Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam
- Published in Resensi
- Read: 2558 times
Justeru, fenomena penceritaan atau kajian semula sesuatu peristiwa sejarah yang semakin berkembang biak semenjak kebelakangan ini, tidak seharusnya dianggap sebagai fenomena picisan yang untuk mengisi wacana-wacana teori konspirasi semata-mata. Fenomena ini seharusnya dihadapi serta ditangani secara akademik serta saintifik, agar ia tidak sekadar menjadi satu lagi slogan retorik yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu.
Minat saya terhadap skandal Watergate yang telah menjatuhkan Presiden Richard Nixon berputik selepas saya menonton filem All The President’s Men, diperkuat oleh lakonan mantap Robert Redford sebagai Bob Woodward dan Dustin Hoffman sebagai Carl Bernstein, 2 orang wartawan muda di akhbar The Washington Post. Semenjak itu saya mula berminat mengikuti keseluruhan kisah pembongkaran skandal oleh dua orang wartawan muda ini. Barangkali minat ini juga ditambah dengan rasa kagum terhadap kebebasan akhbar di Amerika Syarikat pada ketika itu sehingga mampu menghenyak institusi presiden AS.Kepada mereka yang mengikuti sejarah pembongkaran ini, nama Deep Throat adalah sangat penting. Deep Throat adalah nama samaran yang digunakan oleh sumber dalaman yang membantu wartawan akhbar berpengaruh The Washington Post, Woodward dan Bernstein menjejak penipuan dan penyelewengan Presiden Nixon. Buku ini akhirnya mendedahkan peribadi sebenar Deep Throat, iaitu Mark Felt, orang nombor 2 paling berkuasa di dalam Federal Bureau of Investigation, FBI. Mark Felt adalah seorang ejen FBI yang berpegang teguh dengan pendiriannya. Tindakan beliau membantu Woodward dengan membekalkan maklumat-maklumat yang sensitif tentang White House dan pentadbiran Nixon berpunca daripada sikap Nixon sendiri yang ingin menguasai FBI dalam meluaskan pengaruh dan penguasaan politiknya di Amerika Syarikat.
Penulis : Bob Woodward
Tahun Penerbitan : 2005
Penerbit : Simon & Schuster, New York
Halaman : 249 muka surat
Resensi Oleh : Mohd Yusni Khusaini Dato’ Mohd Yussof (Editor Demi Masa ABIM)
Minat saya terhadap skandal Watergate yang telah menjatuhkan Presiden Richard Nixon berputik selepas saya menonton filem All The President’s Men, diperkuat oleh lakonan mantap Robert Redford sebagai Bob Woodward dan Dustin Hoffman sebagai Carl Bernstein, 2 orang wartawan muda di akhbar The Washington Post. Semenjak itu saya mula berminat mengikuti keseluruhan kisah pembongkaran skandal oleh dua orang wartawan muda ini. Barangkali minat ini juga ditambah dengan rasa kagum terhadap kebebasan akhbar di Amerika Syarikat pada ketika itu sehingga mampu menghenyak institusi presiden AS.