boleh dibaca di seluruh DUNIA melalui “website” akhbar yang melaporkannya.

Berita lain yang menjadi sebutan kebelakangan ini ialah mengapa cuaca kini terlalu panas dan sudah sekian lama hujan enggan singgah di tempat tinggal kita.

Hakikatnya bagi mereka yang mahu berfikir, mungkinkah ALLAH hendak menunjukkan kepada kita bahawa hanya ALLAH yang mengetahui hati-budi setiap manusia. Sekiranya ALLAH kehendaki, maka manusia yang menyembunyikan maksiat yang dilakukannya di dalam lubuk rahsia sekalipun, manusia yang melakukan maksiat itu akan tetap diaibkan di seluruh khalayak DUNIA walaupun selepas jasadnya tiada di dunia ini.

Sekiranya ALLAH kehendaki, ALLAH sendiri yang akan menaikkan darjat manusia yang terpilih untuk dicontohi oleh manusia lain walaupun setelah rohnya diangkat menemui Illahi.

Cuaca panas sejak akhir-akhir ini mungkin tempias bahang dosa-dosa yang KITA SEMUA YANG MASIH HIDUP lakukan kerana leka MENGULAS perkara-perkara yang
dikatakan telah berlaku sebelum kematian Noritta sepertimana yang telah dilaporkan oleh para wartawan akhbar-akhbar tempatan (yang sekadar menjalankan tugas ?).

Tiada siapa dapat menghalang kita semua daripada membaca laporan-laporan di dada akhbar dan perincian fakta berkenaan si mati sebagaimana yang didengar oleh wartawan tersebut semasa di dalam persidangan mahkamah. Tetapi perlukah kita MENGULAS dan membuat komentar tidak resmi sesama kita berkenaan perincian
fakta-fakta si mati sepertimana yang dilaporkan di dalam akhbar itu.

Tiada apa-apa manfaat atau pahala kepada kita, sebaliknya menambahkan dosa sesama kita sendiri yang masih hidup ini memperkatakan aib orang yang telah
meninggal dunia.

Si mati telah tiada di dunia ini untuk mempertahankan dirinya dari dipersoalkan oleh manusia-manusia yang masih hidup ini. Perkara-perkara yang dikatakan telah berlaku semasa hayatnya sehingga ke nafasnya yang
terakhir tidak perlulah kita ulas atau komen sesama kita kerana ianya tidak langsung membawa manfaat kepada kita atau kepada si mati atau keluarga si mati.

Biarlah hanya mahkamah yang menentukan setelah menimbang segala bukti-bukti yang dipersembahkan selagi kita masih percaya kepada keutuhan keadilan
mahkamah itu). Sebagai hakim dan peguambela dan pendakwaraya yang sekadar melaksanakan tanggungjawab,perkara-perkara yang berlaku semasa hayat si mati dan saat-saat akhir sebelum kematiannya perlu diperincikan untuk membuktikan dan mensabitkan kesalahan orang yang dituduh yang telah menyebabkan kematian itu.

Perincian setiap fakta berkenaan mayat si mati dan cara hidup dan pergaulannya semasa hayatnya adalah perlu dinyatakan satu-persatu oleh saksi-saksi yang
terpilih bagi mengaitkan si mati dengan orang kena tuduh dengan tujuan mensabitkan kesalahan kepada orang kena tuduh.

Persoalannya kini adalah kredibiliti saksi yang terpilih itu dari sudut pandangan Islam Tetapi, siapalah pula kita hendak mempertikaikan kredibiliti saksi-saksi yang dipanggil kerana mahkamah yang mendengar kes jenayah seksual di Malaysia ini tidak tertakluk kepada undang-undang Islam maka ciri-ciri saksi yang dipanggil juga pastinya tidak tertakluk kepada undang-undang Islam dan hakim yang mendengar kes juga tidak tertakluk kepada undang-undang Islam.

Oleh itu, usahlah kita membuat spekulasi dan komentar sendiri tentang si mati dan aktiviti semasa hayatnya berdasarkan apa sahaja yang dilaporkan di dalam akhbar berkenaan kes-kes jenayah seksual ini. Hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI apa yang sebenarnya telah berlaku.

Semoga selepas berkurangan ulasan dan komentar berkenaan fakta-fakta terperinci tentang si mati oleh kita yang masih hidup ini, akan berkurangan sedikit dosa-dosa yang kita pikul dan semoga hujan rahmat Illahi sudi menziarah kita di sini.

Wallahualam.
-Aziriza Mohd Zaid-

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.