Khairuddin al-Zirkili (1893-1976M): Pengarang Kitab al-'Alam
- Published in Jejak Ulamak
- Read: 3517 times
Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM.
Umat telah melakukan penganiayaan kepada Khairuddin al-Zirkili semasa kematiannya. Tidak ada satu tulisan yang meratapi kematian. Tidak ada berita kematiann kecuali peranggan yang kecil dalam akhbar al-Ahram. Manakala akhbar-akhbar lain di Beirut atau Damsyiq tidak langsung menyiarkan seolah-olah dia tidak pernah memberi sumbangan kepada dunia ilmu. Beliau merupakan pensyair dan pengarang kepada buku ensiklopedia biografi tokoh-tokoh yang dikenali sebagai al-‘Alam. Buku ini menjadi rujukan kepada pengkaji dan penuntut ilmu.
Nama sebenarnya ialah Khairuddin bin Mahmud bin Muhamamd Ali bin Faris al-Zirkili al-Dimasyqi. Beliau warga negara Arab Saudi dan meninggal di Mesir. Beliau berketurunan Kurdi. Namun Khairuddin mengatakan bahawa ibunya berbangsa Arab manakala bapanya berbangsa Kurdi. Pada zaman Salahuddin al-Ayyubi, sebahagian daripada mereka tingga di Salahiah, Damsyiq iaitu perkampungan orang-orang kurdi.